˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 8˚➶ ⋆

1K 60 1
                                    

GADIS itu bingkas bangun dari pembaringan kepalanya di pegang terasa ringan sedikit dari semalam, dia bingkas bangun dan mengatur langkah mendekati bilik air.

Setelah dia mengambil masa beberapa saat untuk membersihkan diri, dia melangkah keluar dari bilik air dia mengatur langkah ke almari baju.

Blouse berwarna biru gelap di capai sebelum dia mencapai seluar Palazzo berwarna hitam, dia mengatur langkah ke bahagian meja hias rambutnya di keringkan.

Setelah selesai menyiapkan dirinya dia membuka langkah menuju ke pintu bilik untuk turun ke bawah, biasanya pagi-pagi begini ibu tiada di rumah. Wanita itu sibuk menyiapkan kerja di sesuatu tempat.

Gadis itu dengan perlahan menuruni setiap anak tangga, oleh kerana dia memakai stokin jadi gadis itu tidak berani turun dengan laju. Kalau terjatuh memang dapat sakitlah alamatnya.

Sebelum keluar dari bilik tadi dia juga tidak lupa untuk memakai stokin dan juga handsock. Gadis itu mengatur langkah mendekati taman mini milik Puan Eryna.

Kata wanita itu jika jiwanya rasa tidak tenang datanglah ketempat ini biarpun kecil tetapi terselit juga ketenangan di sebuah taman mini ini.

Bunga rose yang menjadi tatapan pertama anak mata hazel itu, dia melangkah mendekati bunga rose itu dia menyentuh bunga itu haruman bunga itu di hidu sehingga masuk ke dalam rongga hidungnya.

"Cantik, bau pun tenang untung jadi awak kan bunga?" Gadis itu sengaja mahu bercakap dengan bunga itu walaupun tidak terbalas setidaknya bunga ini menjadi tempat dia mengadu, hampir setiap hari.

Jujurnya.

"This rose so pretty, because I buy this flower for someone." Tiba sahaja ada suara memecah kesunyian tadi, gadis itu bingkas bangun dari duduk di hadapan bunga itu. Macam yang sudah dia dapat agak mata amber itu menikam lembut anak matanya.

"Wow! How lucky that girl." Gadis itu tersenyum nipis dia tidak hairan pun jika jejaka sekacak dia ni ramai yang beratur belakang, macam yang tuan dia sendiri cakap jika dia tua sekalipun ramai je yang beratur belakang.

Jejaka itu tersenyum menyenget, kalaulah kau tau siapa orang yang untung tu apalah riaksi pertama yang kau akan tunjuk, Rose?

"Tak cemburu?" Sengaja jejaka itu menyoalkan soalan sebegitu kepada gadis itu, dan dia tahu jawapan yang akan keluar dari mulut gadis itu semestinya tidak.

"Buat apa saya nak cemburu, saya takde hak untuk cemburu siapa saya pada awak special sangat ke diri saya ni sampaikan saya ada hak untuk cemburu." Gadis itu menikam lembut anak mata amber milik jejaka itu sebelum dia tersengih.

Jejaka itu mati kata-kata, memang tak boleh diajak lawan bercakap minah ni sekali diajak memang dah kena headshot awal-awal.

Baik mengaku kalah sahaja, tetapi siapa yang tidak takut dengan cabaran boleh Cuba bertarung dengan Cik Husna kita.

"Awal awak balik, biasanya awak akan balik malam." Gadis itu memandang kearah kolam ikan yang berada tidak jauh dari tempat dia berdiri.

"Ibu suruh balik awal." Jejaka itu memang sukar untuk pulang ke rumah lebih awal dari biasanya biarpun dia bos di syarikat ayahnya tetapi tidak bermakna dia boleh bersantai. Kalau nak tahu bos lah paling banyak kerja yang harus dilakukan.

"Oh." Gadis itu tersenyum kearah jejaka itu sebelum dia melangkah meninggalkan tempat itu, dia mengatur melangkah menuju mendekati kearah Kak Nah kelihatan wanita itu sedang memerlukan pertolongan.

Walaupun wanita itu tidak meminta untuk menolong tetapi dia dengan berbesar hati mahu menolong wanita itu dari dia berperap dalam bilik sahaja.

Jejaka itu tersenyum nipis hanya pandangan matanya yang menghantar langkah gadis itu, langkahnya diatur mendekati tangga dan menuju kearah biliknya sebelum dia memboloskan dirinya masuk ke dalam bilik.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now