BAB 1

1.7K 68 1
                                    

Luth berjalan dengan perlahan di sepanjang koridor hospital. Sebelah tangannya memegang stetoskop manakala sebelah tangan dimasukkan ke poket lab coat putih doktor miliknya.

Sudah enam tahun berlalu kejadian yang memalukan dirinya. Kini Luth telah berjaya menjadi seorang doktor di sebuah hospital kerajaan.

Namun begitu, hari ini merupakan hari terakhir dia bekerja di hospital kerana dia telah mendapat tawaran yang lebih baik di satu tempat.

Demi janjinya pada diri sendiri, hari ini Luth akan melawat pesakit terakhirnya.

Tiba di satu simpang, Luth berhenti seketika. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum Luth meneruskan langkah memasuki simpang tersebut. Terlihat signboard yang bertulis wad kanak-kanak.

Bilik 206 dibuka dan kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang tersenyum kepada Luth. Seolah-olah tahu akan ketibaannya.

Luth membalas senyuman kanak lelaki itu. Stetoskop disimpan ke dalam poket. Luth duduk di kerusi di samping kanak lelaki itu.

"Abang Al datang! Farish ada benda nak kongsi dengan abang. Hari ni Farish dah boleh balik rumah!"

Luth senyum mendengar suara itu yang teruja bercerita kepadanya. Luth melihat bilik Farish juga telah dihiasi dengan pelbagai hiasan sebagai tanda hari terakhir dia berada di wad.

Little did he knows, yang sebenarnya hari ini merupakan hari terakhir dia di wad kerana jangka hayat hidupnya tinggal beberapa hari saja lagi.

Kanser telah merebak ke seluruh organ Farish. Tak banyak yang boleh dia lakukan sebagai doktor. Hidup dan mati itu semua di tangan Pencipta. Dia telah mencuba sedaya upaya merawat Farish dari hari pertama hinggalah saat ini.

Siapalah dia nak menidakkan takdir Allah.

Sedaya upaya Luth mempamerkan wajah ceria demi Farish.

"Nanti Farish besar, Farish nak jadi macam abang! Dahlah hensem lepastu buat kerja tolong orang. Farish nak jadi orang berguna juga bila besar nanti" Wajah pucat itu penuh dengan senyuman.

Airmata yang ingin jatuh ditahan bila mendengar kata-kata tersebut.

Sebagai doktor, berhadapan dengan benda seperti ini sudah biasa bagi Luth namun rasa sedih itu pasti ada.

"Farish dah jadi budak baik sepanjang dekat sini. Semua orang sayang Farish. Allah juga sayang Farish. Sebab apa? Sebab Farish kan budak baik" tutur Luth lembut penuh senyuman.

Tidak lama kemudian muncul ibu bapa Farish dibalik pintu. Aura wajah mereka kelihatan sedih namun tertutupi dengan senyuman lebar.

Luth membantu ayah Farish mendudukkan Farish di kerusi roda. Di luar wad beberapa orang doktor dan nurse serta kanak-kanak lain turut menanti Farish. Mengiringi Farish sepanjang jalan.

Sebak didada ditahan dengan sebaik mungkin. Tiga bulan Luth menjaga Farish. Melihat Farish berjuang melawan penyakitnya dan berakhir begini.

Untuk kali terakhir Luth memeluk Farish. Tanpa dijangka, Farish berkata kepadanya "Terima kasih abang jaga Farish selama ni. Betul cakap abang, Allah sayang Farish. Lepasni Farish dah boleh rehat dengan tenang, tak perlu rasa sakit lagi."

Mengalir juga airmata yang ditahan Luth sejak tadi. Dipeluk erat tubuh Farish. Ibu bapa Farish juga turut mengalirkan airmata.

Pelukan dileraikan. Pada saat ini pun Farish masih tersenyum kepadanya.

Selesai berpamitan dengan kedua orang tua Farish, akhirnya Luth kembali masuk ke dalam hospital.

Semua yang hidup pasti akan merasai mati.

Selepas ini, tiba masa untuk dia pula memulakan hidup di tempat kerja baru.



























TBC
Happy reading.

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now