˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 15˚➶ ⋆

785 38 2
                                    

"AMELIA!" Kuat gadis itu menjerit sikit lagi atap rumah ni pasti tercabut, takde kerja ke minah tu pagi-pagi dah menjerit macam orang gila.

"Eh! Tak malu ke pagi-pagi lagi dah menjerit jiran sebelah dengar tak malu ke." Amelia memandang gadis itu tajam, muka sahaja cantik tapi perangai buruk.

"Kau tu! Aku panggil menjawab lah jangan buat pekak pula." Gadis itu memutarkan bola matanya, kalah bukan sebab kau yang mula dulu memang tak aku nak menjerit macam orang gila.

Yaya yang baru sahaja keluar dari biliknya sedan melepas keluhan berat, satu hari tak bergaduh memang tak sah ada je perangai masing-masing.

Yang sorang tu suka cari pasal dah tahu kawan tu jenis baran nak je kau pergi cari angin dia buat apa, lainlah kalau kau bergurau dengan Husna.

Seketika bibirnya tersenyum nipis, betullah orang kata nak tengok seberapa sayangnya orang tu kat kita, kena tengok dia apabila sedang marah.

Kerana orang yang sayangkan kita lebih memilih untuk memberi nasihat dibanding dengan terus memarahi seseorang itu, dia rindu dengan teguran lembut gadis itu.

'Yaallah Ya Tuhanku, kau permudahkanlah semua urusan hambamu ini Yaallah. Sungguh merindukan seseorang yang sentiasa ada bersama kita itu sangat menyiksa diri ini Yaallah.' bisik hati gadis itu, setiap malam dia langitkan dia supaya rakannya cepat balik ke sini.

Wallahi, it's very hurt me.

"Yaya? Kau ni termenung je kerja kau." Maya menepuk bahu Amelia apabila rakannya diam membisu, dan tentulah dia tengah memikirkan sesuatu nak je kau kacau dia.

"Aku penat." Gadis itu bingkas bangun dan mengatur langkah masuk ke dalam biliknya, sungguh dia terlalu lemah ketika ini jatuh terduduk dia dibelakang pintu bilik itu.

"Rai... Aku tak kuat, baliklah." Gadis itu menangis teresak-esak apabila sekeliling bilik itu hanya sunyi, jika gadis itu masih ada pasti gadis itu akan memujuk dirinya.

"Yaya... Kau kata nak jadi superwomen mana boleh menangis." Gadis itu mengangkat kepalanya memandang sosok tubuh yang berada dihadapannya.

Tak berkelip matanya memandang sosok tubuh itu, tidak mimpikah dia sekarang ini adakah gadis itu benar-benar pulang?

"Nangis itu wajar. Maybe our default setting is to be sad so that's why we are born crying." Gadis itu terpaku seketika, mata itu seakan lembut menikam anak matanya.

"Yaya... I know you're strong." Gadis itu tersenyum nipis sebelum batangnya kian menghilang, sempat dia mengusap kepala rakannya.

"Itu cuma bayang-bayang kau sahaja, Rai." Tangisan gadis itu sekali lagi memecah kesunyian ruangan bilik tidur itu.

"Kau ni! Sekarang macam mana, mengamuk budak tu memang sudah nak pujuk." Maya memukul kuat bahu rakannya, biar tahu rasa sakitnya hati aku bila kau buat macam tu.

"Sakitlah! Kau ni nanti minah tu keluar juga nak makan, risau sangatlah kau ni." Amelia memutarkan bola matanya kenapalah diaorang mesti takut setiap kali budak Yaya ni merajuk padahal bukan satu tahun pun merajuk.

Biarkan sahaja gadis itu terus mengurung dirinya, kejap lagi redalah kemarahan dia tu tak perlu risau sangat pun.

"Cakap dengan orang yang takde hati dan perasaan umpama cakap dengan hantu tapi seburuk-buruk hantu pun, dia masih ada hati dan perasaa." Gadis itu menjeling tajam rakannya lepas satu tambah lagi satu masalah.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now