Part 13

10.6K 606 27
                                    

"Nah!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nah!"

"Apa ni?" Aleeya memandang pelik bungkusan yang diberi Raysa kepadanya.

"Souvenirs dari Jepun. Heriz pesah suruh bagi kat kau."

Aleeya kerut kening.

"Kenapa pula?"

Raysa hanya mengangkat kedua-dua bahu. Mata khusyuk memandang televisyen. Namun fikiran sudah melayang ke tempat lain.

Suasana sunyi seketika.

"Raysa..."

Gadis itu memandang Aleeya apabila namanya diseru.

"Are you okay?" Soal Aleeya dengan nada risau. Tubuhnya sudah menghampiri Raysa.

Raysa hanya memandang Aleeya dengan pandangan sayu sebelum dengan perlahan air matanya mengalir. Wajah ditunduk, mengelak dari bertentang mata dengan Aleeya. Dia tak sanggup...

"Eh, Raysa! Why? Kenapa kau menangis ni?" Aleeya sudah gelabah melihat keadaan Raysa. Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan gadis itu. Tangannya sudah mengusap belakang Raysa perlahan.

Raysa diam dalam tangis. Dia kemudiannya memeluk Aleeya erat. Dia hanya perlukan seseorang sekarang.

Aleeya sehabis baik memujuk Raysa.

"Raysa... why? Kau ada masalah ke? Mind to share with me?" Soal Aleeya dengan nada simpati. Tidak sanggup dia melihat gadis itu lemah seperti ini.

"Leeya.."

"Iya."

"Kau kawan aku kan?"

Aleeya kerut kening. "Mestilah."

"Kau sanggup buat apa sahaja untuk aku kan?"

"I...iya..." lambat-lambat Aleeya menjawab.

"Terima Heriz."

Dahi Aleeya sudah berlipat kali ganda berkerut mendengar bicara Raysa. Apa maksud gadis ini?

"Tolong terima Heriz, Leeya."

"Demi aku." Perit. Sakit. Payah untuk dia ungkap, tapi dia harus berkorban untuk kebahagiaan Heriz. Dia sudah nekad akan korbankan perasaannya demi lelaki itu.

"Raysa... apa kau cakap ni? Aku tak faham." Perlahan Aleeya membalas.

Raysa menelan liur payah sebelum menjawab, "tolong terima Heriz, Leeya. Dia sukakan kau. Dia..."

"Dia cintakan kau." Sekali lagi hatinya seakan dicarik menutur sebaris ayat itu. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaannya tika ini.

Aleeya menggeleng kepala laju.

"No, Raysa! Aku takkan terima dia." Bidas Aleeya kasar.

"Kenapa?"

"Apa kau merepek ni, Raysa? Takkan aku nak rampas dia dari kau! Aku tahu kau sukakan dia, kenapa kau nak aku terima dia pula?" Bentak Aleeya kasar. Dia sudah berdiri dari duduk.

My Perfect LoveWhere stories live. Discover now