BAB 17

1.2K 54 0
                                    

Kereta diparkir di halaman rumah. Hari ini Luth balik ke kampung melawat ibunya. Kali terakhir dia pulang ke kampung pun dua bulan lepas. Memandangkan esok hari ahad, sempatlah nak luang masa sehari dekat kampung.

Lagi pula dia rindu dengan suasana kampung yang tenang. Paling rindu lagi dengan masakan Puan Aisyah!

Tangga rumah dinaiki. Salam juga diberi sebelum masuk. Baru selangkah Luth masuk ke dalam dia di serbu oleh si kembar Aleeya dan Aleesya.

"Along!" segera Aleeya menyalami tangan Luth dan memeluk abangnya. Begitu juga dengan Aleesya.

Adik kembarnya itu sekarang melanjutkan degree di salah satu universiti tempatan. Aleeya dalam bidang perubatan sepertinya manakala Aleesya pula dalam bidang perakaunan.

Selain Puan Aisyah, si kembar itulah harta paling berharga bagi Luth.

"Along tak tahu pun korang balik sini. Tengah cuti sem ke?" tanya Luth. Tiada pula Puan Aisyah memberitahunya yang Aleeya dan Aleesya balik cuti.

"Ha ah sekarang tengah cuti sem" balas Aleesya.

"Mak mana? Tak nampak pun dari tadi?" soal Luth lagi. Sofa kayu didekati. Luth merehatkan badan. Penat memandu dari KL ke Melaka belum hilang lagi.

"Ada tu hah dekat dapur tengah masak lauk special katanya. Maklumlah anak tersayang dia balik" ujar Aleeya mengusik abangnya.

Luth tayang senyuman. Dia berdiri lalu turun ke dapur yang terletak sedikit bawah. Hanya dipisahkan oleh beberapa anak tangga. Biasalah rumah kampung. Ini pun Luth sudah ubah suai hampir semua bahagian rumah biar lebih kelihatan baru.

Puan Aisyah yang sedang menggaul gulai ayam dikejutkan dengan kehadiran Luth yang berdiri di sampingnya.

"Rajinnya mak along ni" ujar Luth bersama senyuman.

Puan Aisyah mengecilkan api. Wajah anak sulungnya dipandang.

"Mak ada banyak soalan nak tanya kamu tapi bukan sekarang. Panggil adik kamu dulu kita makan" ucap Puan Aisyah bersama senyuman.

Dia tahu Luth ada banyak ingin diluahkan kepadanya. Sejak kejadian enam tahun lalu, Luth tidak pernah lagi berbicara soal wanita kepadanya. Tetapi, sejak Luth memberitahunya tentang seorang Qaisara, Puan Aisyah yakin anaknya itu telah jatuh cinta sekali lagi.

Naluri keibuannya juga dapat merasakan Qaisara orang yang tepat untuk Luth.

"Takutnya along dengar..." seloroh Luth bersama sengihan. Soalan apalah yang nak ditanya tu.

Bahu Puan Aisyah dipeluk.

"Mak janganlah risau sangat. Kali ni along tak lalai macam dulu" ujar Luth serius.

Kemunculan Aleeya dan Aleesya mematikan percakapan Luth dan Puan Aisyah. Tersenyum Puan Aisyah melihat dia dapat berkumpul dengan tiga orang anaknya.

Suasan tengahari itu meriah dengan usikan dan tawa empat sekeluarga itu.

Hidup yang sederhana tapi bahagia.






* * *

Luth duduk di pangkin memandang langit malam. Suasana malam di kampung yang ditemani dengan bunyi cengkerik.

Tenang. Tidak seperti fikirannya sekarang. Dia risaukan Qaisara.

Luth menghela nafas perlahan.

"Tak baik mengeluh Luth" ujar Puan Aisyah yang hadir mendekati anak sulungnya. Ntah apalah yang ada dalam fikiran si sulung. Panjang benar keluhan tadi kedengaran di telinganya.

Wajah tua ibunya dipandang. Wajah yang banyak berkorban membesarkan dia dan kembar Aleeya dan Aleesya.

"Takdalah mak. Saja je tadi buat exercise untuk paru-paru nak bernafas" dalih Luth tertawa sendiri.

Puan Aisyah geleng kepala.

"Setakat ni, Mia dekat tempat kerja kamu okay je kan? Mak bukan apa, tak nak orang sini mengata kamu lagi" ucap Puan Aisyah. Dulu teruk orang kampung melontarkan kata hinaan kepada mereka.

'Keluarga tak tahu malu', 'lelaki tak sedar diri' dan macam-macam lagi hinaan. Mujur sekarang tiada lagi kata seperti itu.

Hati Luth saja yang kental. Dari dulu rajin balik ke kampung melawatnya walaupun ketika itu masih ada suara sumbang yang merendahkannya.

"Okay je mak, dia sendiri dah minta maaf dekat along. Kami pun hanya sebatas kawan sekerja" terang Luth kepada Puan Aisyah. Hal Mia tu dah selesai. Malas dia nak fikir.

"Along risau mak. Along risau kali ni sama dengan kejadian dulu. Along risaukan Qaisara..." luah Luth kali ini.

"Along dalam hidup ni kita ada Allah. Kita minta pada Dia untuk diberi jalan keluar dari segala masalah. Kalau kamu berdua memang ditakdirkan untuk berjodoh, mak yakin pasti akan dipermudahkan" nasihat Puan Aisyah.

Pundak kiri anak sulungnya dipegang,

"Along mak nak pesan, perkawinan ni satu ikatan suci menyatukan dua jiwa. Dalam menuju perkawinan yang bahagia memang akan hadir pelbagai rintangan yang menghalang. Kalau macam ni pun, along dah putus asa fikir, macam mana nak jadi nakhoda nanti kepada rumah tangga kamu?"

Terdiam Luth mendengar nasihat ibunya.

"Baik, along akan ingat pesan mak" ujar Luth.

"Bila nak bawa bakal menantu mak balik sini? Mak dah tak sabar ni nak ada menantu" usik Puan Aisyah.

"Nanti along bawa dia balik sini" balas Luth tersenyum. Dia pun tak sabar nak bawa budak Qaisara tu balik kampung.

Semoga saja hubungan mereka akan direstui oleh atok Qaisara. Dia perlu mencari jalan dan kekuatan untuk berdepan nanti dengan keluarga Qaisara.





























TBC
Happy reading! Maaf atas segala kecelaruan dan kehadiran typo yang ada ><

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Où les histoires vivent. Découvrez maintenant