BAB 13

1.2K 54 0
                                    

Qaisara melihat tarikh temu janji yang tertulis pada kad untuk kesekian kalinya. Takut salah tarikh pula. Sudahlah ini kali pertama dia pelihara kucing.

Hari ini dia membawa si kucing Luqa untuk divaksin. Setiap hari makin jatuh sayang Qaisara dengan kucing itu.

Pintu kereta dibuka, lalu Luqa yang berada di dalam sangkar turut dibawa keluar bersama.

'Makin beratlah anak mommy ni' desisnya dalam hati bila mengangkat Luqa yang dalam sangkar.

Macam mana tak makin gemuk, Luqa seekor kucing yang sangat kuat makan. Jawapnya makin hari makin tembam lah si Luqa. Dapat pula tuan yang suka manjakan dia.

Qaisara berjalan dengan langkah perlahan menuju ke klinik haiwan. Ikutkan hati mahu saja dia jenguk Luth dulu di klinik depan tapi anak manja dia kena diutamakan.

"Qaisara." Panggil satu suara dari arah belakang.

Qaisara berpaling bila namanya dipanggil. Terkejut Qaisara melihat kehadiran Luth.

"Luth? Awak buat apa dekat sini?" Tanya Qaisara hairan.

"Luqa kan anak kucing saya juga, mestilah saya datang nak teman dia pergi vaksin hari ni." Ujar Luth selamba dengan senyuman tipis yang mampu mencairkan hati Qaisara.

Sebenarnya dia dari tadi tunggu kehadiran Qaisara disitu. Ragu-ragu juga Luth mahu memanggil Qaisara tadi kerana tak sangka imej Qaisara sudah berubah.

Makin cantik! dan makin manis bila dipandang.

"Ye ke nak teman Luqa? Ke nak teman saya?" Usik Qaisara pula. Terharu juga hatinya bila Luth sanggup menemaninya.

Macam mana tak jatuh cinta dengan Luth yang sentiasa caring dan sentiasa peka ni? Penat dia menahan hati!

Luth hanya geleng kepala lalu menghulurkan tangan meminta Qaisara menghulurkan si kucing Luqa.

"Macam makin berat je. Awak bagi dia makan apa ni. Baru tiga minggu saya tak jumpa makin sihat dah Luqa." Ujar Luth menyambut huluran Qaisara.

"Tak baik cakap Luqa berat! Kecik hati dia nanti." Ujar Qaisara geram. Tadi dia kutuk Luqa berat juga tapi dalam hati.

'Maafkan mommy Luqa' bisiknya lagi dalam hati.

Luth tertawa mendengar balasan Qaisara. Macam-macamlah budak ni.

"Qaisara..." seru Luth perlahan.

Qaisara menjongketkan kening sebelah.

"Saya pernah puji awak cantik tak?" Tanya Luth dengan senyuman.

Qaisara geleng kepala dengan soalan Luth. Dah kenapa tiba-tiba?

"Awak cantik macam ni" Ujar Luth lalu berlalu membawa Luqa masuk ke dalam klinik.

Qaisara terpinga-pinga seketika.

'Aaaa Luth puji aku cantik!' Teriak Qaisara dalam hati. Gedik dia dah datang.

Qaisara segera mengekori Luth dari belakang. Senyuman tidak hilang dari bibirnya.

Macam biasa semuanya Luth akan tolong dan uruskan si kucing Luqa. Dia hanya perlu tunggu hingga selesai.

Mudah kerja dia bila ada Luth yang selalu hadir datang membantu!























TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now