Part 5

13.7K 722 14
                                    

"Apa

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

"Apa... ni?" Lambat-lambat dia menjawab. Mata tidak berkelip memandang 'benda' di hadapannya tika ini.

"Lah, tak tahu ke? Ni mi kari! Kalau kau tak tahu, tak payah duduk Malaysia lah!" Apa lah mi kari pun tak tahu? Curious, dia tinggal kat Marikh ke? Datang ke bumi untuk mencari koko yang dicari-cari? Ha merepek!

Lelaki itu terus memandang Raysa tajam. "Aku tahu ni mi kari. Maksud aku, kenapa mi kari?" Dingin nada suaranya. Ni kalau jentik sikit mood dia ni, insha Allah maut.

"Kenapa mi kari? Lah, tadi kata nak aku belanja kau makan. Ni aku belanja lah ni!" Eh pening lah dia hendak layan mamat ni! Banyak songeh kalah perempuan!

"Aku tak nak mi kari! Berminyak lah!" Rungutnya kasar. Mangkuk itu sudah ditolak jauh darinya.

Raysa sudah memegang pelipisnya kasar. "Ya Allah Ya Tuhanku, apa banyak songeh sangat kau ni? Dah lah minta orang belanja makan, demand pula tu!"

"Mesti lah kena demand. Makanan kan masuk dalam mulut, kalau aku sakit nanti macam mana? Kau nak tanggung?" Lelaki itu menjawab kasar.

"Eh, aku dah makan sini berpuluh-puluh kali tau! Elok je, sihat je! Apa yang sakitnya? Lagi satu, makan sekali tak menjejaskan apa-apa lah! Mengada je kau ni!" Balas Raysa geram. Ingat dia nak diam je? Bukan Manda lah gitu.

"Tak nak lah! Aku jaga badan tau tak?!" Lelaki itu sudah menjeling Raysa tajam. Tangan bersilang ke dada. Hek eleh mamat ni, gedik!

"Kau tahu tak, sekarang ni baru aku faham kenapa kau tak patut kahwin. Sebab bukan kau yang susah nak handle isteri kau tapi isteri kau nanti naik gila nak layan perangai kau ni! Mengada-ngada kalah bebudak!" Raysa sudah membebel gaya umi. Memang lah dia kan anak umi!

Lelaki itu hanya memekakkan telinga. Aih geram pula dia!

"Tak nak makan sudah! Biar aku habiskan! Membazir amalan syaitan!" Kuat Raysa bersuara. Biar lelaki itu terasa!

Sedang asyik Raysa menikmati mi kari gerai Pak Ali, tetiba suara lelaki itu menampar corong telinganya.

"Sedap ke?"

Raysa sudah tersenyum sinis. Terliur ke tu?

"Sedap lah. Kalau tak sedap, tak ada orang datang. Nah rasa!" Mangkuk yang ditolak tadi diberi kepada lelaki itu semula. Lambat-lambat lelaki itu mengambil sudu.

"Sedap, percayalah!" Sebaik mungkin Raysa memujuk lelaki itu.

Masuk sahaja sudu ke dalam mulutnya, Raysa sudah tersenyum lebar. Tidak sabar ingin mendapat respon yang baik dari lelaki itu.

Terbeliak biji mata lelaki itu seketika. "Sedap." Perlahan dia menyambung.

"Kan aku dah kata! Tu lah kau, tak percaya!" Raysa sudah ketawa kecil. Berpeluh layan kerenah lelaki ni!

"Boleh tak aku nak tambah satu lagi mangkuk?" Perlahan lelaki itu menyoal. Muka sudah membahang malu nampaknya.

Terkelu lidah Raysa seketika. Tak percaya.

"Eh boleh! Jap aku order!"

•••

"Kau nak bawa aku ke mana ni?"

"Tengok bintang. Sini, duduk." Pelawa Raysa dengan senyuman. Mata sudah memandang ke langit malam. Banyak bintang yang bertaburan menyinari malam hari.

"Ish, buang masa je!" Rungut lelaki itu perlahan. Mungkin menyesal ikut dia. Dah makan mi kari 2 mangkuk tadi, Raysa terus ajak lelaki itu ke sini. Tempat istimewa untuk melihat bintang.

"Diam lah. Cuba nikmati je!" Jawab Raysa geram. Mulut tu asyik potpet je!

Lama sepi menghuni mereka berdua. Masing-masing dalam lamunan sendiri. Sesekali mata Raysa tutup, menikmati malam.

"Nama kau siapa?" Soalnya perlahan sebaik sahaja membuka pintu. Dia baru teringat, dia tak tanya pun lagi nama pak cik tua ni! Lelaki ini pun diam sahaja macam tak nak cakap.

"Heriz." Balas lelaki itu sepatah.

"Heriz je?" Soal Raysa lagi. Pendeknya nama!

"Heriz Zayyan."

Raysa sudah mengangguk perlahan. Sedap nama!

"Kau?" Soal Heriz pula.

"Aku?" Raysa kembali menyoal.

"Tak, belakang kau." Heriz menjeling Raysa tajam.

Raysa ketawa kecil sebelum menjawab, "Raysa. Raysa Amanda." Senyum diukir nipis.

"Sedap nama." Respon lelaki itu.

"Kan?"

Heriz menggulingkan biji mata ke atas.

"Kenapa kau tak macam perempuan lain eh?" Soal Heriz tiba-tiba. Raysa memandangnya bingung.

"Kenapa kau tak selembut perempuan lain?" Terangnya. Raysa hanya tersenyum kecil.

"Dari kecil aku ikut arwah abah aku pergi bengkel, sawah, ladang. Aku tolong dia macam-macam. Aku dididik untuk jadi kasar supaya aku boleh hidup berdikari. Supaya aku tak senang dipijak. Jadi... ini lah aku. Raysa Amanda yang ada depan kau sekarang." Jawab Raysa panjang lebar.

Heriz mengangguk faham.

"Kenapa? Kau tak nak kawan dengan aku kalau aku kasar?" Soal Raysa sekadar menguji lelaki itu.

"Kita kawan ke?" Soal Heriz dengan senyum sinis.

"Tak apa lah kalau kau tak nak. Aku pun tak paksa." Nada suara sudah Raysa buat seperti berjauh hati. Apa ni Manda? Ni bukan kau!

"Aku gurau je lah! Aku okay je nak kawan dengan kau sebab aku tengok kau lain daripada perempuan yang lain. Maybe senang untuk berkawan. Who knows right?"

"Ya lah tu." Raysa masih dengan nada rajuk.

"Betul lah! Kita kawan. Okay?" Sebaik mungkin dia cuba meyakinkan Raysa. Senyum nipis diukir untuk gadis itu. Terkelu sebentar melihat senyuman Heriz. Tu baru sikit!

"Kau okay tak ni?" Soal Heriz risau melihat Raysa diam sahaja.

"O-okay." Jawab Raysa lambat-lambat. Kepala digeleng perlahan, buang angau. Erk?

"Kau akan jadi kawan aku sampai bila-bila. Okay?" Mata Heriz memanah mata Raysa. Raysa hanya tersenyum kecil sambil mengangguk perlahan.

'Kawan pun kawan lah.' Ujar Raysa sekadar dalam hati.

' Ujar Raysa sekadar dalam hati

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

'You're it, you're my person.'

My Perfect LoveOù les histoires vivent. Découvrez maintenant