Part 40

17.1K 592 51
                                    

Fuh!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fuh!

Berpeluh dia mengemas segenap ruang banglo mewah tiga tingkat ini. Dari tadi dia melakukan kerja rumah sehingga tak perasan sudah hampir petang. Walaupun tiada apa sangat yang perlu dikemas, tetap penat kerana dia perlu mengulang-alik turun tangga. Dia masih ingat pesanan lelaki itu yang melarangnya memggunakan lif. Jadi, hampir 3 kali juga dia turun naik tangga.

Tubuh yang penat dihempas perlahan ke sofa di ruang tamu. Matanya meliar melihat sekeliling banglo itu.

'Beli rumah besar-besar buat apa entah. Buat penat je nak kemas.' Mengeluh Raysa. Seketika matanya melihat jam dinding. Sebenarnya dia sedang menunggu kepulangan suami tercinta. Sudah 3 hari mereka tidak bertemu, apabila dicall, selalu sahaja masuk voicemail. Mungkin lelaki itu sibuk, fikirnya.

Walaupun kehadiran lelaki itu sering menyakiti hatinya yang sudah rapuh ini, dia tetap merindui Heriz. Banglo mewah tanpa suaranya terasa kosong bagi Raysa.

'Angau betul kau ni, Manda.' Raysa tersenyum kecil.

Sedang ralit dia memikirkan Heriz, bunyi loceng luar rumah kedengaran. Tubuh Raysa terus berdiri dari duduk. Dahi sudah berkerut pelik.

'Takkan Heriz kot.'

Langkah dibawa ke luar rumah. Terdapat sebuah kereta mewah di luar pagar.

Laju tangannya membuka pintu pagar.

"Hai kakak ipar!" Sapa seseorang secara mengejut membuatkan Raysa terundur ke belakang kerana terperanjat.

"Ish, Haireez!" Tersengih kecil lelaki itu.

"Kakak ipar tengah buat apa?"

"Tak buat apa pun, baru lepas kemas rumah. Ini ada apa datang, terkejut saya awak sergah macam tu!"

Haireez ketawa kecil.

"Saya nak jumpa Heriz. Dia ada?"

"Oh, Heriz tak ada. Dia dah 3 hari fly ke Amsterdam."

"Aik, dia dah start kerja ke? Awalnya!"

Raysa hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum nipis.

"Eh meh lah masuk. Tapi awak duduk kat bangku luar je lah ya? Nak benarkan awak masuk pun, saya tak berani. Rumah tak ada orang."

"Eh tak apa, luar rumah pun boleh." Terus kaki melangkah masuk mengikut jejak Raysa.

"Saya buat air dulu ya? Awak duduk sekejap."

Haireez hanya angguk kepala.

Tidak lama kemudian, Raysa datang dengan segelas air oren sejuk.

"Terima kasih, Raysa."

"Sama-sama."

Haireez meneguk perlahan air oren itu sebelum tersenyum kepada Raysa.

"Awak tak kerja ke?" Sengaja Haireez membuka topik perbualan.

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now