BAB 39

1.2K 45 0
                                    

Sliding door kaca dibuka lalu Qaisara berlari-lari di sekitar private balcony di bilik mereka. Luth tersenyum melihat isterinya yang seperti kanak-kanak.

Mabul Water Bungalow Resort menjadi pilihan suami isteri itu berbulan madu.

"Wow ada jacuzzi! Nanti nak bawa abang mandi sama-sama!" Tangan di tepuk-tepuk gembira. Dia dah rancang semua aktiviti yang akan dia lakukan sepanjang mereka berbulan madu di Pulau Mabul.

Kaki diteruskan melangkah menuruni tangga yang terus bersambung ke bawah laut. Qaisara tertawa kecil sambil membasahkan kakinya dengan air laut.

Puas bermain dengan air laut yang biru jernih itu Qaisara naik semula ke dalam bilik. Luth yang sedang menukar baju dihampiri. Dipeluk badan sasa yang tidak berbaju itu.

"I love you abang." Luth telah menunaikan impiannya yang satu ini dan hal itu membuatkan Qaisara makin cinta pada suaminya.

"I love you too my cinta. Pergilah tukar baju, kata nak naik molokini hari ni juga" ujar Luth tersenyum. Tergendala nak tukar baju sebab bini tak kasi lepas.

Qaisara senyum lalu diusap perlahan abs berketul si suami. Luth menahan tangan Qaisara yang semakin liar.

Luth pusing lalu tunduk melihat isteri pendeknya itu. Nakal bini dia ni tiap masa ya.

"Jangan goda abang sekarang, tunggu malam sikit" bisik Luth lalu dicubit pipi Qaisara yang memerah. Goda orang tahu malu pula.

"Usik sikit pun tak boleh...abang kedekut" Qaisara berlalu mengambil pakaian yang sesuai untuk aktiviti air hari itu.

Luth tertawa mendengar suara kecil isterinya yang membebel dia tak kasih goda. Sudahlah tukar baju depan suami, memang menguji kesabaran dan keimanan.

Ada yang tak dapat naik molokini nanti kang.

"Okay dah! Jom abang!" Tangan Luth ditarik berdiri dari duduknya di katil.

Luth senyum lalu dikucup sekilas dahi Qaisara. Nampak comel isteri dia dengan shawl instant lepastu pakai jersi bola Luth. Seluar dengan baju habis labuh.

Seperti dapat membaca fikiran Luth, Qaisara berkata,

"Nak seksi-seksi nanti kita ber-jakuzi lepasni ya abang" ujar Qaisara tertawa kecil.

Luth turut tertawa. Mereka berpegangan tangan erat berjalan di sepanjang resort menuju ke tempat aktiviti mereka hari itu.







* * *



"Abang ikan tu cantik!" Teruja dapat naik molokini dengan suami. Luth tersenyum sambil mendayung sampan kayak jernih itu.

Molokini adalah aktiviti kayak atas laut seperti biasa. Cuma yang istimewanya sampan kayak yang digunakan seratus-peratus jernih. Boleh nampak terus hidupan dibawah laut sambil mendayung sampan kayak tersebut.

"Abang nanti kan saya nak try seafood dekat sini. Saya nak makan latok dengan kima!" ujar Qaisara semangat. Dia ada buat search jenis makanan laut yang wajib dicuba ketika berada di Semporna.

"Boleh cinta" jawab Luth perlahan. Dia bukan tahu pun makanan yang disebut isterinya itu tapi iyakan sajalah. Lagipun yang nak makan tu Qaisara bukan dia.

"Abang jom lah balik, saya tak sabar nak ber-jakuzi dengan abang ni." Mesti best petang macam ni bermandi manda bersama cik suami dia yang seksi tu.

Luth tertawa saja melihat mood gedik Qaisara yang dah datang.



















TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now