BAB 4

1.6K 70 6
                                    

Paket kopi 3 dalam 1 dikoyakkan lalu di tuang ke dalam cawan. Air panas diisi lalu Luth melabuhkan duduknya di kerusi.

Pagi lagi, klinik mereka mula beroperasi jam 8 pagi jadi sempatlah dia sarapan di pantri kejap. Dekat rumah memang Luth malas nak bersarapan. Bukan ada orang masakkan.

Biskut lexus perisa coklat dijamah bersama kopi. Tiba-tiba Luth teringat kejadian semalam dimana dia menolong seorang perempuan menukar tayar kereta.

Luth ketawa kecil memandang paket biskut lexus yang dipegangnya. Jangan beranganlah Luth nak dapat perempuan cantik macam semalam.

Jauh di sudut hati Luth, dia tertarik dengan Qaisara. Sifat terbuka Qaisara semalam benar-benar mencuit hatinya. Tak malu langsung Qaisara buat first move. Siap tanya nama dia.

Namun Luth sedar diri. Masakan dirinya yang memandu myvi dan bersarapan biskut lexus setiap pagi nak bersama dengan perempuan yang memandu kereta brand Lexus.

Jauh bezanya...Cukuplah dahulu dia pernah dihina kerana perbezaan kasta.

"Qaisara..." Luth senyum menuturkan nama tersebut.

Tanpa Luth sedari dari tadi temannya Haris sedang memerhatikannya.

"Senyum senyum macam orang tengah angau bercinta. Kau dah ada awek kan?" Sergah Haris mengejutkan Luth.

Mati terus senyuman Luth. Kopinya dihirup bagi menghilangkan rasa malu. Kantoi pula berangan anak orang.

"Mana ada..." nafinya lagi.

Haris buat muka 'iyalah tu'.

Fail pesakit ditangannya diserahkan kepada Luth. Tujuannya mencari Luth ingin membincangkan soal kerja mereka.

"Fail apa ni?" Luth membuka fail yang dihulur Haris.

"Itu fail pesakit yang kau kena buat check up seminggu sekali. Dato Hisyam. Cucu dia dulu hire ayah aku jadi doktor peribadi keluarga dorang tapi memandangkan ayah aku dah tak kerja jadi aku nak minta tolong kau ganti. Boleh?"

Luth membaca dengan teliti sejarah penyakit Dato Hisyam. Tak teruk sangat sakitnya. Biasalah orang berada mesti ada doktor peribadi sendiri.

"Boleh" balas Luth sambil melihat tarikh sepatutnya dia akan datang ke rumah Dato Hisyam.

Minggu depan hari selasa.

"Aku tahu kawan aku ni boleh diharapkan. Sebab tu aku sayang! Muah sikit" usik Haris sambil tertawa.

"Geli gila!" balas Luth lalu berdiri membasuh cawan yang telah digunakan. Jam di dinding di lihat. Ada lagi 15 minit sebelum waktu kerja mereka bermula.

Selesai merapikan semula pantri, Luth pun berjalan keluar menuju ke biliknya.

Belum sempat Luth memulas tombol pintu biliknya, Haris memanggilnya lagi.

"Luth sini kejap! Kenalkan nurse baru kita Mia" ujar Haris.

Luth terkejut memandang wajah didepannya kini. Enam tahun. Enam tahun dia tidak pernah lagi bersua dengan Mia.

Sekarang pula dia akan bekerja satu tempat dengan Mia. Bagi membuang rasa janggal Luth hanya menganggukkan kepala lalu bergerak semula masuk ke biliknya.

Dia sudah pun memaafkan Mia dan keluarganya. Jadi Luth tak mahu kisah silam mereka berdua menjejaskan kerjanya di sini.

Nafas dihela perlahan.

'Ikhlas kan semuanya Luth' ucapnya dalam hati.

Puan Aisyah selalu berpesan agar dia mengikhlaskan kejadian yang telah berlalu. Jika kita ikhlas hidup kita akan lebih bahagia.

Jadilah orang yang paling ikhlas, bukan yang paling baik, kerana dalam kebaikan belum tentu ada keikhlasan.























TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now