BAB 41

1.3K 49 0
                                    

"Kak Qai okay tak ni? Pucatnya muka" tanya Husna melihat majikannya yang sedang duduk termenung. Dia masuk bilik Qaisara tadi niat nak gosip sikit tapi tak jadi, risau pula yang datang.

Dia dan Nini perasan sebenarnya yang majikan mereka itu selalu tidak sihat bila masuk waktu begini.

Qaisara angguk kepala sambil tersenyum tipis. Sejak balik dari Sabah dua minggu lepas, Qaisara tak sedap badan. Yang peliknya waktu tengahari macam ni saja sakit dia datang, pagi okay pula. Nak dikhabarkan pada Luth tapi dia tak mahu suaminya risau.

"Pening sikit..." Perlahan bibir pucat Qaisara menutur kata. Dia rasa pening kepala sampai nak muntah.

Tanpa menghiraukan Husna yang masih memandangnya, Qaisara berlari ke dalam tandas lalu mengeluarkan segala isi perutnya.

"Eh kak!" Husna mengusap belakang tengkuk Qaisara bagi membantu melegakan mual majikannya itu.

Pili air dibuka dan Qaisara berkumur menghilangkan rasa pahit dari muntahnya tadi. Husna memapah Qaisara kembali duduk di kerusi, bukan apa dia takut melihat majikannya yang macam nak pengsan tu.

"Akak nak apa-apa tak?" soal Husna prihatin.

Qaisara geleng kepala perlahan.

"Akak okay, Husna pergilah sambung kerja" ucap Qaisara bersama senyuman tipis. Sudah terbiasa dari dulu kalau dia sakit, memang tak suka susahkan orang.

Prinsip hidupnya dia boleh buat sendiri. Tapi sekarang dia mahu Luth...

Husna akur lalu pergi meninggalkan majikannya.

Qaisara mengeluh perlahan lalu telefon diambil dan mesej dihantar pada Luth.

Tanpa menunggu balasan Qaisara meletakkan kepala di meja dan melelapkan mata. Dia penat.









* * *








"Cinta hati abang betul okay ke ni?" Pipi Qaisara diusap perlahan. Dia bergegas datang ke butik setelah mendapat mesej dari isterinya. Ini mereka baru saja keluar dari klinik.

Qaisara angguk bersama senyuman. Tangan mengusap perlahan perut yang masih belum menampakkan bentuk.

Rupanya dia mengandung sebab itu asyik pening dan muntah. Doktor sahkan usia kandungannya baru sebulan lebih.

Luth senyum melihat perlakuan Qaisara. Tangannya turut diletakkan di atas tangan Qaisara yang sedang mengusap perut kecil itu.

Mereka saling berbalas senyuman seketika.

"Janganlah nangis, mommy to be kena kuat" pujuk Luth melihat Qaisara mengalirka airmata.

"Saya happy sebab mengandungkan anak abang..." Dia tak tahu kenapa airmata dia keluar. Mungkin ini yang dikatakan hormon ibu mengandung.

"Iya cinta, abang pun gembira. Terima kasih sebab sudi bawa anak abang dalam rahim cinta" ucap Luth lalu dikucup bibir pucat itu dan tidak lupa juga dahi si isteri. Sayang bini dia yang gedik dan comel ni!

"Husna bagitahu abang yang cinta dah berapa hari tak sihat. Kenapa tak cakap dekat abang?" soal Luth risau. Sempat pekerja Qaisara tadi memberitahunya. Pelik juga sebab Qaisara awal pagi sebelum bergerak kerja nampak okay.

Haih, Luth nama pun alahan ibu mengandung.

"Saya ingat sakit biasa je lagipun tak nak susahkan abang" jawab Qaisara. Dielus tangan Luth perlahan. Seksilah ada urat timbul, geram je dia nak cubit.

"Abang tahu sebelum kawin cinta boleh buat semua sendiri. Abang tahu you're an independent woman tapi...abang nak cinta tahu sekarang cinta ada abang,"

Jeda.

"Jadi untuk masa seterusnya dan kedepan, apa-apa hal cinta jangan pendam sendiri lagi. You have me. Abang lagi suka isteri abang gedik dan manja setiap masa dengan abang" ujar Luth tertawa. Dicuit hidung mancung isterinya.

Qaisara turut tertawa. Lengan Luth dipeluk erat.

"Baik abang, terima kasih sebab cintakan saya dan sentiasa sabar walaupun abang tengah jaga perempuan hyper dan gedik ni!" ucap Qaisara riang.

"I promise to annoy you forever suami!" sambung Qaisara lagi.

Luth tertawa sambil menggeleng kepala perlahan. Dia tidak pernah rasa penat melayan kerenah Qaisara yang satu itu. Manja!




















TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now