PROLOG I

5.1K 154 1
                                    


BANG!

Bunyi tembakan itu membuatkan jejaka itu memusingkan tubuhnya ke belakang. Dia melihat Kylo sudah jatuh tersungkur ke lantai bersama cairan darah di bahu kanannya.

Jejaka itu laju mengatur langkahnya mendekati rakannya. Dia menekan kuat kesan tembakkan tadi, darah yang keluar cuba ditekup agar tidak mengalir laju.

Kylo memandang lama anak mata amber milik jejaka itu sebelum di tersenyum tipis bahu rakannya di pegang erat, Hingga membuatkan rakannya berpaling mengnatap kearahnya.

"Jangan banyak bergerak, Kylo." Jejaka itu mencapai sapu tangan di dalam poket seluarnya dia cuba menekup darah itu dengan sapu tangan itu tetapi Kylo laju menepis tangan jejaka itu.

"Tak perlu, Irsyad." Kylo tersenyum nipis baju yang dipakainya di selak keatas sebelum dia menunjukkan kesan tembakkan di bahagian tulang rusuknya, dahinya berkerut menahan rasa sakit.

"Kylo-" Jejaka itu mati kata-kata dia jatuh terduduk jika dia yang duduk di tempat rakannya pasti dia tidak sekuat jejaka itu.

"Kau kena janji dengan aku jadi suami yang baik pada Husna Raihana dan menjadi seorang ayah yang baik untuk anak-anak kau nanti." Kylo mula rasa tubuhnya sejuk mungkin masanya sudah tiba.

Irsyad cuba menahan air mata dari terus mengalir membasahi pipi tetapi dia gagal air matanya jatuh membasahi pipinya.

"Aku nak anak kau nanti, kau letak nama Kylo tau." Kylo tersenyum nipis wajah rakannya ditatap lama, maaf uncle tak sempat nak tatap muka comel awak.

"Satu lagi aku nak kau cakap dekat Husna, aku suka berkawan dengan dia aku suka tengok mata cantik dia dan senyuman manis dia mungkin lepas ni aku tak dapat nak melihat kecantikan dia lagi." Kylo memaksa matanya untuk terbuka ada satu ucapan lagi yang dia mahu sampaikan.

"Dan untuk kau, terima kasih sebab sudi jadi kawan aku selama 10 tahun ni mungkin tanpa kau siapalah aku. Dan satu lagi aku nak cakap, aku sayang kau sangat-sangat Syad aku sayang kau macam abang aku sendiri." Dan selepas sahaja ucapan itu berakhir wajah jejaka itu bertukar menjadi pucat tubuh itu juga sejuk.

"Berehatlah Kylo aku tahu kau penat tapi lepas ni kau mungkin tak rasa dah kepenatan itu, dan lepas ni kau dapat rumah yang cantiik tau. Aku janji aku akan selalu curi masa untuk datang rumah kau biarpun aku sibuk." Irsyad menatap wajah pucat itu lama.

"Dan aku janji setelah lahirnya anak aku ke dunia ini aku akan namakan dia atas nama kau, Kylo biar dia tahu uncle dia adalah orang hebat yang mampu menahan semua kesakitan walaupun aku tahu kau tak sekuat itu." Wajah jejaka itu di tutup dengan baju hitam miliknya.
______________________________________

______________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DON'T FORGET TO VOTE AND COMMET.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now