Part 25

12.5K 586 10
                                    

"Jemput makan, Raysa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jemput makan, Raysa."

Raysa hanya mengangguk sambil senyum manis ke arah Datin Haila. Di hadapannya kini penuh dengan lauk-pauk yang serupa 10 orang makan padahal dia seorang sahaja tetamu. Wanita itukah yang masak semua ini?

"Raysa kena habiskan tau lauk ni semua. Mama masak special untuk Raysa." Seperti tahu-tahu sahaja apa yang bermain dalam benak fikiran Raysa, Dato' Zikri menyampuk. Alhamdulillah, lelaki itu juga sangat baik dengannya selain daripada Datin Haila. Nampaknya dia takkan ada masalah dengan bakal mertuanya. Cuma itulah... dia akan ada masalah dengan bakal suaminya sendiri.

Menyedari itu, keluhan berat terlepas di bibirnya.

"Kenapa mengeluh tu, Raysa? Raysa tak suka ke lauk yang mama masak ni?" Wajah Datin Haila sudah berubah kendur.

"Eh, tak! Bukan macam tu, mama. Lauk mama ni berselera betul Raysa tengok. Cuma itulah, banyak sangat. Tak larat lah Raysa nak habiskan semua ni." Memang taklah dia hendak jujur dengan wanita itu tentang apa yang bermain di mindanya tika ini. Nanti tak pasal-pasal teruk dia dikerjakan oleh Heriz.

"Ala, tak apa lah, makan perlahan-lahan ya?"

Raysa mengangguk perlahan. Sesekali matanya terpandang ke sebelahnya. Siapa lagi kalau bukan pak cik tu? Hanya jelingan tajam dibalas lelaki itu.

"Wah, sedapnya lauk hari ini!" Suara seseorang menyampuk dari arah belakang membuatkan Raysa menoleh kepalanya melihat empunya suara yang mengganggu keadaan tenang ini. Datang dia, riuh sekampung!

"Susah nak tengok mama masak sedap-sedap macam ni! Hari ini ada benda special berlaku ke?" Kening sebelah kirinya diangkat berkali-kali sambil merenung Datin Haila. Senyum mengusik tidak lekang dari bibir lelaki itu. Dia sangat berbeza nak dibandingkan dengan Heriz. Lelaki itu lebih santai dan susah hendak serius. Tak macam Heriz, muka tak pernah elok! Dingin sahaja dia tahu!

Nampaknya lelaki itu masih tidak perasan kewujudan Raysa di situ.

"Ish, Haireez ni! Cuba behave sikit perangai tu. Kita ada tetamu tau!" Geram Datin Haila dengan perangai tak semenggah anak bongsunya ini.

Lelaki itu mengerut kening sebelum memandang gerangan yang duduk di sebelah abangnya itu. Membulat biji matanya sebelum dia menutup mulut. Baru perasan ke cik abang!

"Sorry..." dia tersengih kecil.

Datin Haila sudah menjelingnya tajam. Dato' Zikri hanya menggeleng kepala. Pak cik tu, hm sibuk dengan telefon. Entah apa yang menarik pun tak tahulah!

Haireez hanya menayangkan senyum manis ke arah Raysa. Raysa membalas senyuman itu ringkas sahaja.

"Tak apalah, Haireez naik atas dulu nak mandi." Mata terus menghala ke arah Datin Haila.

"Eh, tak nak makan sekali?" Sampuk Datin Haila.

"Nantilah, ma. Nak mandi dulu, badan dah melekit."

Datin Haila hanya mengangguk membiarkan anak lelakinya itu beredar dari situ.

"Raysa dah lama ke kenal Heriz?" Datin Haila sudah memulakan sesi soal jawab.

Raysa memandang Heriz seketika sebelum menjawab, "baru je lagi, mama."

Datin Haila mengangguk perlahan. "Raysa buat apa sekarang? Masih belajar atau dah bekerja?"

"Oh, Raysa ada buka beng..."

"Belajar, ma. Raysa masih belajar lagi." Laju Heriz memintas Raysa. Gadis itu terkedu mendengar jawapan Heriz. Sejak bila pula dia belajar ni?

"Oh, belajar..." Datin Haila mengangguk kepala perlahan. Heriz sudah mencerlung mata tajam ke arah Raysa, memberi amaran supaya gadis itu tidak membuka mulut sepatah pun.

"Raysa okay ke nak kahwin walaupun tengah belajar?"

Kepala Raysa terus dihala ke arah Datin Haila. Senyum diukir nipis.

"Okay je, ma. Insha Allah." Ringkas sahaja dia membalas.

"Raysa betul ke nak berkahwin dengan Heriz? Dah bincang betul-betul?" Dato' Zikri pula menyampuk. Sengaja dia mahu menguji mereka berdua kerana daripada tadi dia lihat Heriz dan Raysa seperti ada menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan semua orang.

Raysa terdiam. Liur diteguk kesat. Matanya memandang Heriz, bukan untuk meminta lelaki itu menolongnya, tetapi sengaja hendak merenung lelaki itu yang khusyuk menjamu selera, seolah-olah tidak terkesan langsung dengan soalan Dato' Zikri.

Raysa menarik nafas dalam dan dihembus perlahan.

"Ya, papa. Raysa dah fikir masak-masak. Raysa betul-betul nak kahwin dengan Heriz. Raysa cintakan Heriz. Bukan sebab hartanya, tapi sebab..." matanya masih tunak memandang lelaki itu. Seketika bibirnya melengkung membentuk senyuman ikhlas.

"Tapi sebab... dia Heriz Zayyan." Kepala terus memandang Datin Haila dan Dato' Zikri. Senyumnya makin melebar.

Terhenti terus suapan Heriz. Matanya menoleh memandang Raysa dengan perasaan yang sukar ditafsir. Gadis itu terlihat bersahaja. Tidak menunjukkan apa-apa reaksi kecuali senyumnya yang diukir manis. Ini adalah kali pertama dia melihat senyuman Raysa yang kelihatan ikhlas, sebelum ini hanya wajah keruh menjadi santapan matanya.

Dato' Zikri dan Datin Haila sudah berpandangan sesama sendiri sebelum senyum terukir di bibir mereka.

'She's the one.' Ujar Datin Haila dalam hati.

'Even if it hurts I still need you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Even if it hurts I still need you.'

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now