BAB 21

1.2K 54 0
                                    

"No! Irena janganlah tarik misai Luqa tu, sian diaa" larang Qaisara melihat Irena yang bermain dengan Luqa. Ganas betullah anak abang dia ni.

"Irena, jom sayang kita tidur" ujar Idlan yang turun dari atas bersama Iman di samping. Mereka bermalam di rumah atoknya hari ini.

Irena menggeleng kepala lalu merangkak ke arah Qaisara. Ketawa Qaisara melihat perangai Irena yang manja dengannya.

"Itulah kau Qai, manjakan dia lagi" ujar Idlan. Dia melabuhkan duduk di sofa. Iman pula duduk bersimpuh di sebelah Qaisara di permaidani tebal yang terdapat di ruang tamu itu.

Irena diambil dari dakapan Qaisara dan ditepuk-tepuk perlahan punggung si kecil itu. Perlahan-lahan mata Irena tertutup layu. Iman senyum. Penat sangat lah tu Irena.

"Iman naik dulu abang, Irena dah tidur ni" ujar Iman berdiri. Dia sengaja memberi privasi kepada dua beradik itu kerana dia tahu Idlan ada perkara yang ingin dibincangkan dengan Qaisara.

Idlan angguk kepala. Isterinya didekati. Pipi Irena dicium, tak lupa juga ciuman di dahi sang isteri. Merona merah pipi Iman dengan perlakuan Idlan.

"Hei apa ni, sweet-sweet depan aku" sampuk Qaisara. Tunggulah dia kawin nanti akan dia bermanja dengan Luth setiap masa!

Iman tertawa kecil lalu berlalu naik ke atas.

Idlan duduk semula. Wajah Qaisara dipandang kejap.

"Atok ada bagitahu abang pasal Qai dengan Hadif. Abang tak tahu pun dia balik sini" ujar Idlan membuka bicara.

Qaisara diam. Dia tahu ke mana arah perbincangan ini.

"Betul Qai tak nak kawin dengan Hadif?" tanya Idlan. Atoknya menyuruh dia memujuk Qaisara untuk bersetuju dengan rancangan menyatukan Qaisara dah Hadif.

Idlan tidak setuju untuk memujuk adiknya. Bagi Idlan biarlah Qaisara yang membuat pilihan. Dia mahu melihat adiknya bahagia.

"Qaisara dah ada pilihan sendiri" ujar Qaisara perlahan. Luqa di pangkuan di usap perlahan.

"Siapa lelaki malang yang dapat adik abang ni?" gurau Idlan sambil tertawa.

"Eee abang Mad!" Bantal kecil di humban ke arah Idlan. Tak guna punya abang!

"Kenapa tak ajak dia datang sini jumpa atok dengan abang? Abang Mad kenal ke orangnya?" soal Idlan lagi.

"Nanti Qai ajaklah bila semua ni dah selesai. Atok tu yang degil tak setuju hubungan Qai dengan Luth" rungut Qaisara perlahan.

"Oh jadi nama dia Luth" ucap Idlan.

"Dia doktor peribadi baru atok sebenarnya..." bisik Qaisara dengan suara perlahan. Tak mahu bagi sesiapa dengar kecuali Idlan.

"Like seriously? Makin susahlah Qai nak pujuk atok lepasni" ujar Idlan terkejut.

Qaisara mencebik. Tak membantulah abang dia ni.

"Betul Qai nak kawin dengan Luth?" soal Idlan serius. Dia setuju saja dengan pilihan adiknya asalkan Qaisara tidak salah pilih.

Qaisara angguk kepala dengan yakin.

Idlan senyum. Nampak sinar bahagia di mata adiknya itu bila menyebut nama Luth.

"Abang setuju, cuma Qai kena ingat, bila kawin ni kita akan bersama seumur hidup dengan pasangan kita. Seumur hidup itu lama Qai, jadi pilihlah dia yang mahu menggenggam tangan Qai hingga akhir" pesan Idlan.

"Okay abang Mad, Qai akan ingat tu. Qai betul-betul rasa Luth yang terbaik untuk Qai" balas Qaisara kepada abangnya.

"Nanti abang tolong pujuk atok" ujar Idlan.

Bersinar-sinar wajah Qaisara mendengar hal tersebut.

"Thank you abang Mad!" ujar Qaisara. Semoga atok mereka terpujuk dengan Idlan!

"Dahlah pergi tidur sana. Abang nak naik atas peluk bini. Qai peluk Luqa sajalah dulu, kesian dia belum kawin" seloroh Idlan berlari-lari anak menaiki anak tangga. Lebih baik dia menyelamatkan diri dulu daripada kena baling dengan bantal lagi.

"Cis! Macam dia sorang je ada bini!" teriak Qaisara masih terkawal suaranya.

"It's okay Luqa, tunggu Luth jadi suami mommy yang sah dulu baru awak dapat daddy" ucap Qaisara kepada si kucing Luqa.





























TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now