Part 49

22.1K 697 89
                                    

Pintu dibuka perlahan sebelum tubuhnya melangkah masuk ke dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu dibuka perlahan sebelum tubuhnya melangkah masuk ke dalam rumah. Sofa ruang tamu dituju. Dihempas malas tubuhnya ke atas sofa. Dia mengeluh penat. Kelam-kabut dia berjumpa dengan bosnya apabila mendapat panggilan sebentar tadi. Nasib baik semuanya sudah selesai.

Seketika dia melihat sekeliling. Sunyi. Dia berkerut kening. Tubuh diangkat semula, kaki melangkah ke dapur ingin melihat seseorang. Belum sempat tangannya ingin mengetuk pintu, matanya terhala ke arah meja makan. Hatinya mula berdebar-debar.

"Bukan ke aku letak air oren tu atas meja?" Terus matanya laju mencari keberadaan gelas itu sebelum matanya terhenti di sebelah singki, tempat meletak pinggan atau gelas yang sudah dibasuh.

'Itu gelas yang aku guna tadi untuk letak air oren dan...' hatinya berdegup kencang. Air liur diteguk kesat.

"Sh*t!" Terus kaki laju melangkah ke pintu bilik yang berada di dapur. Pintu itu dibuka kasar. Matanya terus terhala ke arah seseorang yang sudah terlantar di atas sejadah dengan telekung putihnya yang sudah bertukar merah pekat.

"Raysa!" Jerit dia melihat wanita itu sudah tak sedarkan diri. Dipangku kepala wanita itu di atas pehanya. Tangan menepuk perlahan pipi Raysa.

"Raysa, bangun..."

"Raysa..."

"Jangan tinggalkan aku, Raysa!" Tidak pernah walau sekalipun dia menitiskan air mata kerana wanita itu. Tetapi hari ini, dia mencipta sejarah, air matanya mengalir lebat. Hatinya dipagut rasa bersalah yang mencengkam dada.

"Raysa, bangunlah!" Matanya meliar melihat darah pekat yang sudah kering di atas lantai. Banyak.

"No! Raysa!!!!!!!" Tangisannya mula pecah kuat.

•••

Tubuhnya daripada tadi mundar-mandir di hadapan bilik pembedahan. Hatinya tersangat tidak tenang. Air matanya tidak berhenti mengalir. Bibir sudah menggigil perlahan. Tangan meraup kasar wajahnya.

"Heriz!" Seseorang memanggilnya dari belakang. Terus dia menoleh ke arah figura itu.

"Fakhrul! Leeya!" Sejak bila entah mereka datang sekali, mungkin terserempak di mana-mana.

"Raysa macam mana?" Soal Fakhrul.

"Heriz, what happened?" Soal Aleeya pula. Wajahnya jangan ditegur, sudah lencun dengan air mata. Jantungnya hampir terkeluar dari tubuh apabila mendapat panggilan dari Heriz, Raysa dikejarkan ke hospital.

Heriz hanya menggeleng kepala perlahan dengan tangisan yang mula pecah. Perlahan. Tubuh terduduk di atas kerusi.

"Aku tak tahu..."

Fakhrul dan Aleeya, dua-dua melepaskan keluhan berat. Masing-masing sudah tak tenang.

Lama mereka menunggu kehadiran doktor sebelum pintu bilik pembedahan dibuka perlahan. Terus Heriz mengangkat tubuhnya dan berjalan ke arah doktor yang memakai tag bernama Azim.

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now