BAB 26

1.2K 56 0
                                    

"Aku minta maaf sebab tak balas mesej kau" ujar Hadif perlahan.

Selesai doa kesyukuran tadi dia dan Qaisara berbincang di pondok kecil Rumah Kasih. Suasana masih meriah dengan kehadiran tetamu meraikan anak-anak di situ.

"Lagi?" ucap Qaisara tegas. Sakit hati dia dengan Hadif! Selama ni dia ingatkan Hadif sibuk sangat sampai tak terbalas mesej yang dia hantar, rupanya sibuk nak ngorat Diana.

"Itu je lah" ujar Hadif seperti biasa tak mahu kalah.

Qaisara memandang Hadif geram yang duduk di depannya.

"Kenapa kau tak jumpa atok aku? Kau dah bincang dengan family kau pasal kita? Kan aku dah pesan hari tu! Tengok sekarang aku juga yang susah kena hadap semua ni" bebel Qaisara geram.

"Err sorry pasal tu, tapi kau jangan risau aku dah slow talk dengan mommy dan daddy aku dan dorang pun okay je. Lagipun...lepasni aku nak bawa Diana jumpa keluarga aku" Belakang lehernya diusap perlahan. Malu pula dia bila kantoi dengan Qaisara pasal hubungannya dan Diana.

Qaisara mencebik. Ingatkan dia sorang je gedik rupanya Hadif pun sama!

"Esok datang jumpa atok aku dan explain semuanya. Boleh? Aku pun nak kawin juga! Kesian Luth lama dah tunggu aku!" ucap Qaisara.

Hadif ketawa melihat Qaisara. Siapa sangka mereka berdua masing-masing sudah berjumpa pasangan. Nasib baiklah Diana sudi terima dia. Lagi pula dia risau dengan Aiman yang mengganggu Diana beberapa hari lepas.

Hadif menghela nafas perlahan. Diana perempuan yang baik, sanggup menerima dia walaupun mengetahui kisah silamnya.














* * *




Luth memerhati dari jauh kemesraan Hadif dan Qaisara. Sempat juga dia berkenalan dengan Hadif tadi. Itu rupanya lelaki yang nak dijodohkan dengan Qaisara. Patutlah, anak orang berada.

'Astaghfirullah Luth tak baik insecure dengan diri sendiri' desisnya dalam hati.

Kaki mengorak langkah ke arah pondok tersebut. Qaisara tersenyum manis menyambut kedatangan Luth.

Hadif turut senyum lalu meminta izin untuk pergi. Perbincangan dia dan Qaisara sudah selesai.

"Bincang apa macam seronok je?" soal Luth mengambil duduk di depan Qaisara.

Qaisara tayang sengih. Ada orang cemburu nampaknya.

"Awak cemburu ke?" Kening diangkat sebelah. Nampak comel pula Luth kalau cemburu. Comel dan seksi di mata Qaisara.

"Kalau ya awak nak buat apa?" balas Luth. Mestilah dia cemburu. Tapi cemburu sikit je...

"Baguslah! cemburu tanda sayang kan kan?" Mata dikedipkan biar makin comel depan Luth!

"Tapi saya tak sayang awak" gurau Luth. Senyuman cuba disembunyikan melihat wajah Qaisara yang berubah keruh.

"Saya cinta awak Qaisara" sambung Luth lagi. Tawa Luth akhirnya terlepas bila melihat wajah Qaisara berubah merah. Blushing pula dia.

Qaisara menjeling Luth yang mentertawakannya. Suka betul kenakan dia! Merajuk nanti baru tahu.

Luth senyum melihat wajah Qaisara. Kesian pula nak sakat lama-lama.

"Saya tak tahu pun awak penyumbang utama dekat sini" ucap Luth. Bonda memberitahunya bahawa Qaisara selalu menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim di situ.

Nampak saja ganas Qaisara ni tapi hati dia baik. Bangga Luth dengan pendirian seorang Qaisara.

Qaisara senyum mendengar ucapan Luth.

"Kenapa pilih rumah anak yatim?" soal Luth lagi melihat Qaisara yang hanya diam.

"Saja..."

Jeda Qaisara sebentar lalu menyambung lagi,

"Sebab saya pun takde mak ayah macam dorang juga. Saya rasa tenang dekat sini bila luangkan masa dengan budak-budak. Berkongsi rasa yang sama, hanya bonda tempat saya dan budak lain menumpang kasih seorang ibu" ujar Qaisara tersenyum. Dia rindukan arwah papa dan mama.

Airmata yang keluar dilap dengan shawl yang dipakai. Luth ni tanya soalan sedih pula nanti buruklah muka dia! Sempat lagi Qaisara...dia tak tahu agaknya dia nangis pun masih nampak cantik di mata Luth.

"Tak cantik dah saya. Awak janganlah buka topik sedih-sedih" ujar Qaisara tertawa. Hati yang lara cuba ditutup dengan tawa dan senyuman.

Luth geleng kepala mendengar ucapan Qaisara.

"Menangis jelah. Tak semestinya kita kena pura-pura kuat sepanjang masa. Menangis bukan bererti kita lemah, itu tanda kita masih ada hati dan perasaan" ucap Luth.

"Nanti saya bawa awak jumpa mak, nak tak? Hari tu mak tanya bila nak bawa bakal menantu dia balik kampung. Tak sabar mak nak jumpa bakal menantu dia yang cantik ni" ujar Luth lagi, cuba mengembalikan wajah ceria tadi.

Qaisara senyum. Kepala diangguk berkali-kali. Semangat betul bila dengar mak Luth nak jumpa dia.

Nervous dan gembira bercampur jadi satu!























TBC
Happy reading!

ALMAIRI: HIS LOVE [C] Where stories live. Discover now