Part 4

13.2K 817 26
                                    

"Nah kunci!" Kunci kereta dihulur pada tuan badan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nah kunci!" Kunci kereta dihulur pada tuan badan. Lelaki itu terlihat kerut kening. Aik tak faham lagi ke?

"Kereta encik dah siap! Nak cepat sangat kan tempoh hari?" Terang Raysa malas. Macam budak-budak kena cakap dua tiga kali.

"Oh. Okay. Bayar?"

"Bayar lah, banyak handsome muka tak nak bayar pula!" Bentak Raysa geram. Apa punya soalan dia ni? Ingat bengkelnya ni percuma untuk lelaki tu ke? Lambat lagi lah!

Lelaki itu mendengus kasar sebelum berkata, "bayar kat mana?"

"Kaunter lah! Ada orang jaga situ." Balas Raysa kasar.

Lelaki itu sudah melangkah setapak sebelum berhenti serta merta. Tubuhnya dipusing menghadap Raysa. Apahal pula ni?

"Terima kasih cakap aku handsome. Aku tahu tu." Ujarnya dengan senyum sinis. Membulat mata Raysa seketika. Bukan terkejut sebab lelaki itu perasan kacak tapi sebab... senyuman tu. Walaupun sinis tapi masih nampak indah.

Erk.

"Jangan tenung anak teruna orang macam tu. Tak baik." Sambung lelaki itu lagi, menyentakkan Raysa dari lamunan. Terus dirinya berdehem perlahan. Sempat menjeling tajam lelaki itu sebelum meninggalkannya sendirian. Tak kuasa nak layan!

•••

Sedang asyik dia menunggang motor, tiba-tiba enjin motornya berhenti sendiri.

Ah sudah!

"Eh apahal ni?" Motor ditolak sehingga ke tepi jalan dan berhati-hati Raysa turun dari motor untuk melihat enjin, mana tahu ada yang rosak. Dicuba hidupkan semula. Tetap tidak berfungsi.

"Aduhai, buat hal betullah kau ni! Kenapa lah time-time ni kau nak sakit?!" Rungut Raysa kasar. Kalaupun dia tahu nak baiki apa, macam mana nak baiki kalau peralatan pun tak ada.

Seketika, Raysa mengeluh perlahan. Mata meliar mencari bantuan, mana tahu ada yang sudi menolong.

Alhamdulillah ada!

Ada sebuah kereta dan seorang lelaki yang aku nampak hanya sisinya sahaja. Laju langkah dibawa menghampiri lelaki itu.

"Encik..." panggilnya. Lelaki itu terlihat seperti sedang termenung jauh merenung bukit-bakau.

"Encik!" Terus wajah lelaki itu dipalingkan ke arah Raysa sebelum dia mengerut kening. Raysa pula sudah membulat bebola mata.

"Kau?"

"Encik!"

Tidak seperti tempoh hari, kini suara lebih perlahan.

"Mana-mana je ada kau lah! Apa kau nak?!" Bentaknya kasar. Raysa sudah mencebik mulut. Manalah dia tahu akan jumpa lelaki itu di sini! Salahnya ke?

"Err.. tak ada apa lah!" Melihat muka lelaki itu yang seperti sedang kusut, Raysa bantutkan niatnya untuk meminta tolong. Nanti tak pasal-pasal kena maki, lagi sakit!

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now