˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 2˚➶ ⋆

1.9K 94 5
                                    

KELOPAK matanya perlahan-lahan terbuka, Husna dalam mamaknya bingkas bangun dari pembaringan. Matanya tidak berkelip setelah melihat sekeliling ruangan dalam bilik itu.

Tidak lama lamunannya mati setelah ada suara yang terhasil dari belakang pintu, dia takut menanti kelibat yang akan dia memandang.

Dia berharap orang itu baik dan...

Tidak dapat dia meneruskan ayatnya setelah melihat sendiri kelibat yang berada di hadapannya, tidak mungkin jejaka ini.

"What? Awak ingat saya culik orang ke?" Irsyad menggelengkan kepalanya, susahnya bercakap dengan orang yang suka minta penampar ni. Patutlah kena tampar blur sangat jadi orang.

Tidak berkelip mata gadis itu melihat sosok tubuh yang berada di hadapannya, mamat ni yang aku langgar haritu!

Punyalah lama aku nak ingat memori padahal kejadian tu berlaku semalam sahaja, kuatnya doa dia nak aku bertemu kembali di hadapannya. Eh! Astaghfirullahhalazim... Apa benda yang ada dalam kepala otak aku ni!

Jejaka itu memandang pelik kearah gadis yang berada di hadapannya tak kala melihat gadis itu mengeluarkan satu titisan air jernih yang mengalir membasahi pipi gadis itu.

Alamak, aku ada termaki dia ke?

"Hey... Why are you crying?" Irsyad melambai tangannya di hadapan wajah gadis itu, jauhnya dia termenung dah masuk aliran mana tu?

"Nothing." Balas gadis itu pendek, kejadian semalam kini kembali menghiasi memorinya. Sungguh kejam layanan seorang insan yang dia sayang membuat dia sebegitu, rapuh.

Ayah.

"Bukankah semalam kepala awak berdarah, boleh saya tanya kenapa? Tapi kalau awak rasa segan nak meluah takpe saya tunggu sampai awak boleh meluahkan semuany." Jejaka itu tersenyum nipis kearahnya sebelum dia bingkas bangun dari katil dan mengatur langkah menuju kearah pintu bilik itu.

Langkahnya terhenti tak kala teringat akan sesuatu.

"Oh, kalau awak nak makan turunlah bawah ibu ada masakkan nasi untuk awak." Setelah itu, ruang itu kembali sunyi seperti sediakala. Dia memeluk erat lututnya mengapa harus dia yang hadapi semua dugaan ini?

Air matanya kembali jatuh dan mengalir membasahi pipinya.

Dibiarkan sahaja air jernih itu mengalir, dia tidak mahu diganggu sekarang tetapi perutnya berbunyi tanda minta diisi. Dia mengeluh perlahan terpaksa dia turun ke bawah.

•••

"IRSYAD dah kejutkan dia?" Ibunya yang baru keluar dari dapur nampak kelibat anaknya apalagi automatik kaki dia laju berjalan mendekati anaknya. Hanya satu dia risau akan gadis itu.

"Dah, dia cuma diam, tak keluarkan sebarang suara pun." Irsyad tersenyum nipis apabila teringat kembali kejadian yang menimpa dirinya kelmarin, kejadian itu membuatkan dia tidak dapat tidur lena.

"Mungkin dia segan dengan kamu." Ibunya cuba menanam aura positif pada anaknya, tetapi dia tahu anaknya bukanlah seoranga anak yang mempunyai aura negatif berlebihan.

"Mungkin." Irsyad menarik kerusi yang berada di hadapannya, nasi di cedok lauk yang sudah tersedia juga diambil sedikit dia tidak makan banyak cukuplah perutnya kenyang dan setelah itu dia tidak akan memaksa dirinya untuk menelan makanan lagi.

"Ibu risaulah, Syad macam mana kalau dia taknak turun mesti dia lapar tapi kemungkinan besar dia segan." Ibunya menghela perlahan nafasnya. Dia cukup risau tetapi dia cuba sematkan aura positif di dalam hatinya.

Tak lama selepas itu ada kelibat yang turun dari atas, ibu Irsyad apalagi senyum sampai nampak gigilah alamatnya. Mestilah gembira sebab gadis itu tidak segan untuk turun ke bawah.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now