BAB 35

1.5K 54 0
                                    

"Mak tinggal lah sini lama lagi" pujuk Qaisara pada Puan Aisyah. Dia tak puas nak minta tips jaga suami dari mak mertuanya itu.

Puan Aisyah menggeleng pelahan. Menantu kesayangan dia ni suka buat muka sedih.

"Nanti mak datang sini lagi, tak pun kamu bawalah Luth balik kampung" pujuk Puan Aisyah pula.

Selepas makan tengahari di rumah Dato Hisyam tadi, Puan Aisyah dan si kembar memutuskan untuk balik kampung semula. Lagipun, kembar itu ada kelas lusa.

Qaisara turut mengikuti Luth balik ke apartment milik lelaki itu.

Bonet kereta ditutup perlahan. Segala beg ibu dan si kembar selamat dimasukkan. Luth mendekati isteri dan ibunya yang sedang berpelukan.

"Nanti ada masa kita orang balik sana" ucap Luth. Tangan Puan Aisyah disalam.

Puan Aisyah angguk kepala. Dia faham dengan jadual sibuk anak dan menantunya itu.

Aleeya dan Aleesya menyalam tangan along dan kakak ipar mereka.

"Cepat-cepat bagi kami anak buah tau!" ucap Aleesya semangat!

"Tengah usaha lah ni" balas Qaisara selamba. Luth tunduk menggeleng kepala. Isteri dia nilah...

Mereka menghantar pemergian Puan Aisyah dan si kembar hingga hilang dari pandangan.

"Bila kita nak gerak ke rumah kita pula abang?" tanya Qaisara. Pautan di lengan encik suami tidak dilepaskan sepanjang berjalan naik semula ke apartment Luth.

"Lepasni, barang semua dah kemas?" Rumah baru mereka adalah hadiah perkahwinan dari Dato Hisyam. Kata Dato Hisyam semua sudah lengkap tinggal perlu berpindah saja.

Qaisara angguk semangat.












* * *








"Wah besarnya!" jerit Qaisara melihat dapur rumah baru mereka. Dapur adalah bahagian pertama dituju olehnya kerana kata Dato Hisyam ada kejutan istimewa di situ.

Luth senyum melihat kegembiraan isterinya. Qaisara dipeluk dari belakang. Dagu di sangkut pada kepala sang isteri.

Comel jadi perempuan pendek ni, ada suami tinggi boleh sangkut dagu selalu.

"Lepasni makin semangatlah saya nak baking untuk abang!" ujar Qaisara tersenyum. Terdapat pelbagai kelengkapan untuk baking dan membuat pelbagai pastry di dapur itu.

Mesti Dato Hisyam tahu hobi cucunya yang suka baking itu.

"Tak penat ke nanti buat pavlova selalu untuk abang?" soal Luth bersama senyuman.

"Tak, saya lagi suka!" balas Qaisara. Dia berpusing menghadap Luth. Tangan dikalung ke leher sang suami.

"Sebab?" soal Luth kepada Qaisara.

"Because my love language is I baked for you!" ujar Qaisara lalu dicium sekilas bibir seksi suaminya itu.

Luth tertawa lalu dicium dahi si isteri.

"Cinta nak tahu tak love language abang pula?" soal Luth perlahan. Di tenung tak lepas mata bundar sang isteri.

"A...apa?" Luth pandang dia macam nak makan kenapa? Awal lagi ni, baru petang.

Luth senyum sebelum Qaisara diangkat mudah naik menuju ke bilik.
Terlepas jeritan Qaisara bila tiba-tiba didukung seperti itu.

"Abang punya love language physical touch so kena tunjuk dekat cinta macam mana" usik Luth tersenyum sumbing.

"Abang gatal!" ujar Qaisara. Dipukul perlahan bahu Luth.

"Tapi cinta suka juga dengan lelaki gatal ni" balas Luth tak mahu kalah.

Qaisara diletakkan di atas tilam king itu. Senang je nak cari master bedroom dalam rumah itu. Pintu bilik mereka saja yang berwarna coklat pintu bilik lain berwarna putih.

"Mestilah suka...sebab abang sempurna luar dalam. Lepastu abang selalu sabar dengan saya dan paling penting abang seksi" ucap Qaisara lembut. Badan suami dia yang ada bar coklat tu selalu menjadi igauan malamnya.

Sekarang dah halal boleh peluk setiap masa!

Rahang suaminya diusap perlahan.
Senyuman Luth turut dibalas sebelum ditarik Luth ke wajahnya.

Nafas bersatu menyemarakkan lagi suasana sesi menyemai benih cinta mereka berdua.




















TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now