BAB 36

1.4K 57 0
                                    

"Mana suami seksi aku ni pergi?" Selepas solat subuh berjemaah dengan Luth tadi dia tidur di pangkuan suaminya itu. Bangun saja tadi, dia sudah berada di atas katil dan Luth ntah hilang ke mana.

Bilik gym di rumah mereka dituju. Boleh tahan mewah rumah yang dihadiahkan oleh Dato Hisyam untuk mereka ini. Kata atoknya rumah itu telah lama siap khas untuk cucu perempuannya.

Pintu yang memang sedia terbuka membuat Qaisara senyum. Pasti suami dia ada dekat dalam. Diintai sedikit dari luar kalau-kalau benar Luth di situ.

Qaisara tersenyum gedik melihat Luth yang sedang melakukan push up. Sudahlah takda baju! Pakai pula sweatpants kelabu, lagi bertambah seronok Qaisara cuci mata di awal pagi.

Idea nakal mula masuk ke dalam fikiran. Dia berlari masuk ke bilik semula dan menukar pajama miliknya kepada legging pendek paras peha dan sport bra hitam. Rambut diikat gaya messy bun. Misi menggoda cik suami dimulakan.

Dia berlari semula ke bilik gym namun langkah diperlahankan ketika tiba di pintu.

Luth yang duduk membelakang pintu sambil memegang dumbbell dengan sebelah tangan di hampiri. Patutlah suami dia ni masih seksi walaupun dah masuk tiga series, rajin bersenam rupanya!

"Abang!" Jerit Qaisara di depan muka Luth. Kedudukan wajah sengaja didekat-dekatkan.

Kepala Luth ke belakang sedikit, terkejut jantung bila tiba-tiba isteri cantik dia datang. Dumbbell diletakkan kebawah.

"Baru bangun?" soal Luth tersengih. Tak lewat pun isteri dia bangun, sekarang baru jam 8 pagi. Dia juga yang buat Qaisara penat melayannya semalam. Maklumlah masih mood honeymoon.

Qaisara tersenyum manis. Dia bergerak ke depan suaminya.

Luth terpana melihat penampilan isterinya itu. Ni nak goda dia awal pagi ke macam mana?

"Saya nak juga ikut abang workout baru best dapat body sihat macam abang" ujar Qaisara manja. Dari tadi tak lepas Luth asyik memandangnya.

Luth berdehem menghilangkan debaran.

"Awak memang dah cantik, tapi kalau nak juga pergilah buat stretching sikit" Mata dihalakan pada yoga mat dilantai.

Qaisara cebik bibir. Jual mahal pula pagi ni. Dia tetap berlalu ke arah yoga mat dan mula melakukan senaman ringan. Dah alang-alang masuk gym terpaksalah buat.

Luth sembunyi senyum melihat wajah cemberut Qaisara. Dia nampak tapi buat tak tahu saja. Kuat pula iman dia pagi ni.

"Abang...tolong saya kejap. Saya nak buat sit up ni" panggil Qaisara lembut.

Luth berdiri dari duduk dan melutut di depan Qaisara yang sedang berbaring di yoga mat. Kedudukan mereka sekarang sangat menguji keimanan dia yang dah tebal tadi.

Pergelangan kaki isterinya dipegang lembut. Qaisara senyum lalu melakukan sit up. Setiap kali dia bangun dari sit up wajahnya sengaja didekatkan pada Luth.

Pada kiraan kelapan, Qaisara mengalungkan tangannya pada leher Luth. Dipandang menggoda wajah suaminya itu.

Luth menghela nafas perlahan sebelum menolak Qaisara dan dirinya  baring ke yoga mat.

"Suka goda abang macam ni kan..." bisik Luth perlahan. Di tenung bibir pink seksi milik si isteri.

Qaisara sengih tidak bersalah.

"Abanglah siapa suruh seksi-seksi awal pagi" balas Qaisara gedik.

Luth menggeleng kepala perlahan. Mata Qaisara dipandang lama sebelum tunduk mencium bibir menggoda itu.

Qaisara senyum dalam ciuman hangat mereka. Dia berjaya lagi goda Luth pagi ini! dan sesi morning workout tadi bertukar kepada sesi berkasih sayang.














* * *
















"Letak perasa sikit and siap!" jerit Qaisara gembira. Selepas berasmara dengan suami tercinta pagi tadi, dia terus memasak untuk makan tengahari mereka suami isteri.

Sudu diambil dan dirasa kuah ayam butter yang dimasak. Kepala diangguk-angguk tanda sedap. Akhirnya, seorang Qaisara dah boleh masak walaupun tak hebat macam orang lain.

"Dah siap masak ke cinta abang?" soal Luth yang masuk ke dapur. Dia mahu membawa Qaisara makan luar saja tadi tapi isterinya itu berkeras mahu masak.

Luth akur dengan permintaan isteri tercinta.

Qaisara pusing melihat Luth sambil senyum.

"Dah! Kejap tau" ucap Qaisara semangat. Gila tak semangat, ini pertama kali dia masak untuk encik suami. Tips pertama dari Puan Aisyah 'isteri kena pandai jaga perut suami'.

Ayam butter di pindah ke dalam mangkuk kaca saiz sederhana. Makan berdua saja takkan nak masak banyak pula.

Luth membantu Qaisara menyediakan piring dan gelas. Bekas nasi juga Luth tolong angkat ke meja makan. Mereka bertukar senyuman lalu duduk di meja makan.

Piring suami diisi dengan nasi serta ayam tadi. Doa makan dibaca.

Qaisara diam menanti Luth yang menyuap makanan. Nak tengok apa reaksi si suami.

"Sedap!" ujar Luth tersenyum. Dia hargai usaha Qaisara yang sanggup belajar masak deminya.

Qaisara senyum gembira dan mula menjamu masakannya.

'Erm sedap' desisnya dalam hati. Bolehlah untuk pertama kali masak. Kira perfect lah ni sebab lauk senang.

"Esok abang kerja kan?" soal Qaisara dibalas anggukkan dari Luth.

"Bila abang ada cuti nanti kita pergi bulan madu okay?" cadang Luth.

Qaisara angguk kepala setuju. Dia tak kisah, lagipun dia juga sibuk dengan butik barunya itu.

"Takpa, kita honeymoon dekat rumah je hari-hari" usik Qaisara.

Tersedak Luth mendengar ucapan Qaisara. Bini dia ni nak dia mati awal agaknya. Tengah makan boleh lagi bergurau gitu.

Drama sungguh Luth. Air diteguk perlahan melegakan tekak.

Qaisara tertawa kuat melihat telinga suaminya yang bertukar merah.

"Dah makan, tak baik gelakkan suami" ujar Luth pada Qaisara. Dia tahu malu lagi tapi kalau Qaisara memang taklah.

"Okay abang..." Tawanya masih bersambung. Marah-marah sayang pun hensem!


























TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now