BAB 31

1.3K 51 0
                                    

"Kak Qai ada nak beli barang lagi ke?" soal Aleesya kepada Qaisara.

Terkejut juga mereka semalam bila hampir waktu pagi abangnya muncul bersama seorang perempuan.

"Jom kita masuk kedai baju tu" ajak Qaisara pada Aleesya. Dia baru tahu yang Luth ada adik kembar seiras! Cuma Aleesya yang menemani dia ke pekan hari ini, Aleeya pula di rumah membantu mak mereka.

Awal pagi lagi dia ajak Aleesya ke pekan mencari baju untuknya. Maklumlah semalam dia tak bawa. Kereta pun nasib baik Idlan bawa balik rumah, lagipun waktu dia keluar malam itu Idlan yang memandu si Leman!

"Okay jom!" Aleesya dan Qaisara berjalan ke sebuah kedai baju yang ada di pekan itu.

Mereka sekeluarga gembira mengenali Qaisara, terutamanya Puan Aisyah! Dia dan Luth sampai jam dua pagi tadi. Luth pula terus tinggalkan Qaisara, katanya dia nak bermalam dekat mana-mana hotel saja di pekan. Esok pagi baru balik. Tak manis duduk serumah walaupun ada ibu dan adiknya.

Tiba-tiba rasa menyesal pula ajak Luth balik kampung semalam. Kelam kabut sungguh nasib Luth sikit pun tak mengeluh.

"Kak Qai lama ke duduk sini?" soal Aleesya. Dia dan kembarnya cuti seminggu kerana itu mereka balik menemankan Puan Aisyah di rumah.

"Esok petang akak balik." Tersengih Qaisara menuturkan kata. Dia kalau boleh nak spend masa tiga hari lagi tapi abang dia kecoh kata atok cari. Tak pandai langsung nak cover abang dia tu!

Aleesya angguk kepala mendengar balasan Qaisara. Dia suka dengan Qaisara. Perwatakan yang sangat baik tambah lagi sporting pula tu!

"Untung along dapat perempuan cantik macam akak" puji Aleesya jujur. Apalah rahsia Qaisara putih cantik dan manis seperti itu tiap hari.

"Aaaa thank you! Aleesya pun cantik! Semua cantik! Tapikan bukan along Aleesya yang beruntung dapat akak, akak yang beruntung dapat lelaki baik dan penyabar macam dia" ujar Qaisara tersenyum. Malulah bila bakal adik ipar puji cantik ni!

Dalam hati Qaisara sudah menjerit penuh kegedikan.

Aleesya ketawa mendengar ucapan Qaisara.

'Comel patutlah along suka' gumamnya dalam hati.










* * *








"Aaah! Janganlah meletup!" jerit Qaisara yang sedang menggoreng ikan. Disapu tangan mulusnya yang terpercik minyak panas dalam kuali.

Ini semua kerana Puan Aisyah yang kata Luth suka makan ikan goreng cicah sambal belacan. Jadi dia semangat nak belajar memasak!

Aleeya tersenyum melihat kegigihan Qaisara yang ingin belajar memasak.

"Jauhnya akak berdiri, nampak ke ikan tu?" usik Aleeya.

Qaisara menoleh, muka kesian dipamerkan. Nak menangis rasanya tapi demi Luth akan dia belajar masak!

"Lebih baik menjauh dari tersakiti" balas Qaisara dengan sengihan. Sempat lagi melawak!

Aleeya dan Aleesya ketawa mendengar ucapan Qaisara. Boleh melawak juga rupanya teman wanita abang dorang ni.

Puan Aisyah yang masuk dari pintu dapur geleng kepala melihat keriuhan tiga orang anak gadis itu. Dia dari luar memetik cili.

"Mak...ikan ni buli Qaisara" adu Qaisara manja.

"Qaisara kenalah berani baru ikan tu tak buli kamu. Lama-lama biasalah  nanti dengan minyak panas" sakat Puan Aisyah pula.

Tertawa Qaisara dan si kembar mendengar ucapan Puan Aisyah. Riuh dapur itu dengan gelagat mereka.

Nampaknya mengajak Luth balik kampung semalam adalah jalan terbaik untuk dia menghilangkan rajuknya. Dia suka dengan keluarga Luth, mereka melayani dirinya dengan sangat baik.





















TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now