BAB 44

1.5K 46 2
                                    

Tepat jam lima pagi subuh Qaisara selamat melahirkan kembar lelaki dan perempuan. Panik juga Luth tengah malam tadi bila air ketuban isterinya sudah keluar.

"Thank you cinta, tapi abang tak tahu pun kembar?" Dahi Qaisara dicium lama.

Qaisara senyum, selepas sembilan bulan lima hari akhirnya lahir juga bayi mereka.

"Surprise untuk daddy dan mommy agaknya" balas Qaisara teruja. Raut wajah penat masih terpamer diwajah pucatnya. Dia sendiri terkejut dalam bilik bersalin tadi bila diberitahu mengandung kembar.

Sepanjang pergi scan baby tak pernah pula doktor cakap ada seorang lagi dalam perut!

Luth tertawa kecil. Rasa nak melompat tadi, bila doktor keluar dari bilik bersalin memberitahu Qaisara selamat lahirkan kembar sepasang!

"Pandai adik dia menyorok dekat belakang abang dia kan" ucap Luth sambil mengelus tangan Qaisara.

Doktor beritahu abang keluar dulu dan lima minit kemudian baru adik pula.

"Lepasni ada mini abang dengan saya dekat rumah, riuhlah nanti kan" ujar Qaisara senyum.

Luth angguk, tak lama kemudian jururawat masuk bersama bayi kembar mereka.

Qaisara senyum sambil nangis. Luth berdiri lalu melap airmata si isteri.

"Kita nak bagi nama apa? Abang nak letak Layla Ammara untuk yang perempuan, cinta suka tak nama tu?" cadang Luth.

Qaisara angguk setuju.

"Cantik, pandai abang pilih." Dipandang tidak lepas bayi-bayi mereka. Comelnya anak dia dengan Luth!

"Cinta bagi nama dekat abang pula" ucap Luth memandang Qaisara.

"Qayyum Aidan," Luth dipandang bersama senyuman.

"Pandai mommy bagi nama" ujar Luth lalu tunduk mencium bibir Qaisara.

"Assalamualaikum!" Pintu wad yang dibuka menyentakkan Luth dan Qaisara. Luth berpaling melihat Idlan dan isterinya serta Dato Hisyam yang hadir. Irena turut ada di situ.

Qaisara tunduk malu.

"Kalau iya pun Luth, sabarlah..." usik Idlan tertawa. Iman mencubit pinggang suaminya. Suka betul usik orang!

Iman mendekati Qaisara. Pipi sahabatnya dicium sekilas.

Luth membantu Qaisara duduk dengan selesa. Katil dinaikkan sedikit.

"Tahniah Qai, akhirnya sahabat aku ni dah jadi mommy juga!" ucap Iman. Irena didakapan mencuri pandang bayi Qaisara.

"Kembar?" soal Dato Hisyam teruja. Macam tak percaya dia ada tiga orang cicit sekarang.

Luth angguk lalu mengangkat Qayyum diberikan pada Dato Hisyam. Idlan pula cuba mengambil Layla. Gembira kedua lelaki itu memegang bayi kembar.

"Gila hebat kau Luth boleh bagi kembar!" ujar Idlan sambil menepuk perlahan bayi perempuan di dukungan.

"Nama apa ni?" soal Idlan lagi.

"Qayyum Aidan dan Layla Ammara" jawab Qaisara.

"Lelaki abang yang perempuan adik" sambung Luth pula.

"Irena dah ada kawan main lepasni" ujar Qaisara mencubit pipi tembam Irena.

"Aaa!" jerit Irena bila pipinya dicubit. Tertawa mereka semua melihat telatah anak Idlan dan Iman.

Ketukan di pintu membuatkan mereka semua berpaling. Muncul Puan Aisyah dan kembar Aleeya dan Aleesya.

"Awalnya mak sampai?" Luth mencium tangan Puan Aisyah.

"Kami tak sabar bila along cakap kak long dah bersalin. Aleeya terus pecut ke sini" ujar Aleeya semangat! Nasib sekarang hari sabtu kebetulan dia dan kembarnya cuti!

Puan Aisyah mendekati Qaisara.

"Tahniah untuk Qaisara dan along, mak gembira" ucap Puan Aisyah.

Qaisara senyum lalu memeluk Puan Aisyah. Untung dirinya dapat mak mertua yang menyanyanginya sama seperti anak sendiri.

"Qaisara dapat kembar mak!" ujar Qaisara setelah pelukan dileraikan.
Puan Aisyah senyum. Nampaknya genetik kembar keluarga masih berkembang.

"Wow hebat-hebat!" Aleesya menepuk tangan gembira!

Riuh wad bersalin itu dengan gelak tawa mereka. Nasib awal-awal lagi Luth minta isterinya dipindahkan ke bilik privasi.


















TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now