BAB 2

1.6K 56 0
                                    

"Tahniah Qai, akhirnya tercapai juga kan impian kau nak ada butik sendiri" ucap Iman kepada sahabatnya.

"Thank you Iman!" balas Qaisara. Dicubit pipi montel anak buahnya Irena yang berada di dakapan ibunya, Iman.

Pejam celik pejam celik, tak terasa waktu berjalan. Kini Idlan dan Iman dah mempunyai anak.

Hari ini merupakan hari pembukaan butik pertama Qaisara. Walaupun ada kata-kata kurang baik dilontarkan kepadanya, namun Qaisara tetap juga meneruskan impiannya memiliki butik sendiri.

Qaisara tidak lagi bekerja di syarikat milik mereka. Tanggungjawabnya telah dilepaskan ke orang lain. Lagi pula dia tahu abangnya Idlan mampu menjaga empayar perniagaan mereka.

Grand opening Q's Boutique milik Qaisara dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Hari pertama saja  sudah ramai orang yang datang berkunjung. Ini semua juga hasil usaha keras Qaisara mempromosikan butiknya di media sosial.

"Dah besar dah adik abang, dah boleh berdikari sendiri" Rambut Qaisara cuba dipegang oleh Idlan namun dielak oleh Qaisara dengan cepat.

Penat-penat dia buat gaya rambut untuk hari ni, takkan semudah itu dia bagi abangnya merosakkan...

Dia kena tetap cantik setiap masa!

Manalah tahu kot-kot ada prince charming datang berkunjung. Tak pun Lee Jong Suk ke datang? Siapa tahukan?











* * *

"Excuse me, doktor Haris ada?" Tanya Luth kepada nurse yang sedang bertugas di meja pendaftaran.

Belum sempat nurse tersebut menjawab, Luth disapa oleh Haris dari belakang.

"Luth...sampai pun! Jom aku tunjuk bilik kau. Eh sebelum tu kenalkan Kak Aina, salah seorang pembantu perubatan dekat klinik ni" ujar Haris.

Luth tunduk tanda hormat kepada wanita yang dikenali sebagai Kak Aina.

Hari ini merupakan hari pertama Luth bertugas di klinik swasta milik keluarga Haris, sahabatnya sewaktu zaman belajar.

Memandangkan ayahnya tidak lagi bekerja sebagai doktor maka klinik keluarga mereka diserahkan kepada Haris. Sebelum ini, Haris membantu ayahnya namun kini Encik Khalil tidak lagi mampu bekerja merawat pesakit.

Oleh itu, Luth menerima tawaran mengisi kekosongan sebagai salah seorang doktor di klinik milik Haris. Lagi pula, nak masuk 30 tahun ni Luth lebih selesa bekerja dengan waktu yang flexible.

Mak dia dekat kampung dah membebel bila nak bawa calon isteri balik rumah. Mak dia tak tahu, mana ada perempuan yang nak dekat anak dia kerja doktor. Sibuk memanjang, lagi-lagi bila on call.

Memang takda masa nak cari isteri.

Sebab itu, bila ditawarkan oleh Haris dia terima. Sekurangnya, selepas ini dia akan ada lebih banyak masa terluang. Bolehlah balik kampung selalu.

"Okay, so this is your room. Aku lupa nak cakap, nanti akan ada seorang lagi nurse baru yang akan masuk. Dia akan kerja dengan kau nanti" Terang Haris.

Diperhati bilik kerjanya itu. Okay kemas!

"Selamat bekerja doktor Luth! Apa-apa nanti kau tanya je aku. Bilik aku dekat sebelah" ucap Haris. Dia teruja sebenarnya bila Luth terima tawaran bekerja dengannya. Best juga ada kawan gosip!

Luth angguk kepala tanda faham. Haris pun berlalu keluar meninggalkan Luth.

Meja kerjanya dirapati. Kerusi ditarik lalu Luth melabuhkan duduknya. Mata dipejam.

Beza sungguh bila kerja di sini dengan di hospital. Waktu sekarang memang Luth akan sibuk melawat dan merawat pesakitnya. Jika ada pesakit baru pula memang terkejar-kejar seorang Luth ke sana sini.

Tetapi sekarang, dia hanya perlu merawat beberapa pesakit sahaja. Itu pun tidaklah mempunyai sakit yang teruk.



















TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now