BAB 27

1.1K 47 1
                                    

Luth melangkah ke meja yang ditempati oleh Dato Hisyam. Pertama kali Dato Hisyam mengajaknya berjumpa di luar membuatkan jantung Luth berdegup kencang dari tadi.

Luth dapat rasa ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh Dato Hisyam. Dia tidak pasti apa perkara itu tapi hatinya mengatakan perkara tersebut bukan petanda yang baik untuknya.

"Assalamualaikum Dato, maaf saya lambat sampai" ujar Luth. Kerusi ditarik lalu dia duduk berhadapan dengan Dato Hisyam. Sebenarnya dia tak lambat sangat pun, lewat lima minit saja.

"Walaikumsalam" balas Dato Hisyam menjawab salam Luth lalu menawarkan kepada Luth untuk memesan minuman atau makanan.

"Takpa, saya kenyang lagi..." ucap Luth menolak pelawaan Dato Hisyam
Tak lalu perut dia nak terima apa-apa sekarang bila melihat wajah Dato Hisyam yang sedikit tegang. Serius saja wajah itu.

"Kalau macam tu, saya jujur sajalah doktor Luth Almairi...saya tahu kamu menjalin hubungan dengan cucu perempuan saya Qaisara." Tegas suara Dato Hisyam mengucapkan hal tersebut.

Luth terdiam. Macam mana Dato Hisyam boleh tahu? Dia dan Qaisara sudah berjanji akan merahsiakan dulu hubungan mereka.

"Aku tak restu!" bidas Dato Hisyam. Panggilan saya tadi sudah berubah kepada aku.

"Tanpa mengurangi rasa hormat saya pada Dato, saya rasa Dato tak berhak untuk buat keputusan sendiri macam ni. Ya betul, saya dan Qaisara menjalin hubungan dan kami saling mencintai antara satu sama lain. Dato tak rasa apa yang Dato buat ni untuk kepentingan diri sendiri ke?" ujar Luth masih lembut walaupun hatinya sedang retak.

Sekali lagi.

Sekali lagi dia ditolak oleh keluarga wanita yang dia cintai. Dunia memang tidak adil pada dirinya. Mahu rasanya Luth menangis saat ini.

"Kamu tak layak untuk cucu aku! Qaisara lebih layak dengan pilihan aku!" ucap Dato Hisyam dengan kuat.

Nasiblah meja mereka itu tersorok ke hujung. Cafe hotel itu juga kurang dengan pelanggan. Dato Hisyam sendiri yang mahu berjumpa dengan Luth di hotel mewah tersebut.

Biar Luth tahu perbezaan darjat antara keluarganya dan keluarga Luth. Sungguh hati Dato Hisyam sekarang sedang dikaburi dengan fitnah.

"Qaisara juga layak membuat pilihan" balas Luth menentang pandangan Dato Hisyam. Dia akan pertahankan Qaisara dan juga dirinya.

Dato Hisyam mendengus lalu segera berdiri. Pembantu peribadinya yang berdiri dari tadi mendekati Dato Hisyam.

"Kamu ada anak bini dekat rumah tapi masih sibuk menjalin hubungan dengan cucu aku. Kamu tak layak untuk dipanggil seorang lelaki" ujar Dato Hisyam lalu berjalan keluar meninggalkan Luth yang terpinga-pinga.

Luth ingin mengejar Dato Hisyam meminta penjelasan namun dibatalkan niatnya bila mengingati yang Dato Hisyam tidak boleh terlalu tertekan.

Luth menghela nafas berat. Sejak bila aku ada anak dan isteri ni?

Rambutnya diraup ke belakang. Pening, pening. Siapa pula kali ni yang sanggup menabur fitnah pada dirinya ya Allah...



















TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now