BAB 10

1.4K 61 0
                                    

Tersenyum Qaisara melihat kaki kucing yang dijumpainya tadi sudah berbalut. Nasib baik ada Luth yang sudi membantu.

Kalau nak harapkan dirinya, mungkin dia akan bawa kucing tadi ke hospital biasa! Maklumlah dia tak pernah pelihara kucing sebelum ni. Dia tak tahu.

Qaisara melihat Luth yang sedang berdiri di kaunter menyelesaikan bil si kucing. Puas dibantah oleh Qaisara, tapi Luth tetaplah Luth. Degil!

Maka Qaisara biarkan saja Luth yang membayar.

Melihat Luth yang telah selesai, segera Qaisara berdiri merapati Luth bersama dengan kucing tadi dikendongannya.

"Dah ke? Nanti bagi nombor akaun awak, saya transfer separuh bil tu." Ujar Qaisara walaupun dia tahu Luth tidak akan mahu punya.

Luth melihat Qaisara lalu menggelengkan kepala perlahan.

"Dah jom." Pintu klinik haiwan itu ditolak mempersilakan Qaisara keluar dahulu.

"Lepasni, Cik Qaisara kena jaga kucing ni elok-elok. Nanti next appointment datang untuk vaksin." Terang Luth kepada Qaisara. Menurut vet tadi kucing tersebut belum di vaksin lagi.

"Sampai bila nak panggil saya cik?"

Berkerut dahi Luth mendengar soalan Qaisara. Salah ke? Qaisara kan anak kepada klien mereka.

"Lepasni panggil Qaisara je lah. Kita jadi kawan nak? Memandangkan awak dah tolong saya banyak kali, apa kata kita jadi kawan? Nak tak?"

Luth memandang pelik Qaisara. Jujur betul budak ni. Ingat dia ni budak darjah satu ke nak ajak kawan-kawan. Kan lebih baik ajak kawin...Eh Luth...

Cepat-cepat Luth membuang fikiran tadi dari kepala.

"Okay kita kawan." Senyuman Qaisara dibalas ramah.

Tiba di depan klinik Haris, sekali lagi Luth mempersilakan Qaisara masuk terlebih dahulu. Mereka disapa oleh Haris yang kebetulan sedang berbual dengan Mia.

"Hah Luth, kau dari mana ni?" Tanya Haris.

Dilihatnya Qaisara yang berdiri di samping Luth bersama seekor kucing warna oren putih. Ya, Haris mengenali Qaisara kerana sering kali Qaisara datang ke klinik mereka sebelum ini.

"Ada hal tadi. Mia, tolong settle kan ubat yang diperlukan atas nama Dato Hisyam hari tu. Lepastu bagi dekat cik ni." Ujar Luth dan meminta bantuan dari Mia juga untuk mengambil ubat yang diperlukan. Sempat dia bertanya tujuan Qaisara datang ke klinik mereka tadi.

Mia lekas menurut perintah walaupun hatinya penuh dengan tanda tanya tentang siapa perempuan yang datang bersama Luth itu.

Bukan dia tak nampak wajah risau Luth sebelum berlari keluar dari klinik tadi. Mungkin sebab perempuan itu.

Rasa cemburu mula menjalar ke dalam hati Mia.

"Awak tunggu sini kejap." Luth segera mencari kotak baru untuk kucing tadi. Kotak tadi telah dibuang Luth kerana terlalu kotor.

Qaisara duduk memangku kucing tadi. Tak lama selepas itu, Luth muncul semula dengan kotak lebih bersih.

Jangan tanya dari mana dia rembat kotak tu.

Kotak diletakkan di atas kerusi duduk antara dia dan Qaisara.

Qaisara terus meletakkan kucing tersebut dengan hati-hati ke dalam kotak. Haih kejamnya tuan awak kucing.

"Comel." Ujar Qaisara memegang kepala kucing itu.

Luth senyum melihat tingkah Qaisara.

"Saya nak bagi nama dia Luqa. Comelkan? Anak kucing Luth dan Qaisara jadilah Luqa!" Ujar Qaisara memberi cadangan. Dia nak jaga kucing ni lepasni.

Terlepas tawa Luth mendengar nama kucing tersebut. Ada saja perangai tak terduga Qaisara ni.

Luth menoleh ke belakang mencari sosok Mia. Melihat Mia yang sudah siap menyediakan ubat tadi, Luth segera mendekati Mia di kaunter dan mengambil ubatan tersebut.

Luth memberikan ubat tersebut kepada Qaisara. Mereka sama-sama keluar menuju ke tempat Qaisara meletakkan keretanya.

"Terima kasih Luth tolong saya hari ni." Ujar Qaisara tersenyum kepada Luth.

Luth membantu Qaisara meletakkan kucing tadi disebelah tempat memandu.

"Sama-sama. Cik...err Qaisara, awak hati-hati balik memandu." Balas Luth. Sikit lagi tersasul nak panggil Cik Qaisara.

No more Cik Qaisara after this!

Luth menghantar pemergian Qaisara dengan ekor mata lalu masuk semula ke dalam klinik. Masa untuk kerja semula!

Tak lekang senyuman dari bibir Luth. Setiap kali berjumpa dengan Qaisara hatinya selalu gembira.

Tanpa Luth sedari, Mia memerhatikan tingkahnya itu dari tadi dengan penuh tanda tanya dan sakit hati.























TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora