˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 35˚➶ ⋆

796 28 10
                                    

TAK berkedip mata hazel itu melihat semua lauk pauk yang terhidang di atas meja itu. Ini kalau makan sekali esok lusa tak perlu makan dah. Makan sekali auto kenyang kalau banyak macam ni, dengan lobster pun ada sekali. Besar pula tu.

Pelik. Kenapa Puan Eryna masak banyak sangat harini ye? Nak kata ada buat majlis tidak mungkin jika ada. Pasti Puan Eryna akan memberitahu dirinya dahulu sebelum buat apa apa majlis. Tetapi harini agak lain, kakaknya pun bahagia semacam.

Macam ada benda yang tak kena. Pasti diorang ada sembunyikan sesuatu darinya, tetapi jika ditanya jawabnya pasti 'eh, mana ada apa apa pun' muak sudah dengar ayat tu. Jujur tak boleh ke? Susah sangat ke nak jadi orang yang jujur.

Gadis itu mengeluh perlahan, alahai.. diorang semua tengah masak, orang dah tawar diri nak tolong masing masing taknak bagi. Bukannya suruh buat kerja berat pun, setakat potong bawang bagi dia kerja mudah tu. Tetapi Puan Eryna enggan memberikan dia untuk tolong sama di dapur.

Gadis itu termenung lama sebelum bibir merah jambu itu perlahan naik tersenyum manis. Tidak sabar dia mahu menunggu jejaka itu pulang dari misinya jika jejaka itu sudah pulang ke rumah nanti. Dia mahu berterus terang tentang perasaannya terhadap jejaka itu selama ini.

'saya setia menunggu kepulangan awak, Irsyad. Bahkan jika tahun berganti tahun saya di sini akan tetapi menunggu awak balik. Baliklah sesuai dengan janji awak, saya takut tapi saya kena redha jika suatu saat awak tidak akan pernah kembali.' bisik hati gadis itu. Sedari tadi fikirannya selalu melayang tentang jejaka itu.

Baru sahaja minggu lepas berpisah, tidak mungkin dia sudah rindukan sosok itu. Tetapi dia akui, dia kalah dalam hal ini, dia kalah jika semua ini melibatkan tentang jejaka itu. Dia sudah lama tenggelam ke dalam cinta jejaka itu tetapi dia tidak berani untuk ungkapkan.

"Ha! Termenung. Amboi jauh betul termenung ya.. alah Rai, Syad pergi tak lama pun. Dia pergi untuk negara, tetapi pulang untuk cinta hati dia ni ha." Tergelak kecil gadis itu. Raja Mikael tidak pernah kalah dalam hal untuk menghiburkan dirinya.

"Takdelah.. Rai bukan tak redha. Tapi sebabkan Rai redha la, Rai kena kumpul banyak kekuatan untuk menghadapi cabaran ni. Betul kata orang, nak khawin dengan askar tak mudah dia ibarat di duakan." Gadis itu akui, tanpa jejaka itu di sisi kehidupan sungguh sunyi. Cepat balik, Irsyad.

"Betul. Jangan sedih lama lama, tak tenang Irsyad kat sana. Dia tak nak tengok Rai sedih sedih. Dia kat sana selalu jaga diri untuk Rai, jadi Rai jangan risau okey? Kalau ada apa apa yang Rai nak, bagitahu Kael atau Nayla." Tidak lupa Raja Mikael menitipkan beberapa pesanan ringkas pada gadis itu.

Gadis itu menjatuhkan kepalanya sebagai jawapan, sebelum bibir merah jambu itu naik tersenyum nipis. Abang dengan adik sama je, dua dua suka titipkan pesanan biar pun ringkas tetapi itulah pesanan yang paling berharga.

"Dah. Tak perlu difikirkan sangat hal Irsyad tu, insyaallah.. kita banyakkan berdoa ye? Syad tu kuat orangnya." Ayat mahu meyakinkan lagi hati gadis itu. Dia tidak mahu gadis itu susah hati hanya kerana memikirkan tentang adiknya.

Sudahlah gadis ini tak mahu makan, letak nasi satu senduk je pun tak habis itupun dah cukup separuh nasi yang di letak tak habis juga. Mungkin gadis ini tidak ada selera selepas adiknya pergi misi. Bertambah pula jejaka itu tidak ada sebarang berita dari sana.

'dia tak ingat dekat cinta hati dia ni ke? Budak ni dah meraung seminggu je kau takde. Untung betul kau Syad.' bisik hati jejaka itu. Untung tak untung, kalau adiknya tak reti nak hargai gadis sebaik ini memang aku tendang dia sampai planet pluto.

"Sebelum Kael terlupa. Ni ada surat Syad kirimkan dekat Kael. Dia suruh bagi dari haritu lagi tapi Kael tak ingat nak bagi." Bukan tak ingat tetapi dia memang berniat tak nak bagi awal awal. Silap hari bulan bengkak mata budak ni.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now