BAB 23

1.2K 53 0
                                    

Diana melihat jam tangannya. Sudah masuk jam enam petang. Pekerja pun semua sudah balik hanya tinggal dia saja dan bossnya di lantai itu. Sibuk sangat Tuan Hadif sampai tak perasan jam balik.

Fail-fail disusun dengan rapi di atas meja. Kertas-kertas yang baru siap di cetak, Diana satukan dengan klip kertas. Senang supaya tak hilang. Terakhir buku nota miliknya disimpan ke dalam beg.

Pintu bilik Hadif di tenung seketika sebelum berlalu turun ke bawah.

Waktu petang ditambah dengan hujan lebat menggelapkan lagi suasana. Diana cuak. Dia sudahlah penakut orangnya. Kawasan office pula dah sunyi.

"Kenapa tak balik lagi?" ucap Hadif yang muncul dari belakang. Sejak bila ntah dia turun bawah. Siap dengan briefcase lagi. Baru ingat nak balik lah tu.

Ternaik bahu Diana bila disergah begitu. Dia berpaling melihat Hadif berdiri di sebelahnya.

"Saya tanya kenapa tak balik lagi?" soal Hadif lagi.

"Err tengah tunggu grab, tapi takda satu pun yang accept request lagi." Terang Diana perlahan. Mungkin kerana cuaca hujan lebat sebab tu driver grab kurang waktu itu.

"Jom, saya hantar" pelawa Hadif. Tak sanggup pula nak tinggal Diana sorang-sorang tunggu grab. Tempat mereka sekarang itu pun makin sunyi.

"Takpalah, menyusahkan tuan nanti" Diana menolak ajakan Hadif dengan sopan.

"Betul ni? Okaylah saya balik dulu. Awak hati-hati dekat sini sebab saya dengar kawasan ni keras" ucap Hadif dengan wajah serius. Sengaja memancing emosi Diana. Dari muka pun dah boleh nampak yang PA nya itu seorang penakut.

Diana tunduk menggigit bibirnya. Bunyi guruh yang kuat membuatkan Diana tersentak. Dilihatnya Hadif yang mula berjalan meninggalkan dirinya.

"Tuan! sa saya ikut tuan balik" panggil Diana tergagap-gagap.

Hadif mengukir senyuman. Dia berpaling melihat Diana dengan wajah serius semula. Berjaya juga taktik dia tadi!

Diana menghampiri Hadif dan mereka berjalan ke tempat kereta Hadif terletak.













* * *





"Terima kasih Hadif sebab hantar Diana balik" ucap bonda kepada Hadif.

"Sama-sama. Hal kecil je bonda" balas Hadif ramah. Dilihatnya suasana rumah yang penuh dengan kanak-kanak dari pelbagai umur.

Dia baru tahu yang Diana membesar di rumah anak yatim. Disebabkan hujan makin lebat tadi Diana mengajaknya untuk berehat dulu. Lagipun, bahaya memandu dalam keadaan hujan lebat.

Seronok Hadif melihat kanak-kanak yang menyambut kepulangan Diana. Hadif juga berkenalan dengan bonda.

"Diana tak pernah cerita pun boss dia ni muda lagi. Sebelum ni boss dia nama tuan Arsyad" ujar bonda.

Hadif senyum mendengar nama daddy nya. Daddy nya dulu pula selalu berkata yang Diana adalah pembantu terbaik untuk dirinya.

"Saya baru saja ganti tempat daddy" ujar Hadif.

Diana muncul membawa teko dan gelas di atas talam. Gelas diletakkan dan dituang teh panas lalu disuakan kepada bonda dan Hadif.

Diana ambil duduk disebelah bonda.

"Jemput minum Hadif" pelawa bonda. Hadif angguk kepala lalu menyisip air teh tersebut. Lega badan bila dapat minum air panas dalam cuaca sejuk.

Hujan di luar mula berhenti. Hadif berdiri meminta izin pulang.

"Terima kasih bonda, saya balik dulu" ujar Hadif. Bonda menganggukkan kepala. Isyarat diberikan kepada Diana untuk menghantar Hadif ke depan.

Lekas Diana berdiri mengikuti Hadif ke kereta.

"Tuan..." seru Diana.

"Terima kasih hantar saya balik. Hati-hati memandu" ucap Diana lagi.

Hadif senyum. Comel betul Diana ni!

"Ermm, bonda pesan kalau minggu depan tuan tak sibuk, jemputlah datang sini lagi. Kami nak buat kenduri kesyukuran sikit" ujar Diana.

Bonda berpesan kepadanya untuk menjemput Hadif datang sebagai tanda terima kasih. Haih bondaku...macam ada muslihat lain.

"Boleh, nanti saya datang" ucap Hadif. Diana senyum. Ingatkan Hadif akan tolak tadi.

Hadif masuk ke dalam kereta dan mengundurkan kereta miliknya keluar dari kawasan rumah tersebut. Tersenyum riang Hadif sepanjang perjalanan pulang. Tak sabar pula rasanya minggu depan lagi!























TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt