˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 10˚➶ ⋆

1K 50 0
                                    

MALAM yang sungguh indah buat si gadis, dia mengatur perlahan langkahnya mendekati taman mini milik Puan Eryna.

Langkahnya terhenti saat melihat sosok tubuh seseorang yang tidak jauh dari tempat dia berdiri, kelihatan seperti sedang resah.

Gadis itu melangkah mendekati sosok itu, dengan perlahan langkahnya diatur hingga akhirnya dia dapat melihat sisi wajah jejaka itu.

"Awak okey?" Suara si gadis itu perlahan menyapa gegendang telinga jejaka itu.

Jejaka itu diam. Tidak ada satu suara yang keluar dari mulut jejaka itu.

Gadis itu mengeluh perlahan pasti ada yang tidak kena dengan jejaka ini mungkin ada yang mengganggu emosinya harini.

Gadis itu tersenyum nipis sebelum dia mengatur langkah untuk meninggalkan tempat itu.

Tetapi langkahnya terhenti saat ada yang memanggil namanya, suara itu selalu dia dengari mungkin dia tidak salah orang pasti.

"Rai." Jejaka itu menikam lembut anak mata hazel milik gadis itu, gadis itu seakan faham dengan apa yang dipunya olehnya.

"Duduklah." Gadis itu tersenyum nipis, kebanyakkan orang kalau ada masalah akan dipendam tetapi kalini dia bersyukur kerana jejaka ini bukanlah sejenis yang suka memendam dan lama kelamaan menjadi dendam.

"Boleh saya tanya satu soalan?" Gadis itu tersenyum nipis, soalan itu berbau agak lain dari yang lain tapi tidak mengapa dia akan menjawab pertanyaan itu.

Gadis itu menjatuhkan kepalanya sebagai jawapan, sebelum dia memalingkan wajahnya memandang langit kelihatan bintang diatas sana yang bersinar, sungguh indah.

"Awak masih ingat dua orang budak perempuan yang kita jumpa dekat cafe waktu tu?" Jejaka itu perlahan bersuara, dia sudah memikirkan semalam tentang hal ini.

"Ingat, kenapa?" Kini giliran gadis itu pula menyoal dia juga mahu bertanya pada jejaka itu, siapa kedua orang gadis yang mereka temui pada waktu itu.

"Awak pernah buka cafe?" Soal jejaka itu, soalan gadis itu dibiarkan sahaja lebih tepatnya bukan waktu sekarang untuk memberitahu.

"Saya..." Gadis itu terkelu sendiri, dia cuba mengembalikan semua memori terdahulu sebelum dia berada di sini.

"Tak ingat." Gadis itu putus asa, kepalanya terasa pening mungkin akibat mahu mengembalikan semua memori tadi.

"Tidak mengapa, mungkin awak memerlukan banyak waktu untuk mengingati semuanya yang sudah lepas." Jejaka itu menghela perlahan nafasnya, kalini dia mengalah dia juga tidak mahu gadis itu jatuh sakit.

Gadis itu tersenyum nipis, dia memalingkan wajahnya kembali memandang kearah bintang di atas sana.

"Beautiful." Jejaka itu bingkas bangun dan mengatur langkah meninggalkan tempat itu, tidak lupa dia memesan sesuatu pada gadis itu.

"Jangan masuk lewat, takut nanti kena culik susah saya nak mencari awak pula nanti." Jejaka itu tersenyum menyenget, langkah kembali diatur menaiki tangga.

Hanya tatapan mata hazel itu sahaja menghantar langkah jejaka itu, dia tahu itu hanyalah gurauan dari jejaka itu tetapi dia juga tahu bahawa rumah yang banyak pengawal tak semestinya selamat.

Gadis itu menghela perlahan nafasnya, dia bingkas bangun dan mengatur langkah masuk ke dalam rumah tidak lupa dia menutup sliding door dan menguncinya.

•••

"KAU biar betul?" Terbutang mata gadis itu saat mendengar perbualan antara salah seorang customer yang datang tadi.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now