Part 33

12.1K 575 5
                                    

Klik!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Klik!

Alhamdulillah tak kunci!

Pintu dibuka perlahan. Mata meninjau melihat sekeliling mencari bayang seseorang. Setelah memastikan tiada sesiapa yang kelihatan, hatinya mengeluh lega. Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk ke dalam bilik hotel yang didudukinya sepanjang majlis pernikahan dan persandingannya dan Heriz. Majlis pernikahan sudah selesai, yang tinggal hanyalah majlis resepsi yang akan diadakan tengah hari esok.

Belum sempat langkahnya pergi jauh, muncul seseorang di hadapannya membuatkan tubuhnya terhenti secara mengejut. Hampir terkeluar jantung dibuatnya!

"Kau ni, tak reti bagi salam ke sebelum muncul?!" Marah Raysa.

"Aku yang ada dalam bilik yang kena bagi salam? Yang kau masuk macam pencuri kenapa? Dah lama buat kerja macam ni?" Balas Heriz pula. Tubuhnya kini hanya dibalut dengan tuala separas pinggang, mungkin baru lepas mandi.

Seketika Raysa memandang Heriz atas bawah sebelum dipusingkan tubuhnya membelakangkan lelaki itu.

"Kau memang tak diajar pakai baju dalam bilik air ke apa, Heriz?!" Kuat Raysa jerit. Siapa je tak terkejut lihat tubuh kekar seperti itu hanya bertuala paras pinggang?

"Tak." Selamba dia melangkah ke almari pakaian.

Raysa mendengus kasar. Dia terus gerak ke arah beg tariknya, tuala, toiletries dan baju tidur dicapai laju.

"Kau nak pergi mana?" Soal Heriz tiba-tiba.

"Mandi. Kenapa? Nak ikut?"

"Boleh je." Kakinya selangkah melangkah ke arah Raysa sebelum Raysa menghalangnya.

"Kau gila ke apa?! Pervert!" Jerit Raysa. Nasib baik bilik hotel mereke kedap bunyi kalau tak, memang satu bangunan dengar suara Raysa menjerit.

"Ceh, kau ingat aku teringin sangat ke? Tengok kau pun aku tak berselera lah." Sinis Heriz membalas. Raysa hanya mencebik mulut.

"Iya lah tu, lelaki semua sama!"

"Siapa suruh pilih yang sama?"

Raysa mendengus kasar.

"Lepas mandi, aku ada benda nak bincang dengan kau."

"Bincang apa?"

"Part mana yang kau tak faham sekarang ni? Aku kata lepas mandi kan?" Suara Heriz naik seoktaf.

"Aku tanya je kan, tak payah lah marah! Macam pak cik lah dia ni!" Pantas dia menuju ke arah bilik air. Kuat langkahnya menunjukkan dia protes.

"Aku yang handsome ni dia kata macam pak cik?" Lidah menolak dinding pipi dari dalam, menahan geram. Nasiblah dia dah masuk bilik air kalau tak, memang kena lah. Seketika kaki perlahan melangkah ke arah almari pakaian semula.

•••

"Kau dah solat? Kenapa tak tunggu aku?" Perlahan sahaja nada suara Raysa, mungkin kecil hati dengan Heriz kerana lelaki itu terlihat sudah memberi salam selepas solat apabila dia melangkah keluar bilik air.

"Kau lambat. Tak elok melambat-lambatkan solat."

Raysa mencebik mulut. Dengan kasar, dia merampas sejadah yang berada di tangan Heriz, mujur tidak tersentuh kulit lelaki itu, batal wudhuk.

Selesai sahaja solat, Raysa melipat kembali telekung dan sejadahnya dan diletak di dalam beg bajunya. Siap sahaja semuanya, dia melangkah ke birai katil.

"Kau cakap ada benda nak bincang. Apa dia?" Dia bersuara. Matanya ligat memandang kelakuan Heriz yang hanya memakai jogger pant. Entah mana hilang baju. Lelaki itu asyik betul bermain dengan telefon, senyum-senyum pula tu.

"Heriz..."

Lelaki itu seperti berada di dunia sendiri. Geram pula Raysa! Didekatkan tubuhnya ke Heriz untuk melihat apa yang dilihat suaminya sehingga tak perasan dia yang dari tadi panggil.

Terus hati Raysa dipagut rasa sakit apabila mendapati suaminya melihat gambar posting terbaru Aleeya, kawan baiknya di majlis pernikahannya dan Heriz. Tidak dinafikan gadis itu memang ayu dengan baju kurung moden berwarna pink lembut.

Tidak betah melihat Heriz sebegitu, dia berdehem kuat. Terhinggut bahu lelaki itu sebelum memandang tajam ke arah Raysa.

"Berapa lama dah kau berdiri kat situ?"

"Lama lah juga, sempat tengok kau angau dengan perempuan lain." Raysa tayang senyum sinis.

"Kau jealous?" Heriz juga tidak kalah dengan senyum sinisnya.

"Aku isteri kau, Heriz. Aku ada hak nak jealous." Keras nada Raysa.

"Isteri?" Heriz mengangguk perlahan.

"Kalau macam tu..." tangannya ligat membuka laci meja tepi katil sebelum mengeluarkan sekeping sampul surat bersaiz kertas A4 lalu dihulurkan ke arah Raysa.

Lambat-lambat gadis itu mencapainya.

"Bukalah... dan baca sekali."

Perlahan Raysa membuka sampul itu sebelum matanya begitu fokus dan bibirnya tak berhenti dari membaca bait-bait ayat yang terkandung dalam surat tersebut. Seketika hatinya berombak ganas. Tangannya menggigil kecil.

"Ap... apa ni Heriz?" Perlahan dan gagap suaranya tika ini. Air mata sudah bergenang di tubir mata. Ah mudah sungguh dia mengalirkan air mata sekarang.

"Kenapa?" Riak wajah selamba ditayang Heriz. Langsung tak terkesan dengan perubahan wajah Raysa.

"This is rubbish, Heriz Zayyan!" Dengan kasar, surat yang berada di tangannya dibaling ke muka Heriz. Terkejut lelaki itu melihat tindakan Raysa. Laju dia melangkah ke arah Raysa dan rahang gadis itu dicengkam kasar. Mendesis sakit gadis itu.

"Berani kau kurang ajar dengan aku, Raysa? Aku suami kau, faham tak?!" Kuat suara itu menengking. Air mata Raysa sudah mengalir lesu ke pipi. Rahangnya terasa sakit.

"Kenapa? Kau tak puas hati dengan perjanjian aku? Kau nak bangkang?!" Keras suara Heriz. Sesekali giginya diketap menahan amarah.

"Kau rasa kau ada hak ke nak bangkang?" Senyum sinis terukir megah di bibirnya. Langsung tak terkesan dengan kesakitan yang dialami Raysa.

Seketika rahang Raysa dilepas kasar. Terundur ke belakang gadis itu. Rahang yang mula sakit disentuhnya perlahan.

"Aku nak kau baca perjanjian tu depan mata aku sekarang." Arah Heriz dengan suara dinginnya.

Lambat-lambat Raysa mengambil semula surat yang dibaling sebentar tadi yang telah jatuh ke lantai itu. Tangisan yang hampir pecah, cuba dikawal. Bibir digigit menahan tangis.

"Berdasarkan perjanjian yang akan dipersetujui kedua-dua belah pihak, Heriz Zayyan akan..."

'I lost something

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'I lost something. I never had. Yet it hurts, just as bad.'

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now