BAB 12

1.2K 56 0
                                    

Qaisara membawa Hadif pusing satu mall. Sudah satu jam mereka berjalan di dalam mall tersebut. Hadif disebelah mempamerkan muka pasrah.

Menyesal pula setuju keluar dengan Qaisara tadi. Hadif tahu Qaisara sengaja menderanya berpusing-pusing dalam mall kerana dia sangat tidak suka dengan suasana yang sibuk dan ramai orang.

Belum lagi Qaisara yang dari tadi masuk dari satu kedai ke kedai yang lain tapi tak beli apa pun. Rasanya mereka dah habis tawaf satu mall lapan tingkat ni.

"Qaisara..." seru Hadif. Dilihatnya selamba sungguh muka Qaisara. Tak peduli langsung dengan panggilannya.

"Qaisara...okay fine! Kita balik." Seru Hadif lagi.

Qaisara menghentikan langkahnya lalu berpaling melihat Hadif.

"Itulah, lain kali jangan sibuk nak ajak aku keluar kalau tak sanggup nak teman." Ujar Qaisara sengaja menyakitkan hati Hadif. Puas hati!

"Masalahnya dari tadi kau bawa aku pusing satu mall ni. Pening tahu tak." Balas Hadif pula membela dirinya.

Dari dulu mereka saling kenal kerana hubungan keluarga mereka yang rapat. Tapi malangnya dia dan Qaisara tak pernah sebulu. Ada saja benda nak digaduhkan kalau berjumpa.

Tengok sajalah hari ini. Masing-masing tak mahu kalah saling menyakitkan hati. Sama-sama degil!

"Macam nilah Hadif, apa kata kita jujur je dengan our family yang kita ni tak sepakat dan tak akan setuju untuk dijodohkan. Kau tak penat ke main tarik tali selama ni? Aku penat!" Ujar Qaisara melepaskan segala yang terbuku dihatinya. Dia tak faham dengan Hadif! Masing-masing dah besar kot buat apa nak ikut cakap keluarga memanjang.

Apa? Ingat sekarang ni zaman kesultanan melayu melaka lagi ke nak dijodohkan bagai?

"Aku pun tak nak Qaisara..." Keluh Hadif pasrah. Sejujurnya dia juga tak setuju dengan cadangan gila mommy dan daddy nya.

"Dah tu? Kita cakap jelah kan senang. Aku yakin keluarga kita akan faham. Aku tak naklah sebab benda ni aku kena gaduh je dengan kau. Muak juga aku lama-lama." Ujar Qaisara.

"Okay, aku minta maaf sebab selalu sakitkan hati kau. Aku akan cuba slow talk dengan mommy daddy aku nanti." Balas Hadif akhirnya bersetuju.

Qaisara akur lalu senyum. Macam nilah dia suka! Kan senang tak payah serabut bagai. Nanti pandai-pandailah dia pujuk atoknya di rumah tu.

Akhirnya, Hadif menghantar Qaisara pulang ke rumah. Sempat lagi Qaisara menyuruh Hadif membelikannya mcflurry oreo sebelum balik sebagai tanda perdamaian.

Qaisara dan mcflurry oreo memang tak dapat dipisahkan!

Geleng kepala Hadif dengan perangai Qaisara. Nasib tak jadi bini lagi. Dia dah surrender awal-awal dengan Qaisara kalau macam ni.

























TBC
Happy reading! Maaf atas segala kehadiran typo yang ada! Thank you yang sudi baca ><

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now