BAB 28

1.2K 49 2
                                    

"Shh dah Qaisara, kau janganlah nangis macam ni" pujuk Iman. Qaisara dipelukannya, diusap perlahan bahu sahabatnya itu.

Dia dan suami serta anak mereka datang ingin melawat Dato Hisyam namun lain pula kejadiannya bila sampai tadi terus Qaisara memeluk dirinya sambil menangis.

Nasib Irena berada di dukungan encik suami.

"Kenapa Iman...kenapa atok sanggup buat aku dengan Luth macam ni" Teresak-esak Qaisara dalam dakapan Iman.

Balik saja dari butik tadi terus Dato Hisyam memberitahunya tentang Luth. Atoknya memberitahu bahawa dia telah melarang Luth untuk berjumpa dengannya.

Puas dia bertanya sebabnya namun Dato Hisyam hanya diam.

"Kita tunggu Idlan pujuk atok, okay? Mesti ada sebab kenapa atok buat macam tu. Kau dah tanya Luth? Mesti dia tahu sebab kenapa atok nak korang putus" ucap Iman lembut. Kesian juga melihat sahabatnya kecewa seperti ini.

"Tak lagi...aku malu...aku takut Iman" ngongoi Qaisara. Dilap airmatanya dengan tisu. Habis sekotak tisu oleh airmata seorang diva.

Irena terkebil-kebil melihat bilik makcik kesayangannya yang penuh dengan tisu.

"Kau takut kenapa?" tanya Iman. Irena diambil didudukkan di pehanya. Tak boleh tinggal lama si kecik tu nanti merayap entah ke mana.

"Macam mana kalau Luth betul-betul tak nak aku?" lirih Qaisara.

"Haish kau ni, tak mungkinlah Luth buat macam tu. Kau sendiri kenalkan Luth macam mana. Kau lebih tahu dia Qaisara" ujar Iman.

Qaisara menganggukkan kepala. Ya! Dia kena call Luth.

"Aku tinggal kau dulu, call lah Luth sekarang" ucap Iman lalu berdiri ingin keluar.

Kelibat Idlan yang masuk ke dalam bilik Qaisara membantutkan niat Iman tadi. Berkerut dahinya melihat wajah keruh sang suami.

"Abang Mad..." panggil Qaisara. Muka
penuh tanda tanya ditayangkan.

Idlan mengeluh panjang. Berat masalah adik dia ni.

"Atok cakap ada perempuan datang rumah semalam mengaku dia isteri Luth. Siap datang dengan budak lagi" ujar Idlan menjawab soalan mata Qaisara.

"Tak mungkinlah, Luth mana pernah kawin lagi. Abang Mad ada tanya nama perempuan tu?" ucap Qaisara menyangkal berita yang disampaikan oleh Idlan.

"Atok cakap nama dia Mia" kata Idlan.

Qaisara terpana mendengar nama tersebut. Takkanlah Mia jururawat dekat klinik tu?

Terus Qaisara bangkit dari duduknya. Kunci kereta dan beg diambil. Tudung sarung dipasang kalut. Iman dan Idlan terkejut melihat tingkah Qaisara.

"Kau nak pergi mana ni Qaisara?" tanya Iman. Sekarang sudah masuk jam sembilan malam. Memanglah belum larut lagi tapi dia risau.

Qaisara tidak mempedulikan soalan Iman, sebelum dia keluar dari biliknya sempat Qaisara berpesan,

"Abang Mad dengan Iman jangan risau, aku tahu apa aku buat" ujarnya lalu berlalu keluar.

Idlan menggeleng. Qaisara, dari dulu buat benda ikut kepala dia saja.

"Sayang tunggu sini, abang nak ikut Qaisara" ujar Idlan kepada isterinya. Dahi Iman dicium sebelum dia turut berlalu mengejar adiknya.

"Hati-hati abang..." ucap Iman perlahan.

Dia risaukan kedua orang kesayangannya itu.
























TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now