BAB 32

1.3K 53 0
                                    

Puan Aisyah tersenyum melihat Qaisara dan kembar Aleeya dan Aleesya yang sedang bergelak tawa di pangkin rumah. Selipar disarung ke kaki, lalu langkah dibawa ke arah tiga gadis itu.

"Cerita apa tu, sampai ke dalam rumah dengar kamu bertiga ketawa" sapa Puan Aisyah.

"Kami cerita dekat kak Qai pasal aib along" jawab Aleeya tersengih. Habis rahsia abang mereka dibocorkan pada Qaisara.

Puan Aisyah geleng kepala perlahan. Punggung di labuhkan disebelah Qaisara.

"Luth telefon mak tadi, dia dah sampai sini tapi esok pagi baru singgah ambil kamu. Kebetulan dia ada urusan" beritahu Puan Aisyah.

Qaisara menganggukkan kepala. Sibuk sangat nampaknya Luth.

"Ni mak nak tanya..." peha kanan Qaisara di tepuk perlahan.

Qaisara berdebar. Janganlah tanya soalan susah-susah, takut dia tak lulus jadi menantu Puan Aisyah.

"Betul kamu nak dengan anak mak?" soal Puan Aisyah lembut. Luth memberitahu hajatnya ketika menelefon tadi. Puan Aisyah hanya ingin menyampaikan.

Qaisara angguk lagi. Mestilah dia mahu Luth. Puan Aisyah senyum. Okay nampaknya boleh proceed.

"Terima kasih sebab kamu sudi terima anak mak yang dah nak lanjut usia tu" ujar Puan Aisyah lagi disambut tawa Qaisara dan si kembar.

"Takpa mak, orang kata lelaki kalau makan tua makin hot. Lagipun Qai yang patut ucap terima kasih sebab sudi terima Qai masuk dalam keluarga ni. Walaupun Qai tak pandai masak, Qai janji anak mak takkan kebulur bila kawin dengan Qai nanti!" semangat Qaisara memberitahu Puan Aisyah.

Puan Aisyah ketawa mendengar ucapan Qaisara. Ada saja budak Qaisara ni.

Kotak cincin yang diletak dalam poket bajunya dikeluarkan oleh Puan Aisyah. Bersinar mata si kembar melihat cincin itu.

Qaisara pula terpana bila Puan Aisyah menarik lembut tangannya lalu di sarungkan cincin pada jari manisnya.

"Luth dah lama beli cincin ni, masa dia balik hari tu. Luth pesan, bila tiba masanya dia nak Qaisara pakai cincin ni. Cincin ni tanda kamu dah tunang dengan Luth. Jangan risau, Luth dah minta restu keluarga kamu" ujar Puan Aisyah tersenyum lebar.

Qaisara terdiam. Aku dah jadi tunang Luth? Dia kehilangan kata-kata sekarang.

"Diam je? Kamu tak suka ya? Luth ada pesan lagi, dia minta maaf sebab tak buat majlis tunang untuk kamu." Risau juga Puan Aisyah bila mendengar permintaan anaknya itu. Tapi kata Luth dia sendiri sudah meminta izin dengan Dato Hisyam. Anaknya itu juga berkata nanti nak kawin terus saja. Gelojoh benar anak sulung dia tu.

"Eh tak tak! Qai suka..." ucap Qaisara gembira.

"Tahniah kak Qai!" teriak si kembar serentak. Nampaknya tak lama lagi Qaisara akan official jadi isteri along mereka.

Qaisara senyum. Tak sangka dia sudah jadi tunangan orang walaupun tak buat majlis macam orang lain, Qaisara tetap gembira dan terharu!

Mengenali Luth, lelaki itu memang selalu buat perkara dengan caranya sendiri.














* * *









"Cantik tak?" Jari manisnya ditunjukkan pada Luth.

"Mestilah cantik" jawab Luth. Dah dia yang pilih mestilah cantik. Qaisara, Qaisara...

"Kan! Pandai cik tunang saya pilih" ujar Qaisara gedik. Dari semalam jarinya ditenung tak puas.

Luth geleng kepala sambil senyum. Dia main agak saja saiz jari Qaisara ketika membeli cincin itu, tapi tak sangka muat cantik pula.

"Jadi dah boleh kawin cepat-cepat kan?" soal Qaisara semangat. Dipandang Luth yang sedang memandu disebelahnya.

Luth senyum mendengar soalan Qaisara. Mata fokus pada pemanduan.

Luth angguk kepala tanda balasan.

"Okay! Sebulan cukuplah kot buat persiapan semua. Saya nak majlis simple je. Tak naklah jemput ramai orang, saya bukannya ramai kawan pun yang penting awak jadi suami saya!" Dia yang nak kawin mestilah ikut selera dia.

"Tak awal sangat ke?" soal Luth pula. Sengaja bertanya soalan begitu untuk melihat reaksi Qaisara.

Qaisara geleng kepala laju.

"Lama dah saya tunggu awak" jawab Qaisara tersengih. Padahal dia tak sabar nak peluk lelaki seksi sebelah dia ni.

Terlepas tawa Luth. Dikerling sekilas wajah cantik tunangnya itu. Syukur Qaisara masih mahu menerimanya walaupun tiada majlis pertunangan yang mewah seperti orang lain.





















TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now