BAB 11

1.4K 52 0
                                    

Lelaki yang duduk di depannya dipandang geram oleh Qaisara. Merosakkan hujung minggu sungguh bila terpaksa setuju berjumpa dengan Hadif. Lebih mengejutkan Qaisara bila Hadif sendiri yang datang ke rumah mereka tengahari itu.

Terpaksalah Qaisara melayani tetamu kesayangan atoknya itu. Dari dulu lagi keluarga Hadif berkenan dengan dirinya. Dia tahu, kerana Dato Hisyam sendiri bersetuju dia dijodohkan dengan Hadif.

Selama ini dia mengelak dengan alasan masih belajar. Lagi pula Hadif sibuk menguruskan perusahaan perabot milik mereka yang berada di Singapura. Dari situ Qaisara selalu melarikan diri dari topik perjodohan dia dan Hadif.

Tetapi malang sungguh nasib dirinya apabila diberitahu atoknya semalam bahawa Hadif akan menetap di Malaysia semula. Tengok sajalah sekarang bukan main lebar lagi senyuman Dato Hisyam bila dapat jumpa dengan Hadif.

"Hadif lama ke balik sini kali ni?" Tanya Dato Hisyam. Dia dari dulu suka dengan budak Hadif ni.

"Lama, sebab tak balik sana dah lepasni. Hadif kena ganti tempat daddy dekat sini. Syarikat dekat sana nanti akan ada orang lain lagi urus." Balas Hadif sopan.

"Baguslah kalau macam tu." Ujar Dato Hisyam lagi bersama senyuman.

"Qaisara sihat?" Soal Hadif bertanya khabar. Bukan dia tak perasan muka Qaisara yang memandangnya tajam dari tadi. Muka tak cover langsung perempuan ni.

"Hidup lagi ni, sihatlah kot" Balas Qaisara acuh tak acuh. Dikuis-kuis nasi dan lauk ayam masak merah di pinggan. Dia sedang menahan diri daripada nak cucuk mata Hadif dengan garpu ditangannya. Geram!

"Qaisara dah lamakan tak jumpa Hadif, apa kata lepasni kamu bawa dia pergi keluar. Hadif pun mesti rindu nak jalan-jalan dekat sini." Ujar Dato Hisyam memberi cadangan. Dia kalau boleh mahu budak berdua ini sebulu. Baru senang nak dijodohkan.

Dato Hisyam dah masak dengan perangai cucu perempuannya yang degil. Dia yakin Hadif mampu mengubah Qaisara.

"Boleh juga. Hadif free lagi minggu ni." Setuju Hadif dengan cadangan Dato Hisyam.

Amarah dalam diri Qaisara membuak-buak minta dilepaskan. Dia tahu Hadif sengaja mengenakan dirinya dengan setuju keluar bersama.

Tak guna punya Hadif.! desis Qaisara dalam hati.

"Ermm bolehlah. Qaisara dah kenyang, nak naik atas bersiap." Pinggan dibawah ke dapur meninggalkan Hadif dan atoknya.

"Kau nak sangat jalan-jalankan. Kau tungg! Eee geram geram!" Qaisara melepaskan rasa kesalnya di depan sinki.

"Meow..."

Qaisara tunduk melihat kucingnya. Makin sihat kucing yang dijumpainya itu. Kucing tersebut dikendong naik ke atas. Nasib baik ada Luqa! Surut sikit amarahnya tadi melihat kucingnya itu.

"Luqa, mommy rindu dengan Luth. Minggu depan kita jumpa dia nak?" Qaisara berbicara dengan kucingnya itu meluahkan perasaan.

Si kucing Luqa hanya melihat tuannya itu berbicara. Dah terbiasa mungkin dengan mood Qaisara yang sering berubah-ubah.

Luqa diletakkan diatas katil lalu Qaisara bersiap ala kadar. Bukan nak keluar dengan Luth pun nak cantik-cantik.

Seluar labuh hitam dipadankan dengan kemeja warna sama menjadi piihan. Tudung bawal hitam turut diambil Qaisara.

Warna hitam semua dipilih tanda protes nak keluar dengan Hadif!

Mula minggu lepas Qaisara sudah mula memakai tudung. Orang yang paling gembira sekali sudah tentulah Iman dan abangnya Idlan.

Qaisara juga tidak menyangka hatinya terbuka untuk menutup aurat dengan sempurna. Doanya tiap hari, semoga dirinya terus istiqomah dalam menutup aurat.


































TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now