BAB 14

1.3K 59 0
                                    

Luth turut berdiri di samping Qaisara bila Qaisara mengeluarkan si kucing Luqa dari sangkarnya.

Doktor lelaki yang ditugaskan untuk merawat Luqa hari itu cuba memegang Luqa namun cepat-cepat si kucing Luqa berpusing ke arah Luth.

Bulat mata Qaisara melihat tingkah si kucing Luqa. Amboi main peluk-peluk Luth pula. Ini tak adil! Dia pun nak juga!

Aip Qaisara, sabar belum halal lagi!

Luth mengusap kepala Luqa perlahan. Kucing betina itu dipegang lalu diserahkan kepada doktor tadi.

Si kucing Luqa cuba menggigit tangan doktor lelaki itu. Nasib baik doktor haiwan ni memang sentiasa bersiap dengan sarung tangan tebal mereka.

"Nakal juga ya kucing awak berdua ni." Ujar doktor haiwan itu. Cuba dipujuk si kucing Luqa untuk bertenang.

"Macam tuan dia" Ujar Luth memandang Qaisara disebelah. Saja usik! Tapi Qaisara memang nakal pun. Ada saja benda nak usik Luth.

Qaisara menyiku Luth disebelah. Dilihatnya sedikit pun Luth tak terkesan dengan sikuan nya.

Cis! Badan batu agaknya. Luth hanya tersenyum sumbing melihat cubaan Qaisara menyikunya.

Setelah selesai divaksin, Luth kembali membawa Luqa dikendongannya. Qaisara cuba mengambil Luqa dari dukungan Luth namun kucing tersebut tidak mahu.

Amboi Luqa, jumpa Luth terus lupa tuan awak ke?

Qaisara cemburu! Kucing tak kucing dia jealous juga!

Tiba di kereta milik Qaisara, barulah Luth menyerahkan si kucing Luqa kepada Qaisara.

"Gediklah Luqa ni! Mommy pun tak gedik macam awak tau! Main peluk-peluk Luth depan mommy pula tu" Ujar Qaisara meletakkan Luqa di seat sebelah pemandu. Sangkar tadi sudah diletakkan di seat belakang oleh Luth.

"Dengan kucing pun nak cemburu ke cik Qaisara?" Tanya Luth tersenyum.

"Mestilah! Kita ni dah lah crush dengan awak!" Bulat mata Qaisara bila menyedari dia terlepas kata.

Mana nak sorok muka ni? Malu!

Luth kehilangan kata-kata mendengar luahan Qaisara. Dilihat muka Qaisara yang sudah berubah merah kerana malu.

"Betul ni awak suka saya? Saya ni dah tua tau..."

"Iya suka. Tak kisahlah kalau awak dah tua kerepot sekali pun" Balas Qaisara memintas kata-kata Luth. Terkebil-kebil Qaisara memandang kaki sendiri. Tiba-tiba rasa kaki dia lagi hensem dari Luth.

Ya allah dekat tempat parking ni jugalah Luth nak dia confess! Kebas muka dia menahan malu.

Luth senyum menampakkan giginya yang putih bersih. Dia suka benar dengan sikap Qaisara yang jujur ni.

"I'm yours, cik Qaisara..." Ujar Luth perlahan. Hati dia pun dah lama terpaut pada gadis itu jadi apa salahnya dia juga jujur.

Lagipula dia dah nak masuk tiga puluh dua tahun. Takda masa nak main tarik tali soal hati.

Qaisara mengangkat pandangannya melihat Luth. Biar betul?

"Be betul ke? Tak main-mainkan?" Tanya Qaisara tergagap-gagap. Siapa ja tak nervous bila crush balas perasaan dia.

Tempat parking pun tempat parking lah! Yang penting Luth mahu dia!

Luth angguk kepala mengiyakan soalan Qaisara.

"Macam saya cakap, saya dah tua Qai. Saya takde masa nak mainkan awak. Jadi awak sudi tak nak kenal saya dengan lebih?" Luth tunduk sedikit melihat wajah Qaisara. Malu-malu pula Qaisara ni.

"Mestilah sudi." Balas Qaisara perlahan. Senyuman Luth turut dibalas.

"Terima kasih Qaisara." Ujar Luth. Jam tangan dilihat sekilas. Alamak dia dah lewat. Tadi dia minta kebenaran keluar setengah jam saja dengan Haris.

"Saya dah lewat. Awak hati-hati memandu. Nanti saya call. Ingat tau saya tak main-main dengan semua ni."

Qaisara menganggukkan kepalanya.

Luth senyum lega. Terlepas juga beban di hatinya selama ini. Dia menghantar pemergian kereta Qaisara sehingga hilang dari pandangan lalu bergerak masuk ke klinik kerjanya semula.

'Apa yang awak dah buat dengan hati saya ni Qai' desis Luth dalam hati sambil tersenyum.

Sudah lama dia tidak merasai seperti ini. Begini rupanya jatuh cinta sekali lagi.
























TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now