BAB 18

1.1K 49 0
                                    

Tok! Tok!

"Masuk" arah Hadif dari dalam bila mendengar bunyi ketukan. Dia melihat pembantunya Diana masuk ke dalam biliknya.

'Cantiknya' desis hati Hadif. Dalam diam dia menaruh hati terhadap Diana.

Hadif suka melihat gaya Diana yang sopan. Setiap hari dengan abaya. Handsock dan stokin pun tak tinggal. Tudung pula labuh menutup dada. Kadang bila berpakaian formal, Diana tetap ayu.

Seksa juga mencintai dalam diam ni.

"Tuan, ini fail-fail yang tuan kena sign untuk hari ni. Lagi satu, ada tetamu nak jumpa tuan dekat luar. Boleh dia masuk?" tanya Diana. Tetamu di luar itu tak buat temujanji jadi dia kena tanya dulu bossnya.

Berkerut dahi Diana melihat Hadif yang fokus pada skrin komputer di hadapan. Haih, aku ni tunggul ke?

Diana menahan geram. Jangan marah Diana, Tuan Hadif tu boss awak.

"Tuan!" bentak Diana sedikit keras.

Hadif mengangkat wajahnya melihat  Diana sebelum tunduk semula. Kali ni dia pura-pura sibuk meneliti segala fail di depannya. Dia malu berhadapan dengan Diana...

"Saya dengar. Awak boleh keluar dan sila jemput orang tu masuk" arah Hadif masih tunduk.

Diana menghembus nafas perlahan. Dari hari pertama dia bekerja dengan boss barunya ini, Hadif selalu mengelak dari dia. Sombong betul!

"Baik Tuan..." ujar Diana perlahan. Dia berlalu keluar.

"Diana..." seru Hadif.

Diana berpaling melihat bossnya.

"Terima kasih" ucap Hadif. Senyuman turut diukir.

Terpana Diana seketika. Ini kali pertama Hadif senyum padanya.

"Sama-sama tuan" balas Diana lalu keluar dari bilik Hadif. Ritma jantung dia mula tak seimbang. Tolong kenapa ni?

Lelaki yang duduk bersilang kaki di sofa itu didekati. Dia sebenarnya kurang selesa dengan pandangan lelaki itu.

Seram bila lelaki itu pandang dia macam nak tembus.

"Encik, silakan masuk. Tuan Hadif ada di dalam" pelawa Diana.

Lelaki itu berdiri, dia melihat Diana atas bawah lalu tersenyum sumbing.

"Thank you beautiful" ujarnya. Sempat dia mengenyit mata kepada Diana sebelum berlalu masuk ke bilik yang ditunjukkan.

Diana membuat wajah jengkel terhadap perlakuan lelaki itu. Geli!












* * *



"Hi babe" sapa Aiman masuk ke pejabat Hadif. Dengan selamba dia duduk di kerusi menghadap Hadif.

Hadif cuba mengawal riak wajah terkejutnya melihat Aiman.

"Macam mana kau boleh datang sini?" soal Hadif tegas. Nada suara cuba dikawal.

"Aww come on, takkan kau tak rindu aku? Lagipun senang je nak cari tempat ni." Tersengih Aiman menjawab soalan Hadif.

"Kau keluar! Kita bukan kawan lagi. I made it clear yang aku tak nak terbabit lagi" ujar Hadif. Cukuplah dulu dia pernah terjerumus ke lembah dosa.

Bercinta sesama jenis. Sangat jijik bila diingati. Mujur saja dia tidak pernah melakukan perkara yang bukan-bukan dengan orang di depannya ini. Silap dia kerana salah memilih kawan dan terlalu mengikut hati yang kecewa.

"Kau lupa? Kalau kau lupa, biar aku ingatkan. Kau cakap kalau kau tak kawin lagi aku boleh datang balik. So here I am, nak tuntut janji" ujar Aiman.

"Aku takda janji benda bodoh macam tu. Tolong keluar! Bertaubatlah Aiman. Jangan ganggu aku lagi" marah Hadif. Susah nak fahamkan orang depan dia ni.

Aiman angkat kedua belah tangan tanda mengalah.

"Fine. Tapi ingat, kalau dalam masa sebulan ni kau tak kawin lagi..." Wajah Hadif dilihat dalam-dalam

"Aku sendiri akan bocorkan rahsia kita dekat your parents" sambung Aiman mengugut Hadif bersama senyuman. Kita tengok sampai mana kau boleh tahan Hadif. Dalam hati Aiman gelak jahat.

"Otak kau! Keluar! Aku tak nak tengok muka kau lagi lepasni. Ingat Aiman, bukan kau sorang je boleh jadi gila" herdik Hadif.

Aiman berdiri lalu berlalu ke pintu. Puas hatinya dapat menyakitkan hati Hadif.

"Opss sebelum tu, kalau kau tak nak aku ganggu boleh je, tapi ada syarat..." ujar Aiman masih bermain dengan api. Seronok pula tengok Hadif marah.

"Aku nak perempuan dekat luar tu. Siapa eh nama dia? Diana? Lawa juga. Body pun mantap. Mesti kau dah rasa dulu kan" ucap Aiman.

Tanpa disangka Hadif terus meluruh ke arahnya. Satu tumbukan di pipi dihadiahkan oleh Hadif.

"Kau jangan ganggu dia! Jangan kacau aku! dan jangan pernah datang sini lagi!" Aiman yang terduduk akibat tumbukannya tadi ditarik berdiri lalu dicampak keluar dari pejabatnya.

Diana yang tekun melakukan kerja di mejanya terkejut dengan keadaan Aiman dan Hadif.

Ingin mendekat untuk menghalang tapi dia batalkan saja niatnya. Nak nak lagi gerun dia melihat muka bossnya.

Aiman yang ditolak paksa oleh Hadif, cuba berdiri semula dengan betul.

Bibirnya yang berdarah dilap dengan ibu jari. Dia tertawa kuat. Dikerling sekilas Diana yang takut-takut melihat ke arah mereka. Beberapa pekerja di lantai itu turut memasang mata dan telinga dengan kejadian itu.

Aiman menghembus nafas perlahan. Sempat lagi dia melirik gatal kepada Diana. Sengaja memprovok Hadif.

"Berambuslah!" teriak Hadif.

Aiman terus berlalu dengan langkah lenggang kangkung macam takda apa yang berlaku. Sikit pun dia tidak terkesan dengan jerkahan Hadif.

Hadif menghembus nafas perlahan. Emosi yang tidak stabil tadi cuba ditenangkan. Dilihat Diana kejap lalu dia berlalu masuk semula ke biliknya.

Dia penat! Lepas satu, satu lagi bala yang datang.































TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now