BAB 16

1.2K 54 0
                                    

"Awak, saya nak mcflurry oreo..." pinta Qaisara dengan suara perlahan. Tiap kali dia keluar dengan Luth maka setiap kali itu jugalah dia mahu mcflurry oreo! Dia malu tapi nak juga makan.

Luth pula sudah tahu benar dengan permintaan Qaisara. Pernah ditanya kepada Qaisara kenapa cuma nak beli mcflurry oreo tapi makanan lain di Mc Donald's tak mahu?

Jawap Qaisara sebab tak suka fast food tapi suka mcflurry! Lagipun dia makan seminggu dua kali saja. Okaylah tu cheat day katakan.

"Lepasni kita beli" balas Luth menunaikan permintaan Qaisara.

Qaisara senyum gembira. Ini makin cinta dengan Luth!

Seorang pelayan wanita menghampiri meja mereka. Sepotong kek coklat dan juga brownies diletakkan di meja mereka.

Qaisara angguk kepala tanda terima kasih kepada pelayan cafe itu. Hari ini Luth membawanya ke cafe yang baru saja beroperasi. Luth kata nak rasa kek dan pastry yang ada.

Kalau Qaisara suka mcflurry maka Luth pula suka makan yang manis-manis!

"Luth..." seru Qaisara lagi. Itulah Qaisara kejap panggil 'awak' kejap panggil 'Luth'. Ikut tekak dia saja bila nak panggil Luth. Nasib cik abang tak kisah.

"Hmmm?" Kek coklat tadi disuap ke mulut. Sedap! Nasib baik dia rajin workout jadi takda hal kalau nak makan manis-manis.

"Mana lagi sedap, kek yang saya buat atau kek ni?" soalan maut dari Qaisara membuatkan Luth tersedak.

Lekas Luth menyedut mocha blend miliknya untuk meredakan anak tekak.

"Mestilah yang awak buat" balas Luth jujur dari hati. Qaisara selalu buatkan dia kek dan ya memang sedap! Dia tak tipu. Tak sangka Qaisara ni serba serbi boleh. Tapi itulah Qaisara pernah kata yang dia tak reti masak. Buat kek reti tapi bab memasak dia lambat sikit.

Luth tak kisah. Memasak ni benda boleh belajar.

Tersengih Qaisara mendengar jawapan Luth. Bangga jap!

"Saya nak pavlova lagi macam yang awak buat hari tu" pinta Luth pula. Mini pavlova yang Qaisara hantar ke klinik hari tu dia cuma sempat makan dua saja. Selebihnya Haris dan kak Aina yang makan.

"Boleh boleh! Nanti saya buat lagi" jawap Qaisara. Sukanya dia bila Luth gembira!














* * *

Dato Hisyam yang sedang menonton tv dihampiri. Qaisara melabuhkan duduk disebelah atoknya.

Tiba masa dia kena terus terang soal dirinya dan Hadif. Pelik Qaisara, kali terakhir dia berjumpa dengan Hadif ketika mereka keluar bersama. Sampai sekarang tiada khabar. Bagus juga, maknanya dia boleh fokus hubungannya dengan Luth selepas ini.

Dato Hisyam yang perasaan akan wajah sugul cucunya tahu pasti ada yang ingin disampaikan oleh Qaisara.

"Kenapa ni?" soal Dato Hisyam prihatin. Qaisara ni manja tidak seperti Idlan yang sedikit keras kepala. Nampak saja Qaisara degil tapi lembut orangnya.

"Qai ada benda nak cakap. Pasal Hadif..." Qaisara cuba menyusun ayat yang bagus untuk menjelaskan kepada Dato Hisyam.

"Kami dah sepakat tak setuju dengan rancangan keluarga kami. Jujur, Qaisara dah ada orang lain." Perlahan Qaisara menerangkan situasinya.

"Hadif tak cakap pun dekat atok. Maknanya Qai lah kan yang beria tak nak. Kamu tolak Hadif?"

Kecut perut Qaisara dengan soalan Dato Hisyam.

'Abang Mad, Iman, tolong aku' desis hati Qaisara. Rasa macam salah timing pula nak cakap benda ni dengan atok dia.

"Qaisara tak tolak. Kami sama-sama setuju. Qaisara tak tipu tok! Atok boleh tanya Hadif sendiri. Lagipun Qaisara betul-betul cintakan dia yang sekarang ni" Si dia yang dimaksudkan merujuk kepada Luth. Tak berani lagi nak reveal Luth buat masa sekarang.

Masalahnya ini pun Luth sudah tahu. Luth berpesan supaya dia selesaikan elok-elok. Bila sudah selesai barulah Luth akan berjumpa dengan keluarganya.

Qaisara kagum dengan Luth yang sentiasa matang. Tak melenting langsung dan tak memaksa.

"Lupakan dia Qaisara. Selagi Hadif sendiri belum buat apa-apa keputusan. Atok tetap akan satukan kamu berdua!" Dato Hisyam bangun dari duduknya naik ke bilik. Dia tidak sanggup melihat wajah kecewa cucu kesayangannya.

Dia yakin ini adalah jalan terbaik untuk Qaisara. Semua yang dilakukan adalah demi kebahagiaan mereka. Dato Hisyam yakin Qaisara boleh bahagia sepertimana Idlan.

Qaisara yang ditinggalkan mula menangis perlahan. Kenapa takda orang yang cuba nak faham dia?

Dia penat berlagak kuat selama ini. Ini hidup dia. Biarlah dia yang tentukan. Namun terkadang rasa sayang pada atoknya yang membuatnya sentiasa patuh.

Qaisara runsing.

"Luth...apa patut saya buat?" soalnya pada diri sendiri bersama sisa airmata di pipi.

Baru hendak mengecapi bahagia, sudah diuji begini.

























TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now