BAB 6

1.4K 53 1
                                    

Mia menyusun kotak ubat-ubatan di bilik stor ubatan klinik dia bekerja. Dia sangat bersyukur kerana diterima kerja di sini.

Sejak bercerai dengan suaminya, Mia telah bekerja semula. Perkahwinan mereka hanya bertahan dua tahun. Mia berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja yang lebih baik demi menampung hidupnya dan juga anaknya.

Sejak Mia berkawin dengan Izam, dipendam hasratnya ingin menjadi jururawat dan bekerja bersama dengan Luth. Tujuannya memaksa Luth untuk masuk meminang dirinya dulu memang tulus dari hati Mia namun dia tidak berani melawan kehendak ibunya.

Mia hela nafas perlahan. Sudah enam tahun berlalu tapi rasa bersalah di hatinya belum pudar. Walaupun setiap hari dia bersua muka di klinik dengan Luth namun Mia malu untuk bertegur sapa dua mata dengan Luth.

Kotak terakhir diletakkan di rak paling bawah lalu Mia bergerak ke luar semula. Terlihat kak Aina yang sedang menyusun fail-fail pesakit di meja pendaftaran.

Hanya dia dan kak Aina jururawat yang bekerja di klinik Haris ini. Mia ambil duduk di tempatnya disebelah kak Aina.

"Dah siap semuanya Mia?"

"Dah kak" jawab Mia ringkas. Dilihat jam tangannya sekilas. Sudah masuk waktu rehat tengahari.

"Akak tak rehat ke? Dah jam 1 ni"

"Eh, akak tak perasan pula. Kalau macamtu jomlah kita makan sama-sama" ajak kak Aina pula.

"Takpelah akak pergi dulu, nanti Mia makan"

Kak Aina menganggukkan kepala sebelum berlalu pergi. Tinggal Mia sendirian di meja tersebut.

Tak lama kemudian dilihatnya Luth keluar dari biliknya. Mia lekas berdiri merapati Luth. Dia tak kira. Dia kena bercakap juga dengan Luth.

"Luth...boleh Mia cakap sikit?"

Luth menghentikan langkahnya lalu berpusing ke belakang semula. Beberapa hari ini dia bekerja dengan Mia, tidak pernah lagi Mia membangkitkan isu lama antara mereka. Nampaknya Mia masih profesional dalam bekerja.

"Ada apa?"

"Err...Mia nak minta maaf" Mia tunduk melihat kasut Luth. Tak berani melihat wajah Luth. Pandangan Luth sangat berbeza. Mia takut. Malu juga iya.

"Benda dah lama. Tak payah nak ingat. Aku pun dah lupa semua tu"

Tersentak Mia mendengar gelaran aku dari mulut Luth. Tak pernah Luth menggelarkan dirinya seperti itu ketika mereka bersama. Apa yang kau nak harapkan Mia? Perbuatan keluarga kau dulu sangat kejam.

Sesiapa pun yang berada di posisi Luth ketika itu pasti menanggung sakit yang sama.

"Mia cuma nak Luth tahu yang pertunangan Mia dengan Izam dulu bukan atas kerelaan Mia. Mia betul-betul sayang Luth. Mia tak pernah tipu perasaan cinta Mia untuk Luth sepanjang kita bersama"

Luth mengeluh dalam hati. Sebolehnya dia tak mahu mengingati lagi masa lalu.

"Macam aku cakap tadi benda dah lama. Aku pun dah teruskan hidup macam biasa. Jadinya, lebih baik Mia pun teruskan hidup dengan Izam. Luth ikhlas maafkan Mia dan keluarga"

"Terima kasih Luth. Satu lagi yang perlu Luth tahu. Mia dah lama bercerai dengan Izam" tutur Mia memberitahu Luth.

Terdiam Luth seketika. Tapi bila difikirkan semula itu semua bukan lagi masalah Luth.

Luth hanya diam melihat wajah Mia. Tiada langsung perasaan seperti dulu lagi walaupun mengetahui status Mia kini.

"Kita boleh jadi kawan kan?" Tanya Mia berharap.

Luth angguk lalu berkata "Boleh. Kita kawan"

Mia tersenyum lebar. Sekurangnya dia tidak lagi menanggung beban di hatinya. Semua telah diluahkan kepada Luth.
























TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now