BAB 24

1.1K 51 0
                                    

"Pakcik ada pergi mana-mana tak untuk berapa hari ke belakang ni?" soal Luth kepada pesakit yang datang pagi itu. Seorang pakcik dalam lingkungan 50-an.

"Kami sekeluarga ada pergi berkelah dekat air terjun masa balik kampung minggu lepas. Kenapa doktor? Demam pakcik teruk ke? Pakcik tiap malam menggigil, kadang otot semua sakit"

Luth senyum pada pakcik itu.

"Tak jugalah pakcik, jangan risau nanti saya bagi antibiotik untuk redakan demam. Kalau tak teruk, demam pakcik akan pulih dengan sendiri. Cuma lepasni kurangkan pergi tempat-tempat macam tu sebab keputusan urine test tadi menunjukkan pakcik positif leptospirosis atau kencing tikus bahasa mudahnya" ujar Luth menerangkan keadaan pesakitnya itu.

"Pergi mandi air terjun pun boleh kena ke doktor?" soal pakcik itu lagi. Hairan takkanlah mandi manda boleh kena kencing tikus.

"Boleh sebab situ kawasan hutan dan air terjun, tempat yang terdedah pada haiwan pembawa seperti tikus. Elakkan pergi tempat yang kurang bersih dan kawasan macam tu dulu ya pakcik" Penuh kelembutan Luth memahamkan pesakitnya itu.

Pakcik tersebut menganggukkan kepala. Padanlah juga, kawasan yang dia pergi itu ada longgokan sampah sarap. Sistem tidak terurus tapi ramai pula pengunjung sanggup datang sana.

"Okay itu sajalah. Pakcik tunggu dekat luar nanti nurse bagi ubat. Semoga cepat sihat pakcik" ujar Luth tersenyum. Pakcik tersebut turut membalas senyuman Luth lalu berlalu keluar.

Luth menghembus nafas perlahan. Sehelai kertas diambil lalu benzylpenicilin dicatat pada permukaan kertas.

Mia muncul dari balik pintu menghampiri Luth. Mia tersenyum melihat Luth yang tekun mencatit. Makin tampan dimatanya melihat Luth begitu.

"Bagi antibiotik untuk tujuh hari. Pesan dekat pakcik tu, kalau demam dia tak kebah juga suruh rujuk hospital besar" ujar Luth menyerahkan nota tadi kepada Mia.

Mia angguk menyambut huluran Luth. Terguris juga hati kecil Mia bila Luth langsung tidak membalas senyumannya.

Setelah Mia berlalu keluar Luth merebahkan belakang badan pada kerusi. Mata dipejam seketika.

"Tak baik curi tulang masa kerja. Aku potong gaji nanti baru tahu" Suara Haris yang masuk mengejutkan Luth.

Badan ditegakkan semula. Haris masuk bilik dia mesti ada benda nak cerita.

"Kau nak apa ni?" soal Luth malas.

"Haih, pagi lagi dah hilang mood. Dah kenapa kau?" ujar Haris.

"Aku nak kawin..." lirih Luth. Menyampah pula Haris melihat sahabatnya begitu. Tak comel langsung.

"Kawin lah, kan dah ada calon" balas Haris.

Luth mengeluh. Kalaulah semudah itu.

"Atok Qaisara tak bagi Qaisara kawin dengan orang lain selain pilihan dia" ujar Luth perlahan.

Haris diam. Berat juga masalah sahabat dia ni.

"Aku tak tahu bab macam ni sebab aku sendiri pun tak kawin lagi, tapi Luth kau kenalah beranikan diri jumpa atok Qaisara tu. Bukan apa takut betul-betul melepas" ucap Haris.

Luth senyum menganggukkan kepala. Kadang ada fungsi juga Haris ni.

"By the way, aku datang ni nak bagitau dah berapa hari ni pesakit yang datang semua asyik demam lepastu bila buat test kena leptospirosis. Risau juga aku, kau pun tahu bahaya kencing tikus" adu Haris pada Luth.

Kencing tikus tak boleh bawa main sebab boleh membawa kematian kalau tidak dirawat. Walaupun begitu hanya 1% saja daripada pesakit yang terkena kencing tikus akan mengalami sindrom Weil. Sindrom ini yang boleh membawa maut sekiranya terlambat untuk dirawat.

"Mungkin sebab sekarang musim cuti sekolah jadi ramai bawa keluarga jalan-jalan pergi air terjun ke apa. Pesakit yang datang mostly macam tu. Bila aku tanya, semua balas ada berkelah dengan family" ujar Luth panjang lebar.

"Betullah tu, aku pun gitu juga" ucap Haris.

Perbualan mereka terhenti bila Mia mengetuk pintu bilik Luth yang belum ditutup oleh Haris ketika masuk tadi.

"Maaf ganggu, tapi kita ada tiga orang lagi yang datang klinik nak dapatkan rawatan" ucap Mia tersenyum.

Haris anggukkan kepala lalu kembali semula ke dalam biliknya. Sibuk sikit klinik dia hari ini. Nasib ada Luth yang sudi membantu dia di situ.

















TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now