EPILOG

2.1K 62 9
                                    

"Selamat malam anak-anak daddy" Pipi Qayyum dan Layla dicium. Tak terasa waktu berlalu si kembar sudah berusia empat tahun.

Qaisara senyum lalu turut melakukan hal yang sama pada anak-anaknya. Qayyum dan Layla masih tidur bersama mereka. Qaisara yang tak mahu pisah lagi!

Luth reda mengubah bilik mereka dengan menambah dua tilam kecil untuk si kembar. Nasib ukuran master bedroom mereka besar.

"Jom daddy dodoikan mommy dia pula" ujar Luth tersengih.

Qaisara menjeling Luth namun dibalas tawa dari suaminya. Mereka merancang tak tambah anak lagi buat masa sekarang. Tunggu dulu usia si kembar enam tahun baru boleh proceed kata Qaisara.

Menjaga dua orang itu pun sudah memerlukan tenaga dan kesabaran yang tinggi inikan pula nak tambah.

Luth berdiri lalu membawa Qaisara ke balkoni bilik mereka. Terang bulan pada malam itu menghangatkan suasana.

Pinggang Qaisara dipeluk dari belakang. Diam mereka seketika melihat bulan yang bersinar ditemani bayu malam yang bertiup perlahan.

"Abang tahu tak, Iman cerita yang abang Mad selalu gaduh dengan Ifwat" ujar Qaisara tertawa. Dulu beria abang dia nak ada anak lelaki. Setahun selepas melahirkan kembar, Iman pula disahkan mengandung.

Tapi itulah, dua-dua anak mama sampai babah mereka cemburu.

Luth senyum mendengar suara isterinya bercerita.

"Abang..." seru Qaisara lagi.

"Kenapa abang sanggup tunggu saya dulu walaupun abang tahu yang Qaisara waktu tu dah ada calon" sambungnya lagi.

Luth menarik nafas perlahan. Tubuh Qaisara di pusing menghadapnya.

"Cinta nak tahu sesuatu tak?" soal Luth tersenyum.

Qaisara angguk semangat.

"Semua orang boleh berkata aku cinta pada orang yang mereka sayang tapi tak semua orang boleh tunggu and prove it's true. Waiting is a sign of true love and patience tapi tak semua orang boleh lakukan" ujar Luth perlahan.

"Abang sanggup tunggu cinta sebab abang yakin dengan hati abang that you're mine." Dahi Qaisara dicium lama menyalurkan rasa cinta.

"You're worth the risk cinta!" ucap Luth tersenyum lebar.

"Saya cintakan abang, terima kasih" ucap Qaisara memeluk Luth erat.

"I love you more cinta" balas Luth. Pelukan Qaisara dibalas erat.

Alhamdulillah, dia bahagia. Selepas dimalukan dulu, Luth trauma bercinta sampailah dia jumpa dengan wanita di dakapannya ini.

Qaisara berjaya membuka hatinya dan telah mengunci rapat pintu tersebut.

Semoga bahagia terus bersama mereka hingga ke hari tua.
























THE END
Happy reading! Terima kasih yang sudi baca kisah Luth Almairi dan Nur Qaisara Amaris dari awal sampai akhir! Saya hargai kepada yang setia tunggu update >< Maaf atas segala kekurangan dalam kisah ini. Semoga kita berjumpa lagi dalam cerita seterusnya!

p/s: hint untuk next story ada disebut dalam dua karya saya! Jangan lupa follow, vote dan share story ni pada kawan-kawan readers yang lain! *bagi mini love

Start:16.06.2023
End:10.08.2023

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now