BAB 9

1.3K 56 0
                                    

Qaisara memakirkan keretanya di hadapan klinik tempat Luth bekerja. Dia datang hari ini untuk mengambil ubat milik atoknya. Setiap dua minggu stok ubatan baru akan diberikan kepada Dato Hisyam.

Menurut Luth, jika keadaan Dato Hisyam semakin baik, atoknya tidak perlu lagi bergantung kepada ubat-ubatan. Qaisara berharap hari itu akan tiba.

Dia dan abangnya Idlan mahu melihat atok mereka sihat kembali seperti dahulu kala.

Qaisara keluar dari kereta menuju ke klinik. Sempat dia memeriksa wajah di cermin sisi kereta. Nak jumpa Luth kena cantik! Tersenyum Qaisara bila puas melihat wajah cantiknya.

Blouse berwarna coklat dipadankan dengan palazo warna beige. Rambut paras bahu miliknya dibiar lepas.

Puas dinasihati oleh abangnya untuk bertudung namun Qaisara membalas dengan kata 'belum sedia lagi'. Tapi sejak kebelakangan ini hatinya sering kali terdetik untuk menutup aurat dengan sempurna.

Takpa, nanti dia tanya Iman lepasni! Iman juga selalu menasihatinya. Kata Iman, kalau nak berubah biarlah kerana Allah dan hati kena ikhlas.

Slow-slow berubah ke arah yang baik tapi jangan slow sangat takut ajal menjemput dahulu.

Langkah diatur dengan yakin, namun langkah Qaisara terhenti bila mendengar suara kucing seperti sedang kesakitan. Ya ya je kau Qaisara! Macam mana kau tahu tu kucing?

Kepala ditoleh ke kiri. Qaisara mendekati kotak yang terletak hanya beberapa langkah dari pintu klinik. Terlupa niat sebenarnya datang ke klinik.

Qaisara melihat ada seekor kucing dalam kotak tersebut. Qaisara duduk mencangkung cuba melihat dengan lebih dekat.

"Hey, comelnya awak. Tapi kenapa macam lemah je kucing ni?" Qaisara cuba memegang kucing tersebut. Diangkat perlahan-lahan kucing tadi lalu dikeluarkan dari kotak. Diusap perlahan bulu kucing tersebut.

Qaisara pelik melihat kucing tersebut yang tidak mahu berdiri seperti biasa. Qaisara memutuskan untuk memeriksa kaki kucing tersebut dan dilihatnya kaki kucing itu berdarah.

Bulat mata Qaisara melihat luka di kaki kucing itu.

Qaisara bingung seketika. Nak buat apa ni? Tuan kucing ni pun satu, mentang-mentang kucing dah sakit terus buang macam tu je!

Sempat lagi Qaisara membebel dalam hati.

Puas berfikir, kucing tadi dimasukkan semula ke dalam kotak. Nombor seseorang di dail.

Qaisara mengetuk-ngetuk lututnya dengan jari sambil menunggu panggilannya djawab.

"Hello awak, maaf ganggu tapi saya nak minta tolong boleh? Saya janji kali ni bukan tayar kereta lagi yang pancit" Terus saja Qaisara berkata bila panggilannya terjawab. Nombor yang di dail tadi adalah nombor Luth.

Selamba badak sungguh budak Qaisara ni.

"Cik Qaisara dekat mana ni?" soal Luth dengan lembut disebalik panggilan.

"Saya ada dekat luar klinik awak ni" balas Qaisara lagi.

Qaisara melihat telefonnya bila panggilan tadi sudah dimatikan oleh Luth.

"Tch! Tak baik betul Luth ni!" getus Qaisara marah. Diingatnya Luth tidak sudi datang membantu.

Sangkaannya meleset bila melihat Luth keluar dari klinik. Qaisara segera memanggil Luth untuk datang ke arahnya.

Luth melihat Qaisara yang duduk mencangkung di hadapan kotak. Dia menjengahkan kepala melihat isi kotak tersebut.

Oh, ada kucing.

"Cik Qaisara nak minta tolong apa? Dah kenapa Cik Qaisara duduk dekat sini?"

Qaisara berdiri dari duduknya "Saya jumpa kucing ni tadi. Dia sakit. Kaki dia ada luka. Doktor Luth tolong boleh?" Sengaja Qaisara menggunakan gelaran doktor. Tak lupa juga senyuman manis diukir untuk Luth!

Dilihatnya Luth yang kemas dengan kemeja biru muda. Lengan kemeja juga dilipat hingga ke siku menambahkan lagi kehenseman Luth dimata Qaisara. Gedik!

Luth hela nafas perlahan. Ingatkan ada masalah apa lagilah tadi. Rupanya perempuan cantik depan dia ni nak minta tolong selamatkan kucing.

Hilang rasa risau tadi. Luth risau ke tu?

"Cik Qaisara, saya rasa cik salah orang ni. Saya bukan doktor haiwan" Ujar Luth perlahan. Tak betulkah Qaisara ni? Dia mana reti nak merawat kucing.

"Tak kira! Awak kena tolong saya juga. Awak tak kesian ke dengan kucing ni?" Protes Qaisara.

Luth meraup mukanya lalu berkata "Okay saya tolong. Depan tu ada klinik haiwan. Jom bawa kucing ni pergi sana"

Qaisara tersenyum mendengar hal tersebut. Segera dia mengangkat kotak kucing tersebut namun dirampas mudah oleh Luth dari pegangannya.

Terlepas tawa kecil Qaisara. Caring dalam diam rupanya Luth ni.

Cepat-cepat Qaisara mengejar langkah besar Luth. Tak pasal-pasal kena tinggal walaupun klinik haiwan tersebut hanya di depan saja.

Mari selamatkan kucing comel bersama Luth! Sorak Qaisara dalam hati.






































TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Où les histoires vivent. Découvrez maintenant