Part 24

11.4K 570 20
                                    

Masuk sahaja perkarangan rumah agam itu, keretanya diberhentikan di tempat letak kenderaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Masuk sahaja perkarangan rumah agam itu, keretanya diberhentikan di tempat letak kenderaan. Kunci ditarik sebelum matanya menghala ke sebelah. Seketika keluhan terlepas di bibirnya. Mata tidak berhenti memandang seraut wajah yang pernah menceriakan hari-harinya sebelum ini.

Rambut gadis itu yang menutupi separuh matanya diselak perlahan ke belakang. Sekali lagi dia mengeluh perlahan.

"Kenapa, Raysa?"

"Kenapa kau perlu jadi orang yang paling aku benci?"

"Kenapa kau perlu jadi orang yang paling aku berdendam?" Perlahan suaranya tika ini. Tipulah jika dia cakap dia tidak rindu momen-momen indah mereka semasa mereka rapat suatu tika dahulu. Tetapi apabila dia cuba untuk memaafkan gadis itu, hatinya kembali sakit sehingga membuatkan dendamnya makin menebal.

"Aku minta maaf. Aku tak mampu terima kau macam dulu lagi, Raysa."

Ralit dia memandang gadis itu. Raysa terlihat membuka perlahan-lahan matanya dan kornea matanya terus dipenuhi figura Heriz yang juga sedang merenungnya lembut. Dia dengar. Dia dengar semua apa yang diperkatakan lelaki itu. Disebabkan itu dia membuka matanya, tidak sanggup mendengar bait-bait kata yang penuh kebencian keluar dari mulut Heriz. Orang yang paling dia cinta.

Pandangannya yang lembut tadi bertukar tajam apabila dia melihat gadis itu membuka mata. Deheman kuat dilepaskan membuang perasaan gugup. Entah kenapa tiba-tiba dia berasa gugup...

"Sedap kau tidur! Kau ingat aku driver kau ke?!" Perli Heriz kasar.

Raysa mencebik mulut.

"Bangun! Dah sampai!" Terus pintu dibuka sebelum tubuh dibawa keluar dari kereta.

Raysa masih berada di dalam kereta, membetulkan rambut yang sudah serabai tahap dewa. Risau macam mak limah...

Heriz yang berada di luar kereta terus menghampiri pintu kereta Raysa, dibukanya kasar.

"Cepatlah! Apa yang lambat sangat kau ni?!" Melenting Heriz.

"Ish, sabarlah!" Beg tangan dicapai sebelum tubuh dibawa keluar dari kereta.

"Tepilah!" Ditolak tubuh Heriz ke tepi lantas dia menutup pintu kereta lelaki itu kuat. Bergegar lah juga...

Belum sempat dia melangkah jauh, tangannya dipaut kasar dari belakang.

"Eh, perempuan! Ini dah masuk kali kedua kau hempas pintu kereta aku tau!" Suaranya ditahan agar tidak kuat. Jika tidak difikirkan mereka berada di rumah keluarganya, memang habis Raysa dikerjakannya.

"Kaya kan? Takkan tak mampu nak ganti baru?" Perli Raysa. Tangannya yang berada digenggaman Heriz, cuba dileraikan.

"Kalau pintu kereta aku tercabut nanti, aku ambil organ kau lepastu aku jual, aku guna duit tu untuk ganti yang baru!" Tangan gadis itu dilepas kasar.

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now