˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 1˚➶ ⋆

2.8K 123 10
                                    

GADIS itu mengemas semua barangannya di atas meja kaca itu, barang yang penting dia masukkan ke dalam beg galas. Semua tindakkannya dibuat dengan tergesa gesa oleh kerana ada hal yang dia harus selesaikan.

Beg tangan berwarna cream yang berada di sofa itu capai, lalu dia mengatur langkah ke pintu utama cafe itu.

Dalam dia tengah kelam kabut mencari barang di dalam beg tangannya, tak lama bahunya di rempuh seseorang. Tubuhnya tidak dapat keseimbangan sikit sahaja lagi dia mahu bercium dengan lantai, matanya dipejam rapat dia tahu nasibnya malang harini

Kelopak matanya kembali terbuka apabila dia tidak merasakan sebarang kesakitan yang terhasil dari tubuhnya tetapi dia merasa lengannya di pegang erat oleh seseorang.

Membulat matanya melihat jejaka yang berada di hadapannya, sungguh dia kata mengapalah dia yang harus banyak cabaran harini masalah di rumah belum selesai tambah lagi masalah ni.

"Lucky you." Ucap lelaki itu sebelum dia melepas perlahan lengan gadis itu. Mata amber miliknya tajam menikam anak mata hazel gadis itu. Bibir merah jambunya ternaik sedikit.

"You have a pretty eyes, just like you" Bibir merah jambu itu senyum menyenget sebelum dia membuka langkah pergi dari situ.

"Gedik." Gadis itu memutarkan bola matanya. Jangan nak berangan, ingat ayat manis dia tu boleh cairkan hati kita ke?

Gadis itu masih diam berdiri di tempatnya. Dia masih keliru dengan hal yang terjadi tadi. Dia memusingkan kepalanya ke kiri dan ke kanan harap hal itu akan hilang dari fikirannya.

Dia mula membuka langkah pergi dari situ, Honda Civic hitam menjadi tujuannya. Dia memboloskan dirinya ke dalam perut kereta itu. Seatbelt dipasang dan enjin di hidupkan serta merta kereta itu laju meninggalkan kawasan itu.

'she look so gorgeous.' perlahan bibir merah delima itu naik tersenyum manis. Dan membawa sebuah maksud.

•••

PINTU rumah agam itu di buka perlahan, dia nampak kelibat ibu dan ayahnya sedang menantinya pulang. Tadi ibunya menelefon dirinya kerana ayahnya mahu bincang sesuatu padanya.

Jadi dengan itu, dia tergesa-gesa untuk balik ke rumah. Sampai terlanggar dengan orang, Masyaallah...

Gadis itu mengatur langkah menuju kearah ayahnya, baru sahaja dia mengangkat wajahnya untuk memandang ayahnya. Tetapi semuanya bagaikan terhenti apabila tangan ayahnya naik menampar pipinya hingga membuatkan pipi putih milik gadis itu kemerahan. Teruk.

Ibunya yang melihat itu berlari menuju kearah anak perempuannya dia tidak mahu perkara lama terulang kembali, tidak... Dia tidak akan membuat perkara itu terjadi kembali.

Tetapi langkah ibunya berhenti di situ, apabila ayahnya menahan ibunya dari terus mendekati anak perempuannya, air mata gadis itu mengalir laju sakit dia melihat ayahnya memperlakukan ibunya begitu. Sungguh dia tidak kuat melihat itu.

"Abang... Cukuplah jangan disebabkan baran abang kehilangan anak abang lagi." Kata wanita yang berusia itu, dia mencapai tangan suaminya dan di cium lembut harap hati suaminya kembali lembut. Tetapi itu hanyalah hayalannya.

Lelaki yang berusia itu menarik tangannya dari pegangan wanita itu, lelaki itu menarik lengan anak perempuannya, kuat. Dia mengheret anaknya dan menolak kuat tubuh itu hingga tersungkur ke lantai.

Dapat dia lihat ada kesan darah di bahagian dahi gadis itu, tetapi syaitan lebih kuat menghasutnya hinggap dia tidak boleh mengawal emosinya. Isterinya yang melihat tindakkan suaminya dia pantas menarik lengan suaminya.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Donde viven las historias. Descúbrelo ahora