BAB 3

1.5K 59 5
                                    

Qaisara memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia keluar lalu melihat tayar keretanya yang pancit.

"Waktu macam ni jugalah kau nak buat hal ya Leman" Kereta Lexus miliknya diberi nama Leman oleh Qaisara.

Unik betul nama.

Dilihat jam tangan miliknya. Dah jam 11 malam. Jalan pun agak sepi. Pelbagai sangka buruk mula bermain di fikiran.

Qaisara cepat-cepat menampar pipinya. Jangan fikir bukan-bukan Qaisara!

Telefon diambil lalu cuba menghubungi Idlan.

"Tak angkatlah pula"

Qaisara bercekak pinggang melihat tayar keretanya yang pancit.

Tayar pandang Qaisara. Qaisara pandang tayar.

Dia tak reti nak tukar tayar kereta! Huwaa! Dalam hati Qaisara dah menjerit.

Niat tadi cuma nak beli mcd kejap. Tengah malam buta Qaisara nak makan mcflurry oreo. Macam tak menyempat pula tunggu hari esok. Satu hal pula, sekarang kena menghadap tayar pancit.

Dari jauh Qaisara melihat sebuah kereta yang menuju ke arahnya. Cepat-cepat Qaisara mendepakan sebelah tangan sambil melambai-lambai.

Harap-haraplah orang ni sudi bantu. Jangan orang jahat sudah. Doa Qaisara dalam hati.

Kereta tersebut akhirnya berhenti di belakang kereta miliknya. Seorang lelaki memakai sweatshirt hitam keluar dan menapak mendekati Qaisara.

"Ya cik? Ada apa yang boleh saya tolong?" Tanya lelaki tersebut kepada Qaisara.

Qaisara mendongak sedikit bagi melihat wajah lelaki tersebut. Hatinya menjerit 'Hensem!'

"Cik?" Lelaki tersebut melambaikan tangannya di wajah Qaisara. Risau dia tengok perempuan ni asyik tenung dia. Malam ni...ntah-ntah perempuan ni bukan orang.

"Ha...ya saya. Err...tayar kereta saya pancit tapi saya tak reti nak tukar" tutur Qaisara lembut. Nak minta tolong kenalah cakap elok-elok.

"Ada tayar spare?"

"Ada!" balas Qaisara lalu membuka bonet keretanya. Lelaki tersebut pun mengikuti Qaisara.

"Takpa biar saya buat" Ujar lelaki tersebut bila melihat Qaisara yang ingin mengeluarkan tayar spare miliknya.

Qaisara berundur ke belakang dan membiarkan lelaki tersebut melakukannya. Sempat juga dia mengambil kotak yang menyimpan peralatan untuk menukar tayar.

Qaisara menunjukkan bahagian tayar yang pancit. Kotak yang diambil tadi diletak berdekatan dengan tayar pancit tersebut.

Lelaki tersebut menarik lengan sweatshirt yang dipakainya hingga ke siku. Lug wrench dikeluarkan dari kotak lalu diputar bagi menanggalkan skru tayar.

Qaisara disebelah tekun melihat lelaki tersebut menukar tayar kereta miliknya. Diperhati tangan berurat lelaki tersebut yang tangkas melakukan kerja.

'Tukar tayar pun hensem!' getusnya dalam hati. Mode gedik dia dah datang.

Tak pernah dia nampak lelaki yang attractive seperti di depannya ini. Semua lelaki yang mendekatinya sebelum ini tidak mempunyai aura seperti lelaki ini.

Qaisara tersenyum gedik. Haih...tak pernah-pernah dia jatuh hati secepat ini. Nampaknya Lee Jong Suk dah ada madu.

Setelah selesai, lelaki tersebut berdiri dan mengelap peluh di dahinya dengan sweatshirt yang dipakai.

Dilihatnya Qaisara sedang khusyuk melihat wajahnya. Muka aku ada apa-apa ke sampai perempuan ni asyik tenung?

"Dah siap, nanti esok cik tukar tayar baru dekat bengkel ya. Takut dia pancit lagi" Terangnya kepada Qaisara.

"Okay. Thank you sebab sudi tolong" Ucap Qaisara bersama senyuman.

Lelaki tersebut angguk kepala sekali. Senyuman turut diukir.

Qaisara terpanah dengan senyuman tersebut. Aaaa senyum pun manis!

Lelaki tersebut turut membantu Qaisara mengemas segala peralatan yang digunakan tadi dan menyimpan semula ke dalam bonet kereta.

"Kalau macam tu saya gerak dululah. Cik hati-hati memandu. Malam dah ni"

Qaisara senyum mendengar pesanan lelaki tersebut.

"Awak pun hati-hati. By the way nama saya Qaisara. Awak?"

Lelaki tersebut melihat Qaisara lama sebelum berkata

"Luth..."

Setelah itu lelaki tersebut terus berlalu meninggalkan Qaisara.





















TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now