BAB 30

1.4K 46 1
                                    

FLASHBACK

Mia memandang rumah agam didepannya itu. Alamat rumah Dato Hisyam yang dicari dari dalam fail pesakit akhirnya membawa dia ke sini.

Dia dengar perbualan Haris dan Luth ketika Haris masuk ke bilik kerja Luth. Haris yang lupa menutup pintu ketika itu masuk. Kebetulan pula dia ingin memanggil Haris yang sedang bersembang dengan Luth.

Mia mendengar keluhan Luth yang tidak direstui oleh Dato Hisyam. Dia sempat mendengar perbualan dua sahabat itu ditepi pintu yang terbuka.

Inilah masa dia untuk membuat Dato Hisyam makin benci pada Luth. Mia tidak boleh melihat Luth bahagia dengan perempuan lain selain dirinya. Dia menyesal meninggalkan Luth dan bersetuju dengan rancangan ibunya dulu.

"Mama, kita nak buat apa dekat sini?" Budak perempuan itu hairan, pertama kali nampak rumah semewah itu.

"Mama nak melawat orang." Soalan anaknya dijawab perlahan. Loceng ditekan dua kali lalu kelihatan seorang wanita tua menghampirinya.

"Anak nak cari siapa ya datang sini?" tanya Mak Jah mendekati pintu pagar.

"Saya nak jumpa Dato Hisyam, dia ada?" tanya Mia dengan senyuman.

"Masuklah, Dato ada dekat taman mini dia" ujar Mak Jah. Pagar dibuka lalu membawa tetamu itu ke dalam ruang tamu.

"Duduklah dulu, Mak Jah panggilkan Dato kejap" ucap Mak Jah. Mia membalas dengan anggukkan.

'Patutlah Luth suka, perempuan kaya rupanya' desis Mia jahat dalam hati.

"Kamu siapa? Ada apa datang sini?" Mia terkejut dengan kehadiran Dato Hisyam. Dia berdiri dan tunduk sedikit tanda sapa pada tuan rumah itu.

Dato Hisyam melabuhkan duduk di sofa. Hairan, dia tidak mengenali perempuan yang datang itu.

"Saya Mia. Saya terus terang sajalah Dato, suami saya menjalin hubungan dalam diam dengan cucu Dato. Saya yakin Dato kenal doktor Luth kan? Itu suami saya dan ini anak kami berdua" ujar Mia memulakan lakonannya.

"Maksud kamu, doktor Luth, doktor peribadi saya?" soal Dato Hisyam tegang.

Mia angguk kepala perlahan. Wajahnya disedihkan sebaik mungkin agar Dato Hisyam percaya. Kepala anak perempuannya turut diusap meminta simpati.

"Apa bukti dia suami kamu? Macam mana kamu boleh tahu alamat rumah ni?" soal Dato Hisyam lagi.

"Saya minta maaf sebelum itu, saya curi tengok alamat rumah Dato pada fail pesakit dalam bilik kerja suami saya. Saya juga sebenarnya seorang jururawat dari klinik sama tempat suami saya bekerja...kalau Dato tak percaya, Dato boleh datang klinik Haris sendiri" ucap Mia. Airmata kepalsuan yang jatuh dilap perlahan dengan jari.

"Mama janganlah nangis" pujuk budak kecil tadi.

Dato Hisyam menggeleng kepala perlahan. Dia jatuh kasihan pada budak itu.

"Kamu baliklah. Saya akan cakap dengan cucu saya untuk jauhkan diri dari suami kamu" ucap Dato Hisyam.

Mia dalam diam menyimpul senyuman. Akhirnya dia berjaya memperbodohkan orang tua di depannya ini.

"Baik Dato. Maaf kalau kehadiran saya mengganggu Dato sekeluarga" ujar Mia perlahan.

Anaknya dibawa keluar dari rumah itu dengan senang hati. Puas hatinya dapat melakukan apa yang dia ingini!













* * *








PRESENT

Hadif menghela nafas setelah selesai berbicara dengan Dato Hisyam. Dia menghormati Dato Hisyam sebagai keluarganya sendiri. Tapi dia dan Qaisara memang tiada jodoh.

"Daddy dan mommy kirim salam. Nanti atok datanglah kawin Hadif dua minggu lagi" ujarnya pada Dato Hisyam.

Dato Hisyam senyum pada Hadif. Hancur harapannya ingin melihat Qaisara dengan Hadif bersama.

"Inshaa Allah nanti atok datang. Tahniah Hadif." Cepat saja masa berlalu, kini Hadif pun dah nak berumah tangga. Tiba-tiba dia teringatkan cucu perempuannya.

Pelik Dato Hisyam, dari pagi tadi tak nampak batang hidung Qaisara. Mungkin keluar agaknya.

Perbualan Hadif dan Dato Hisyam terhenti melihat Idlan yang masuk bersama Luth.

"Kenapa pula Amad bawa dia ni datang sini?" soal Dato Hisyam tegas.

"Idlan bawa Luth datang sebab atok kena dengar cerita yang sebenar. Kita tak boleh dengar satu pihak saja lepastu buat keputusan mendadak macam ni" ucap Idlan. Ditarik lengan Luth duduk di sebelahnya.

Hadif yang tidak tahu apa-apa panggung kepala melihat situasi tegang itu. Nak balik, tapi macam takut pula salah timing dia bercakap nanti minta izin pulang. Duduk sajalah dulu.

"Saya minta maaf sebelum ni saya tak datang sini" ujar Luth membuka kata.

"Apa yang Mia cakap itu semua tak betul. Memang saya kenal dia, tapi kami hanya sebatas kawan sekerja. Kami kenal lama, dia dulu bakal tunang tapi tak jadi. Dia pilih untuk berkawin dengan lelaki lain ketika itu. Saya berani sumpah memang kami takda apa-apa hubungan. Saya cuma nak Qaisara dalam hidup saya" ujar Luth menerangkan situasi sebenar.

"Macam mana aku nak percaya kamu?" tanya Dato Hisyam lagi. Dia nampak ketulusan dari anak mata itu.

"Atok tengok ni, Idlan dapat info tentang perempuan Mia tu dan memang betul dia pernah kawin." Idlan menyerahkan sampul surat coklat yang dibawanya tadi kepada atoknya.

Penat dia memaksa Tengku Daniel untuk membantunya mencari maklumat. Sahabatnya itu, ada sisi lain yang hanya dia dan keluarga Tengku Daniel saja tahu.

Dato Hisyam membaca maklumat yang diberikan oleh Idlan. Dia menghela nafas perlahan. Nampaknya, dia sudah salah aturan.

Dahi dipicit untuk melegakan pening yang bertandang.

"Qaisara mana?" tanya Dato Hisyam.

"Dia ada je dekat rumah dengan Iman. Sekarang ni atok restu ke tidak adik dengan Luth?" Terpaksa tipu sunat. Kalau dijawab Qaisara sekarang ada dekat kampung, dengan dia sekali kena baling guna cangkul tanah atoknya.

Dato Hisyam mengangguk. Sudah sah semua yang dikatakan oleh Mia itu fitnah. Tiada apa lagi yang perlu dipertikaikan. Bukti juga sudah ada depan mata.

"Terima kasih! Saya ada satu permintaan..." ucap Luth tersenyum.

Idlan dan Hadif turut gembira. Nampaknya semua suda selesai. Alhamdulillah.

"Apa dia?" tanya Dato Hisyam. Bila dilihat baik budak Luth ini.

Luth senyum sebelum menyampaikan niatnya pada petang itu...




















TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now