˚ꗃ ⋆𝚋𝚊𝚋 21˚➶ ⋆

504 24 4
                                    

GADIS itu termenung lama. Mata hazel miliknya memandang tepat kearah bunga rose di hadapannya, ke mana jejaka itu pergi? Harini sudah masuk 4 hari jejaka itu tidak pulang ke rumah.

'mana awak pergi, baliklah saya tak sanggup tengok awak dingin dengan saya.' bisik hati gadis itu, macam biasa dia selalu melangitkan nama jejaka itu semoga selalu baik baik sahaja.

"Rai, jom ke ruang tamu. Ada orang datang." Puan Eryna datang dari belakang dan memeluk perlahan bahu gadis itu, dia tahu gadis itu risaukan tentang si jejaka dia juga turut sama.

"Siapa?" Gadis itu memandang lama ke dalam anak mata amber milik wanita itu, tua tua pun cantik nanti suatu hari kalau dia tua bagaimanakah rupanya.

"Adalah." Puan Eryna melempar senyuman manis kearah gadis itu, terpinga pinga gadis itu di buatnya tapi yang pasti bagaimana sekalipun dia ikut jua langkah wanita itu.

Tiba sahaja di ruang tamu, seketika tubuhnya bergetar hebat tangannya bertukar menjadi sejuk air mata mula meronta ronta untuk jatuh membasahi pipinya.

"Rai?" Puan Eryna naik hairan melihat wajah gadis itu yang berubah pucat serta merta, mengapa begitu dia salah lihat sesuatu ke? Satahu dia dihadapan mereka hanya ada anak sulungnya, di sebelah jejaka itu ada seorang gadis. Manis sahaja mukanya.

Dan macam biasa ada cucu sulungnya, Aisy Eskandar. Tiada sesiapa lagi tapi mengapa gadis ini kelihatan sebegitu takut dan seakan gelisah.

"Kakak." Perlahan gadis itu melangkah mendekati seorang gadis yang berada di sebelah Raja Mikael, gadis itu juga turut bangun dan menanti gadis dihadapannya datang mendekat.

"Adik." Gadis itu mendepakan tangannya sebagai tanda dia mahu adiknya masuk ke dalam pelukkannga, tanpa berlengah masa gadis itu masuk ke dalam pelukkan kakaknya.

Raja Mikael dan Puan Eryna yang berada di sebelah turut hairan, adik kakak? Jejaka itu masih terpinga pinga siapa mereka sebenarnya.

Setelah pelukkan dileraikan barulah mereka menceritakan semuanya pada Puan Eryna dan tidak lupa juga jejaka itu, Raja Mikael.

"Lah. Pusing pusing jumpa yang sama sahaja, yang sorang ni milik Raja Mikael adiknya pula milik Irsyad Mikael. Kan comel tu." Puan Eryna berkata benar bukanlah hanya sebuah gurauan.

Tetapi hanya Raja Mikael dan Nayla Raihana yang budak berdua tu belum betul betul di pastikan tetapi jika ada jodoh dia mahu sahaja.

"Ibu." Meleret suara gadis itu memanggil Puan Eryna bukanlah dia tidak suka tetapi jika diusik dia akan bertambah malu cukuplah dia sahaja yang tahu perasaannya terhadap jejaka itu.

Nayla dan Raja hanya memerhati sahaja setiap perlakuan gadis itu dengan Puan Eryna, orang yang paling bahagia sekali adalah Nayla dia tahu apa yang berlaku setelah bertemu dengan ibu kandungnya dua hari lepas.

Wanita itu mengatakan bahawa adiknya di halau keluar kerana keluar dengan lelaki lain tetapi yang sebetulnya itu semua adalah fitnah semata mata, siapa lagi jika bukan jirannya budak Layla tu memang nak kena diajar agaknya.

Mujurlah semalam Raja Mikael yang temankan dia, tiadalah dia pergi terjah rumah minah tu untuk bagi penampar yang dasyat dan satu tendangan membunuh.

Kalau tiada jejaka itu, entah apalah yang terjadi pada budak perempuan tu tetapi yang pasti Layla sedang tersiksa Angkara semua anggota badannya sakit di tendang dan wajahnya yang di tampar.

𝐎𝐆 | 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐈𝐑𝐒𝐘𝐀𝐃 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 Where stories live. Discover now