Part 3

14.2K 729 5
                                    

Belum sempat kakinya ingin melangkah masuk pejabat, suara seseorang menyapa halwa telinga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Belum sempat kakinya ingin melangkah masuk pejabat, suara seseorang menyapa halwa telinga. Terus langkah diambil menghampiri figura tersebut.

"Kenapa?"

"Kita ada masalah." Wajah Aiman kini sudah gelisah. Kening Raysa sudah bertaut.

"Masalah apa?"

Aiman tunjuk ke arah seseorang yang sedang membelakangkan mereka, tidak jauh dari sebuah kereta BMW.

"Kenapa?" Raysa masih tidak mengerti maksud sebenar Aiman. Terus terang kan senang, apa kias-kias ni?

"Dia minta kita siapkan kereta dia hari ini juga." Jawab Aiman dengan wajah yang risau.

"Hari ini?" Membulat biji mata Raysa.

"Iya, hari ini. Dia minta kita service kereta dia dan siapkan hari ini juga." Terang Aiman.

"Mana boleh! Ingat kereta kancil ke? Bukan calang-calang kereta tu!" Bentaknya geram. Dah lah pakai kereta mewah, memang ambil masa lah nak service.

"Itu lah masalahnya. Satu lagi masalah, dia tak nak bertolak ansur. Katanya dia hendak guna esok pagi. Ada urusan penting."

"Ceh, pakai kereta mewah, nampak macam orang kaya, takkan satu saja kereta yang dia ada!" Sindir Raysa geram. Nama saja orang kaya, tapi kereta, satu saja yang boleh diharap!

"Tak tahu lah, Manda. Aku sendiri dah buntu nak bincang dengan dia. Mungkin dengan kau dia boleh bertolak ansur." Jelas kedengaran riak memujuk supaya dia yang berbincang dengan lelaki itu. Iya, dia seorang lelaki dan Raysa rasa macam pernah nampak lelaki itu tapi tak tahu di mana.

Raysa mengeluh perlahan. "Kalau kau pun tak jalan, aku apatah lagi." Rungutnya perlahan.

"Boleh tu. Takkan dia tak nak mengalah dengan perempuan." Aiman masih memujuk.

"Iya lah, aku cuba." Perlahan kaki menghampiri figura itu. Deheman kuat dilepaskan supaya lelaki itu menyedari kehadirannya. Baru sahaja melihat wajah, mata Raysa terus terbeliak.

"Encik!"

"Kau?!"

Serentak suara mereka bergema. Sekeliling yang memandang tidak dihiraukan.

"Kau buat apa kat sini?!" Soal lelaki itu kasar. Dia ni memang susah nak cakap lembut ke macam mana?

"Encik tu buat apa kat sini?" Soal Raysa semula.

"Ish, service kereta lah! Ni bengkel kereta kan, takkan memasak pula!" Bicara lelaki itu kasar. Tangan sudah bersilang di dada.

Tapi... ya tak ya juga kan, apa punya soalan kau tanya ni Manda? Tunjuk sangat bodohnya tu.

Raysa berdehem perlahan menghindari suasana canggung sebelum bersuara, "jadi enciklah yang nak kami siapkan kereta encik hari ini?" Soalnya.

"Kau owner bengkel ni ke?" Soal lelaki itu dingin. Matanya sudah memandang Raysa atas bawah. Apa masalah mamat ni?

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now