BAB 15

1.3K 55 1
                                    

Telefon yang berdering segera diangkat oleh Qaisara. Sempat nama pemanggil dilihat. Luth!

"Hello awak"

Terlepas tawa kecil dari Luth di sebalik talian. Tak sabar sungguh cik Qaisara dia ni.

"Assalamualaikum, saya ganggu ke ni?"

Terkesima Qaisara seketika. Dia main terjah tanpa salam saja tadi. Sudah terbiasa sejak dulu.

"Walaikumsalam, tak ganggu pun. Saya tengah tunggu awak call dari tadi." Jujur Qaisara kepada Luth. Sejak sesi luahan hati mereka dua bulan yang lalu, setiap malam Luth akan menelefonnya.

Kadang-kadang kalau Luth tidak menelefonnya, Luth akan datang ke butiknya. Sweet rupanya abang Luth dia ni!

Qaisara bangkit dari kerusi lalu merebahkan diri atas katil. Kedua kakinya di goyangkan ke udara sambil menghadap siling bilik. Dah terbayang muka hensem Luth dekat atas tu.

"Tengah buat apa sekarang?" soal Luth. Sliding door kaca apartment miliknya ditolak. Luth keluar ke balkoni mengambil angin malam.

"Tengah rindu awak..." Telefon dicampak ke tepi, Qaisara segera duduk bersila sambil menekup muka dengan bantal. Apa kau buat ni Qaisara? Mesti Luth tengah gelakkan dia sekarang!

Telefon diambil kembali. Kotak suara dibetulkan semula.

"Tak buat apa pun. Kenapa?" Bantal tadi dipeluk semula ke dada.

"Tak rindu saya dah? Takpelah kalau macam tu. Nampaknya saya sorang je yang rindu." Luth juga tak mahu kalah dengan kenakalan Qaisara nampaknya.

"Eh rindu! rindu!" Cepat-cepat Qaisara membalas. Auch abang doktor yang seksi itu turut merinduinya! Memang tidur lena dia malam ni.

"Esok awak free?" soal Luth. Rambutnya yang masih basah dikuak ke kebelakang. Baru selesai mandi tadi terus dia menelefon buah hatinya.

Qaisara angguk kepala sebelum dia tersedar yang Luth mana boleh nampak dia sekarang. Dahi ditepuk.

"Free je. Kenapa awak tanya?"

"Kita keluar dating nak? Tapi kalau tak nak saya bawa Luqa ajelah jalan esok" usik Luth lagi. Dia tahu Qaisara cemburu dengan si kucing Luqa.

"Awak sengajakan..." Belum hilang cemburu dia dengan Luqa. Nasib mommy sayang awak Luqa! Kalau tak dah tinggal dekat pasar.

"Jam berapa awak nak bawa saya jalan esok?" tanya Qaisara.

"Tengahari macam tu" balas Luth.

"Hmm okay." Tak sabar Qaisara nak jalan-jalan dating dengan Luth!

"Awak rehatlah, kita jumpa esok. Jangan rindu saya sangat takut demam nanti" ujar Luth sambil ketawa. Dengan Qaisara ni habis keluar sisi dia yang kuat mengusik.

Maklumlah dapat awek pun sama nakal! Nasib kau lah Luth.

Qaisara turut tertawa mendengar usikan Luth.

"Kalau saya demam awakkan ada" suara dilunakkan sengaja. Jarinya melukis-lukis di atas bantal yang dipeluk. Ingat dia saja yang berani nak mengusik? Hei, ini Qaisara lah!

Luth berdehem. Lebih baik dia tamatkan panggilan ni sebelum Qaisara makin naik bulu.

"Selamat malam Qaisara, sleep tight and sweet dreams"

Qaisara menekup mulutnya dari melepaskan suara tawanya yang kuat. Tahu pun takut dengan godaan dia!

"Good night too Luth." Telefon dimatikan oleh Qaisara lalu dia tersenyum lebar. Badan diguling-guling ke kiri dan ke kanan di atas tilam. Sukanya!




















TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now