BAB 37

1.3K 58 0
                                    

Kertas diselak ke depan ke belakang. Hasil jualan pakaian di butiknya makin hari makin meningkat. Qaisara tersenyum puas, itu maknanya pelanggan suka dengan kualiti kain dari butiknya.

"Hai kak! Sorry ganggu tapi Nini nak cakap yang 'abaya nur' latest punya design dah sold out untuk minggu ni. Customer yang datang semua puji kain dia best dan sejuk!" Kerusi ditarik lalu dia duduk di depan bossnya.

"Iya? Syukur, nampaknya keputusan kita untuk pilih kain hari tu adalah keputusan yang tepat!" ujar Qaisara.

Kebanyakan pakain yang ada di butiknya semua dijahit oleh orang yang profesional begitu juga dengan jenis kain. Semua kain mahal. Walaupun harga memang mahal tapi pelanggan tetap beli.

Kata orang 'ada harga ada kualiti'.

"Nanti dapat bonus lebih tak kak?" soal Nini mencuba nasib.

Qaisara tertawa mendengar soalan pekerjanya.

"Mestilah! Takda korang dua kerja dekat sini mana mampu akak urus semua sekali" jawab Qaisara.

Nini sudah melompat dari duduknya lalu meminta izin keluar. Berita gembira kena kongsi dengan Husna!

Qaisara menggeleng perlahan melihat tingkah Nini. Telefon diambil lalu nombor suami di dail.

"Assalamualaikum abang" ucap Qaisara bila panggilannya dijawab.

"Walaikumsalam cinta. Ada apa call abang ni?" balas Luth di sebalik panggilan.

"Saya nak minta izin balik rumah atok. Saya rindu nak peluk Luqa, nanti saya bawa dia balik rumah kita boleh kan abang?" pinta Qaisara.

Luth tertawa kecil. Ingatkan ada apalah tadi.

"Boleh, hati-hati drive nanti. Cinta balik bila?" Jam ditangan dilihat. Baru pukul 10 pagi sekarang.

"Ermm maybe tengahari nanti sebab saya nak pergi grocery shopping lagi." Bahan-bahan untuk buat pavlova satu pun takda dirumah baru mereka jadi kena beli. Dia plan nak buat banyak-banyak untuk suaminya bawa ke klinik sikit nanti.

"Okay boleh. Pakai je credit card yang abang bagi semalam tau" pesan Luth lagi.

"Baik abang ku sayang!" balas Qaisara teruja. Seronoknya menghabiskan duit suami!

"Oh by the way abang lupa nak bagitau yang Mia dah berhenti kerja dari sini" beritahu Luth. Terkejut juga dia tadi bila diberitahu Haris. Terpaksalah mereka mencari nurse baru lagi untuk membantu kak Aina.

"Oh...okay" balas Qaisara singkat. Baguslah takda lagi nak kacau suami dia tu!

Luth senyum mendengar balasan Qaisara.

"Abang letak dulu, ada kerja ni. I love you cinta" ucap Luth perlahan.

"I love you too suami!" balas Qaisara semangat!

Seronoknya ada suami!











* * *









"Mata ini, mata ini punya abang,
Bibir ini, bibir ini punya abang,
Pipi ini, pipi ini punya abang,"

Seronok Qaisara menyanyikan lagu dangdut nyanyian Selvi Kitty sambil membuat pavlova. Tanpa dia sedari Luth dari tadi bersandar di pintu dapur berlipat lengan sambil memerhatikannya.

Luth geleng kepala perlahan melihat perbuatan Qaisara. Fokus sangat sampai tak perasan suami balik.

Luth melipat lengan kemeja hitamnya sambil mengorak langkah ke arah Qaisara yang masih seronok menyanyi membelakanginya.

"Jantung ini, jantung ini punya abang,
Hati ini, cuma cinta sama abang arghhhh" Bergema jeritan Qaisara bila pinggangnya tiba-tiba dipeluk. Kepala dipusing melihat muka selamba cik suami tercinta!

"Abang! Saya tak perasan abang dah balik." Pipi Luth dicium ringkas lalu menyambung meletakkan dairy cream pada mini pavlova.

Dia terlebih rajin hari ini, pavlova dibuat dua jenis satu yang biasa ada buah kiwi dan blackcurrant yang banyak dan satu lagi perisa coklat hazelnut.

Letak cream coklat hazel banyak-banyak lepastu tabur hirisan coklat dekat atas!

"Siap! Abang nak rasa?" Mini pavlova disua ke mulut Luth dan dingap semua oleh Luth. Nama pun mini pavlova, betul-betul saiz bite.

"Sedap" ujar Luth tersenyum. Dia memang hantu pavlova! Gelas air diteguk perlahan. Air isterinya barangkali sebab tinggal separuh air dalam gelas tersebut.

Qaisara tersenyum gedik. Suami dia suka!

"Cinta..." bisik Luth di telinga Qaisara.

"Hmm..." balas Qaisara. Buah kiwi dipotong kecil. Pavlova kena letak banyak buah baru lagi sedap!

"Lain kali kalau nak pakai kemeja kerja abang, pakai warna putih baru seksi" bisik Luth perlahan.

Qaisara tunduk melihat pakaiannya. Dia pakai kemeja kerja Luth warna biru muda tanpa seluar. Kemeja Luth besar menutup separuh peha putihnya.

Luth ketawa melihat pipi isterinya yang merah. Tahu pun takut suami goda dia tapi kalau dia goda suami takpa pula. Dicium sekilas rambut Qaisara.

"Abang janganlah kacau" halau Qaisara perlahan. Tak boleh! Tak boleh! Jangan cepat kalah dengan godaan Luth wahai diri!

"Abang nak kacau juga..." Qaisara dipusing menghadapnya lalu dicium lembut bibir basah si isteri. Qaisara turut membalas perlakuan suaminya itu.

"Meowww"

Terhenti aksi nakal mereka bila Luqa datang menggeselkan badannya dikaki mereka. Lebih tepat lagi di kaki Luth.

Luth tunduk, Luqa digendong dan diusap lembut kepala si kucing.

"Daddy miss you Luqa" ujar Luth gembira.

"Apa rindu-rindu? Bini ada depan mata ni" ujar Qaisara cemburu.

Luth tertawa lalu membawa Luqa naik ke atas. Sempat dia mengusik isterinya,

"Hari ni daddy manjakan Luqa tau! Biar mommy dekat dapur tu" usik Luth tertawa.

"Abang!!!" jerit Qaisara melihat Luth yang sudah berlari naik ke atas.

"Siaplah abang nanti!" ucapnya tegas. Nampaknya dia kena kongsi kasih sayang dengan Luth dengan Luqa lepasni.




















TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now