BAB 43

1.4K 45 2
                                    

"Duduk diam-diam" tegas Qaisara sambil membasahkan bulu-bulu Luqa dengan air. Hari ni dia nak mandikan anak dia seekor ini!

Sambil duduk bersila beralaskan kain lembut dia mandikan Luqa dia laman rumah. Tak kisah langsung Qaisara seluarnya basah.

"Dunia seakan milik berdua,
Oh indahnya,
Nada-nada kasih berlagu,
oh mesranya,
Semilir angin terasa dingin,
Namun semua terusik
gara-gara kamu...,"

Qaisara bernyanyi sambil membersihkan Luqa. Seperti biasa lagu dangdut menjadi pilihan. Luth pun sudah lali dengar dia nyanyi selalu.

Ciuman di pipinya menghentikan nyanyian Qaisara. Dia berpaling melihat Luth yang turut duduk bersila di sebelahnya. Qaisara senyum. Suami dia bagi kiss!

"Tak penat ke mandikan Luqa? Abang dah pesan tadikan biar abang buat" ujar Luth perlahan. Diusap kepala si isteri.

Qaisara ni bukan macam perempuan mengandung yang lain sebab tu Luth risau. Dua bulan lepas morning sickness isterinya hilang, Qaisara semakin aktif.

Tak boleh ditegah nanti merajuk. Semua benda nak dibuatnya. Dia punya hyper makin menjadi sejak mengandung. Boleh luruh jantung Luth kadang-kadang dengan tingkah Qaisara.

"Abangkan tengah masak tadi, biarlah saya pula mandikan Luqa. Saya bosanlah tak buat apa" balasnya. Sejak masuk tujuh bulan ni, dia sudah jarang masuk kerja. Kalau dia ke butik pun pasti Luth akan telefon setiap jam!

"Dah jom masuk, abang dah siap buat mac and cheese yang cinta minta tadi" Qaisara diangkat berdiri. Mak buyung ni, tahu perut dah nak meletup masih lagi degil. Lantai sudahlah licin dengan air.

"Terima kasih abang, saya tahulah nak jaga diri" ujar Qaisara tersengih.

"Tahu, tapi abang risau" balas Luth memimpin tangan Qaisara masuk. Dibawa isteri comelnya itu cuci tangan terlebih dahulu sebelum mereka duduk di meja makan.

"Makan dulu lepasni baru mandi sekali lagi." Gelas susu ibu mengandung di hulurkan pada Qaisara yang sedang menikmati makanannya.

"Abang mandikan!" balas Qaisara tertawa melihat muka merah suaminya. Dah nak ada anak pun suami dia masih malu bila diusik olehnya.

Ceh! Kalau dia usik Qaisara boleh pula!

"Abang! Pergi ambil Luqa sebelum dia merayap lagi mengorat si Din! Bulu dia tak kering lagi tu!" gelabah Qaisara berkata.

Kali ini Luth pula yang mentertawakan isterinya. Luth akur lalu membawa Luqa masuk ke dalam.

Kalau isteri dah bagi perintah macam tu, lebih baik Luth buat sebelum Qaisara meroyan lagi Luqa hilang. Padahal bukan hilang pun, anak kucing mereka itu sibuk bercinta dengan kucing jiran!
















* * *












"Abang..." Dikuis-kuis dengan jari telunjuk bahu Luth yang sedang tidur. Kesian suami dia penat!

"Hmmm" Luth mencelikkan mata melihat isterinya. Kelihatan mata cantik itu masih segar.

"Cinta kenapa?" Tangan dilingkar pada perut Qaisara yang besar. Qaisara pandang siling bilik sambil meneguk air liur. Tengah malam macam ni dia mengidam nak aiskrim.

"Saya nak aiskrim strawberi lepastu cicah sardin, mesti sedapkan abang?" ujar Qaisara satu nafas. Rasa manis aiskrim dengan isi ikan sardin itu sudah masuk ke dalam rongga mulutnya. Pelik betul tekak dia ni.

Luth duduk dari baringnya lalu membantu Qaisara duduk juga.

"Rasanya ada kot sardin dekat bawah tu, kejap tau" Luth segera berdiri mahu keluar dari bilik namun ditahan oleh Qaisara.

"Saya nak ikut..."Muka comel dipamerkan! Luth pasrah lalu memimpin tangan Qaisara turun tangga.

"Cinta duduk dulu" Qaisara dibantu duduk dengan selesa. Luth mencari tin sardin di kabinet dapur. Nasib lah dia ada beli stok hari itu! Aiskrim strawberi brand La Cremeria turut diambil bersama sudu.

Sardin dibuka dan dipanaskan. Selesai memanaskan sardin, dibawa ke meja makan pada Qaisara yang setia menunggu.

"Wah! Terima kasih abang!" jerit Qaisara gembira. Luth senyum sambil duduk di sebelah isterinya.

Nampak berselera sungguh Qaisara menikmati aiskrim dengan isi ikan sardin. Selera ibu mengandung memang pelik-pelik macam ni ke? Dia pula yang kembang tekak menengok.

"Sedap! Abang tak nak rasa ke?" Aiskrim disenduk dengan sudu lalu isi ikan sardin diletakkan di atas aiskrim sebelum disua pada Luth.

Luth menggeleng perlahan.

"Cinta makanlah, tapi jangan makan banyak sangat" pesan Luth. Satu lagi tentang Qaisara kalau mengidam, Qaisara tak akan makan banyak. Cukup untuk menghilang rasa craving dia saja sebab tu Luth tak teragak-agak bagi makan aiskrim tengah malam buta begini.

Qaisara angguk semangat lalu sambung menikmati aiskrimnya!

















TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now