PROLOG

658 28 0
                                    

BOOK
• SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFI

BOOK• SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFI

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Buku tulis dan kotak pensel dikemaskan. Kebiasaannya dia akan siapkan tugasan sebaik sahaja pulang dari sekolah, namun kali ini dia terpaksa mengikuti kedua ibu bapanya pulang ke kampung untuk melawat Nek Wati. Jarang-jarang dia dapat balik kerana kesibukan orang tuanya dan persekolahannya.

Tubuh dibaringkan di atas lantai sebaik sahaja menyelesaikan tugasan. Malas pula hendak bergerak masuk ke dalam. Bunyi selipar bergeser dengan simen membuatkan Eshal buka mata semula.

Kelibat dua orang lelaki yang sedang berjalan menghampiri dirinya dilihat. Tak pernah pula dia tengok lelaki yang berjalan di sebelah bapa saudaranya itu. Mungkin mereka kawan.

“Eshal, nenek mana?” Haqif mengaju pertanyaan.

Posisi diubah kepada duduk. Malulah berbaring di atas lantai lagi ketika ada tetamu. Tubuh disandarkan pada kaki kerusi seraya kepala didongak memandang Haqif.

“Nenek dekat dapur. Siapa ni pak su?” Pandangan mata Eshal tertala ke arah lelaki yang tidak dikenalinya itu. Nampak seperti sebaya dengan Haqif.

“Kau anak saudara Haqif eh?” Lelaki di sebelah Haqif itu menyoal.

Tanpa teragak-agak Eshal mengangguk.

“Aku kawan Haqif. Memandangkan aku ni kawan bapa saudara kau, kau boleh panggil aku Abang Haffeen.” Kata Haffeen.

Eshal buat mimik muka pelik manakala Haqif pula sudah mengemam bibir menahan tawa. Dah masak dengan perangai tak betul sahabatnya.

“Seriuslah? Kau muda dua tahun daripada Eshal. Macam pelik je nak suruh dia panggil kau abang,” tutur Haqif.

“Akukan kawan kau. Jadi, dia kena hormat aku sebagai kawan bapa saudara dia. Mana boleh panggil nama sedangkan dia panggil kau pak su,” ujar Haffeen dengan sengihan.

“Heh! Mengarut apa bendanya budak kecil macam kau nak dipanggil abang bagai? Geli tekak aku.” Hambur Eshal.

“Aku. Kawan. Bapa. Saudara. Kau.” Satu persatu ayat ditutur Haffeen. Dia masih berkeras mahu gadis itu memanggilnya dengan panggilan abang. Tak adalah berkeras sangat, cuma nak mengusik.

“Jadi, kau kena panggil aku Abang Haffeen.” Sambungnya lagi.

“Tak nak! Kau bukannya sesiapa bagi aku. Aku tak kenal kau dan aku tak akan sesekali panggil kau macam tu!” Eshal berdiri. Tangannya disilangkan di dada, berpeluk tubuh tanda tak puas hati.

“Kau nak aku perkenalkan diri dulu ke? Okey... nama aku Aizat Haffeen. Umur aku 15 tahun dan aku ni, kawan bapa saudara kau. Kau kena panggil aku Abang Haffeen.” Ujar Haffeen.

“Tak. Nak. Budak kecil macam kau ni nak dipanggil abang, beranganlah!”

“Kau cakap aku budak kecil? Aku atau kau budak kecil sebenarnya? Tengoklah ketinggian kau.... Kau lebih pendek daripada aku.”

SEHINGGA CINTA + BIDADARI HAQIF LUTHFIWhere stories live. Discover now